Lovvu Dobbu

Event Ticker

Wednesday, March 4, 2026

.: WORDLESS WEDNESDAY 6/26 :.

Assalamualaikum.

Uish, debar ni.

Tiba² kalendar Google dah tukar raya hari Jumaat.
Tiket kereta api dah beli hari Jumaat.
Sebab tahun ni, Linda cuti lepas raya.

Aaaahhhh.. gi mana cara nya??

Till then, see ya.

22 comments:

  1. Minggu pertama puasa tu dah staf Cie suh tengok kalendar katanya Jumaat raya. Masa tahun 2022 tu pun sama raya ikut kalendar hp.

    ReplyDelete
  2. Tahun ni kan saudi puasa awal sehari daripada kita kan. Akak pun seriau juga ni bila linda kata begitu

    ReplyDelete
    Replies
    1. A ah..betul tu kak.. follow je lah..tiket hari Khamis tu memang dah yilekk lah..kena suruh suami datang ambil lah kalau raya terkejut ni.. hahaha

      Delete
  3. Pejabat akak ada unit Falak mereka selalu yang pergi tengok anak bulan masa nak puasa dan nak raya, kalendar jabatan kami tulis raya sabtu.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Moga² yang baik² je lah...sebab kalau ikut kalendar kita, raya Sabtu tu..puasa 30hari.. kalau raya jumaat, puasa 29hari..

      Delete
  4. Akak ikut je. Malas nak pening kepala. Kalau raya jumaat, jumaat la kita on the road, nak buat camana. Cuti suami dah lama apply, bukan boleh diubah-ubah. Huhu..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Ya..betul tu kak..Linda kalau bujang dan dok sekali, mana² pun boleh..tapi, dok asing²..pening sikit...hihihi

      Delete
  5. Mgu lepas kn dah viral kemungkinan raya jumaat, dan dan tu jugak KPM keluarkan kenyataan tambah cuti sekolah 2 hari awal.. bertabah lah linda ye

    ReplyDelete
    Replies
    1. Owh ye ke? Jadi sekolah stat cuti bila? Yang Linda tahu Khamis, jumaat(19-20), memang dah cuti.. dari awal tahun takwim sek dah begitu..

      Delete
  6. Kalau tak silap Google Calendar tu dah lama tunjuk Raya Jumaat. Tapi dia tulis tentative. Apa pun kita tunggu je la anak bulan :)

    ReplyDelete
    Replies
    1. Tak perasan pula Linda..sebab masa beli tiket kereta api hujung bulan 1 tu, raya tu dekat hari Sabtu lagi...hihihi

      Delete
  7. memang ada possibility raya jumaat cuma tak tau lah berapa percent..anyway, MZ pun akan balik khamis ptg lps iftar sbb mr hubby amik cuti lps raya..if raya jumaat, kiranya kami balik mlm raya la adoyai

    ReplyDelete
    Replies
    1. Balik malam raya tu, Linda dah biasa sebenarnya...tapi ni, hahaha... pJJ kan..faham² jelah..

      Delete
  8. Kita sama2 brdebar ni Linda. Sy pun apply cuti lps raya. Kalau khamis announce raya Jumaat, mmg lps pengumuman angkat bag masuk kereta trus la... Maksudnya kena kemas bag hari dari hari rabu lagi =)

    ReplyDelete
    Replies
    1. Ye..minggu ni Linda balik Tronoh, memang kena kemas baju raya siap² la..letak satu tempat..jadi suami dengan anak² senang terus angkat je..

      Delete
  9. Semua orang berdebor linda weh...
    nampak gayanya kena beli lauk pauk lebih awal...
    kang ada je kang lemang rentung, ketupat tak masak hahaha...

    ReplyDelete
    Replies
    1. perkakas nak guna, semua kena beli awal la..siap awal..bila nak masak dekat rumah tu..takpe, pelan2 lepas buka pun boleh masak, janji perkakas dah ada

      Delete
  10. Jangan macam dulu je....tiba2 nampak anak bulan. Udah raya terkejut.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Betul..tapi, Linda masa tu dah siap² masak makanan raya..raya dekat Melaka..pagi raya pegi mall..raya kedua tu baru ada sambutan raya dekat Kem

      Delete
  11. harap raya terkejut tak berulang lg

    ReplyDelete
    Replies
    1. Betul la tu..apa² pun, tunggu pengumuman raya la

      Delete