Assalamualaikum.
Petang semalam, asal nak gerak balik Tronoh je, kena cepat².
Sebab nak kejarkan hari yang tak hujan. 🤣
Gelap awal.
Asal nak balik Tronoh je, kena speed laju².
Risau hujan lebat, nak keluar tunggu bas pun susah.
Alhamdulillah, sempat baik bas sebelum hujan.
Sampai Metro Prima awal lagi, so singgah AEON la sekejap.
Beli empire sushi 4 ketui.
Buat alas perut.
Niatnya, sampai Batu Gajah 9.35pm nanti, nak ajak incikSuami makan nan cheese.
Siap Google dah hari tu kat mana yang ada dekat².
6.20 petang, baru menapak ke MRT station semula.
Sampai² Sg Buloh, dah boleh terus Chek in.
Selagi bernafas, ayuhlah kita melangkah. 💪💪
Bagus juga tadi makan sushi, ngopi² kat AEON.
Kalau tak, mau masuk angin perut Linda.
Sila zoom.
9.25 malam, masih belum sampai station Tanjung Malim.
Apo ni?
Bukan delay, tapi tergendala dalam perjalanan.
Jem pula laluan ETS malam tadi. 🤣🤣
Total masa berhenti henti, tunggu tepi, dalam 120minit juga.
"Menunggu kebenaran dari pusat kawalan untuk berlepas, menunggu perselisihan kereta api dari arah bertentangan"
Haa, mcm tu la pengumuman dalam kereta api tu.
Terus teringat cerita Unstoppable, runway train tu.
Alhamdulillah, selamat sampai di Batu Gajah pukul 11 malam.
Terus lah balik rumah.
Tak jadi la makan nan cheese.. 😅😅
Owh, Linda cuti 2 hari.
IncikSuami nak me time, 😆😆. Jadi kena jadi supir anak² ke sekolah la pula.
Kebetulan yang sangat bertuah, 31hb pun ada hari bertemu waris untuk sek rendah anak².
Dapat la Linda hadirkan diri.
Till then, see ya.




oi mak lama betul tergendala... mujur semua org ada seat, kalau naik komuter mau kejung kaki duduk di bawah for those yang takde seat
ReplyDeleteItulah tu...2, 3 kali berhenti juga tu..
DeleteLinda terfikir, kalau yang kTm biasa tu kan, boleh la bawa kerusi camping yang Kecik tu, tak dapat tempat duduk, boleh buka, duduk.. hihihi
lama juga tu tergendala ye..nasibaik ada bekalan makanan
ReplyDeleteKita makan siap² dah.. tak suka sangat makan dalam train, kesian orang lain bau makanan.. kikiki
DeleteMenggeletar jugak nak tunggu tepi landasan bergelap, siap pengumuman pengawal kata nak lalu laluan bertentangan bagai. Terus teringat filem Unstoppable lakonan Denzel Washington tu! 😂
ReplyDeleteHihi...Kita dok dalam ketapi je .ok je ..cuma lama², ekon dia tak berasa sangat...
Deleteuishh.. lama juga berhenti-henti.. mesti kat cafe, makanan yang tak berapa banyak cepat habis 🤗
ReplyDeleteMungkin la..orang lapar kan. Linda dok coach A semalam..hujung sekali
DeleteSeronoknya wetime dengan husband, tapi tergendala lama pula trainnya.
ReplyDeleteTak awakkk.. suami me time sengsorang.. kita ambik alih tugas dia, hantar, ambil anak sekolah.. hahaha
Delete