Lovvu Dobbu

Event Ticker

Tuesday, April 14, 2026

.: PART 6 - SYAWAL 1447 :.

Assalamualaikum.

sambung lagi jalan2 raya.. cuti raya hari tu seminggu kan??
haa..puas la berjalan.. hahaha
Raya ke 6 - 26.03.2026 (Khamis)

ambil gambar dulu untuk kenangan.
shawl semua adik ipar punya, kita ambik je pinjam..
tapi, adik ipar pun dah tak pakai shawl.

Alhamdulillah, dapat bawa MIL ke rumah adik beradik arwah FIL

rumah PakCik dekat Kuala Kangsar.
dari cucu sorang sampai dah ada 4 orang.
Alhamdulillah, sihat2 selalu ye PakCik Dan MakCik.

lepas tu, terus ke Selama pula.
rumah PakNgah dan MakNgah.
alhamdulillah, berpeluang menziarahi mereka.
ada sorang dekat Sungai Petani tak silap, tapi Linda pun tak ingat muka nya.
sebab last jumpa masa arwah FIL meninggal tu la.

nak juga gambar couple.
tapi, ada juga yang nak menyelit.
tak nampak muka pun takpe, janji ada bukti penampakan.. hahaha

tahun lepas raya rumah PakNgah dekat SINI.
eh, baju tu linda pakai buat raya pertama hari tu. kikiki
pakai apa ada je, malas nak menambah koleksi baju.

till then, see ya.

26 comments:

  1. Saya pun tahun ni tak membeli baju baru. Tahun lepas beli baju tak sempat pakai. Pakai tahun ni. Malas dah nak tambah koleksi

    ReplyDelete
    Replies
    1. itulah kak...pakai mana ada je..lagi pula, linda kerja pakai uniform, bila la nak pakai baju2 tu semua nanti

      Delete
  2. Wah, kagum dgn org rajin update sampai ada part ni.. mmg byk cerita

    ReplyDelete
    Replies
    1. Saja nak buat banyak part...hahaha..kitanya bukan ada banyak cerita sangat pun..

      Delete
  3. Best jalan² raya ke rumah pakcik makcik sedara ni... Boleh kenal sedara mara.
    Amboi nak jugak menyelit ye dak kecik tu 😆

    ReplyDelete
    Replies
    1. setakat hari ni.. menantu(linda) cik leha (nama MIL), dikenali lah.. hahaha... sebab nya, muka ni memang rajin menyibuk..kalau incikSuami bawa la.. kalau incikSuami tak bawa, takde la p pun..

      Delete
  4. yg penting baju matchy2 kaler linda dan suami tu

    ReplyDelete
    Replies
    1. hihihi...husband yang pilih tu...dia yang sediakan semua baju raya tu...sebab dia bawa dari rumah hari tu..

      Delete
  5. Nampak kaki ada lebih dua lah pulak tapi wajah tak nampak.

    ReplyDelete
    Replies
    1. hahaha...itulah tu, yang penting ada bukti dekat situ...

      Delete
  6. Sama kita.. selalu recycle je baju2 raya sbb lepas raya jarang2 pun pakai baju kurung lagi2 bila duduk rumah aje ni hihi. Linda nampak kurus la dalam gambar berdua dgn encik somi tu 😄

    ReplyDelete
    Replies
    1. Mcm chips more kan? Kejap kurus..kejap gemuk.. hahaha .malas nak fikir sangat kak..cuma tengah tahan step, jangan naik kepala 7 dah lah..
      Nak turun kepala 5, berchenta betul.. hahaha

      Delete
  7. Wahhh..Seronoknya dpt beraya rumah sedara mara =)

    ReplyDelete
    Replies
    1. Alhamdulillah...masih ada rezeki ke rumah sanak saudara..

      Delete
  8. Alhamdulillah, dapat jumpa saudara mara belah mentua. Linda tak nampak macam mak anak empat pun. Pakai shawl, nampak cam anak dara. 😁

    ReplyDelete
    Replies
    1. Kalau lagi kurus ni, mau tiap² minggu husband ambik..tak bagi naik public transport.. 😝😝

      Delete
  9. Baru perasan ada nampak kaki kat tengah2 tu. Hahaha. Tak kasi can langsung.

    ReplyDelete
  10. Subahanallah lagi meriah raya ni..dapat berjumpa sanak saudara

    ReplyDelete
  11. Akak biasa pun recycle je baju.. cuma tahun ni tak beraya sangat bila tak ambil cuti extra asbab tuntutan kerja dan asben tak sihat masa raya.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Linda pun nanti kalau dah balik kg. Tak tau lah camne plak cutinya

      Delete
  12. warna tudung kak linda tu cantik, nampak naik seri muka sebab bright! tapi kalau saya yg pakai, macam lontong hanguslah gamaknya sebab saya bukan kategori kulit cerah haha

    ReplyDelete
    Replies
    1. Hahaha...alaaa,kak Linda pun takde cerah mana pun...tipikal asian..

      Delete
  13. Kak SA kena beli la baju sepasang..kalau x suami bising...baju dalam almari tu berlambak tapi kebanyakkan size dah x ngam..la ni kena pakai size L...hahahaha

    ReplyDelete
    Replies
    1. Suami ok je nak beli ke tidak..sebab selalunya, baju Linda. Linda beli sendiri je..hihihi

      Delete