Lovvu Dobbu

Event Ticker

Saturday, July 25, 2026

.: SABTU DI ASRAMA :.

Assalamualaikum.

Another day of PJJ life story.. 🤭🤭
Konon nak g Shah Alam, naik train percuma.
Tapi, kemalasan melanda.

Sarapan roti coklat beli dekat kedai Eco.
Comel nya, dia pack satu satu.
Senang nak makan, lebih kurang bentuk twiggies.
Ada 6 ketul dalam tu.

Khatam baca buku Trauma (KataPilar Books)
Cerita yang menggambarkan Unit Kecemasan dan Trauma(ED) hospital.
Untuk pembaca/orang awam lebih memahami SOP di ED(Emergency Department), takde lah asyik nak merentan je marah².

Selang seli dengan buat benda ni juga.

Ngam pukul 5 petang, hujan lebat.
Kita ni dok terbayang, pukul 5 nak briswalk sampai 6 lebih, lepas tu nak keluar makan terus.
Tak kesampaian rupanya.

Jadi, makan dekat kafe hospital jelah kita.
Ada masakan panas bila dah petang² ni.
Sedap masakan nya, tapi dah hari² situ je, jemu jugak.. hahaha.

IncikSuami gtaw ada geng pencen, geng bakat datang rumah..hihi.
Tak berjodoh plak kita nk jumpa.
Geng incikSuami masa kerja dekat Sg Udang.
Geng² pencen askar.
Antara yang rapat juga lah, Alhamdulillah sampai juga rumah Linda.
Jangan serik datang lagi ye.

Ok lah, nak sambung tengok Agent Kim.

Till then, see ya.

13 comments:

  1. zaujah saya juga terjebak dengan buat bunga tu.. mende nama alah tu..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Bunga kawad bulu.. hihi..
      Boleh buat jual tu, kalau saya selalu buat bagi gift dekat orang je..tak reti menjual..

      Delete
  2. train percuma tu saya tak berkesempatan lagi naik.. nak hujung bulan dah ni haha.
    macam takde keperluan pergi shah alam, tapi dengar ayat percuma tu yg rasa best

    ReplyDelete
    Replies
    1. Akak saja nak explore...nanti kalau dah pindah, memang tak pandang dah.. hahaha

      Delete
  3. Yg penting, buat apa yg kita suka dan enjoy, so masa pun terisi gitu

    ReplyDelete
    Replies
    1. Memang golek² atas katil je semalam.. penat baring, tu yang godek² bunga tu pulak..hihihi

      Delete
  4. Sekarang kl hujan je. Kadang pagi kadang petang. Melaka pun dah banjir. Wah bagus buku Trauma tu boleh le orang away paham Ed punya cara kerja bagaimana. Sesekali Doktor2 menulis cerita dalam fasiliti Kkm atau hospital agar lebih ramai orang faham situasi hospital bagaimana.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Musim hujan ni..semoga dipermudah urusan mangsa² banjir..aamin.
      Doktor menulis, tapi yang selalu merentan tu, depe tak baca pun.. kikiki

      Delete
  5. Kalau hujan, makna Allah suruh berehat di rumah. Baguslah cafe hospital ada masakan panas petang-petang. Terisi gitu, masa Linda di hujung minggu dengan membaca dan aktiviti kraf. 👍

    ReplyDelete
  6. Takkan la diorang serik... Diorang suka tu....

    ReplyDelete
  7. Akk pun konon nak pergi CM, last dok rumah je Linda. Masak², gosok baju segala hihi

    ReplyDelete
  8. Menarik la buku Trauma tu. Nanti Faa cari ada tak jual online.

    ReplyDelete
  9. Duk sorang2 memang banyak juga aktiviti boleh dibuat.

    ReplyDelete