Lovvu Dobbu

Event Ticker

Thursday, April 23, 2026

.: SESI BERSAMA BLOGGERS :.

Assalamualaikum.

Rasanya kak Mim menyuarakan hasrat hati blogger yang lain ni.
Linda masak guna apa?

Rice cooker mcm susah nak guna.
Sebab kalau tak berat, tak boleh nak heat.
Dia mcm timbul je, tak panas pun.
Rice cooker yang Linda ada lah.

Tapi, Linda pun takde membeli barang elektrik baru pun, semata nak duduk asrama tu.

Linda guna kan multi cooker kot.
Beli dekat Shopee je, dah 4 tahun lepas, masa mula² pindah Selayang.
Tak sampai pun RM30 tak silap.

rujuk entri lama, nasib baik ada share gambar cooker ni.

Atas dia ada selapis lagi, buat pengukus.
Selalu kalau Linda masak nasi, buat stail kukus je lah.
Sebab nak masak sikit je, kalau masak terus dalam cooker tu, terlajak banyak pula.
Dan cooker ni, jenis kena bolak balik juga, kalau tak ada kerak lah nanti. Hihi.

Setakat hari ni, memang masak guna tu jelah.
Buat telur dadar pun boleh juga, nak masak sup pun boleh juga.

Tapi, tulah .Linda takde lah memasak sangat.
Sebab takde tempat yang proper kan, just dalam bilik.
Setakat simple² je, boleh la.


Till then, see ya.

17 comments:

  1. Salam blogwalking.. salam kenal. Jom join segmen saya , aynorablogs.com pencarian bloglist 2026

    ReplyDelete
    Replies
    1. salam kenal... terima kasih, insyaAllah nanti saya join

      Delete
  2. Bagus ada multi cooker guna elektrik ni. Kot rumah habis gas memasak, boleh juga guna. 👍

    ReplyDelete
  3. Paling senang ada multi-cooker, sebab masak pun sikit. Dalam bilik ada smoke detector? Kot lah tidak dibenarkan masak.

    ReplyDelete
    Replies
    1. macam bilik linda takde smoke detector.. hihihi.. tapi kalau ada pun, kdg2 dia trigger sendiri, padahal takde apa pun..
      tunggu radicare tukar, tak tukar pun.. ada problem rasanya dekat panel dia tu

      Delete
  4. Akak pun ada periuk multi cooker ni sebab kalau gas habis boleh kuarkan dia buat masak sementara menunggu ganti gas baru. Malahan dulu pernah bawak opis lama kita orang buat nasi goreng sardin dengan petai. Seperiuk masak.....laku keras. hehehehe

    ReplyDelete
    Replies
    1. betul, senang nak guna nya...
      kalau dekat pejabat, yang masak sendiri tu sedap.. hihihi

      Delete
  5. Ciknur x penah guna ni
    Tp bagus jga kan utk sikit2 je mcm linda ckp org duk asrama tu

    ReplyDelete
    Replies
    1. iye.. mula2 beli tu, sebab duduk sorang dekat Selayang juga..masa mula2 pindah sini

      Delete
  6. ok sgt lah bila guna multi cooker ni..boleh feeling2 jd student uni plak heheheh sbb tak de dapur proper utk masak2 kan

    ReplyDelete
    Replies
    1. tapi masa student, linda tak masak pun.. hahhaa..kecuali final year, duduk dekat rumah sewa.. itu pun ada yang rajin masak.. linda beli barang dapur je

      Delete
  7. Owhhh..Yg ni sy ada.Beli semata2 masa nk pegi lexis hibiscus dulu.Mmg brfungsi betul ni =D

    ReplyDelete
    Replies
    1. betul...memang boleh buat masak macam2.. nak buat oden pun boleh la.. hihihi

      Delete
  8. Anak buah Akk yg IPG tu pun bawa multi cooker ni. Boleh la nak masak simple² katanya

    ReplyDelete
  9. multicooker best sbb boleh jimat space dapur. guna satu utk semua benda

    ReplyDelete
  10. macam kena beli je multicooker ni kak. sepertinya bermanfaat dan memudahkan. Nanti nak riki-riki lah.

    ReplyDelete