Lovvu Dobbu

Event Ticker

Sunday, March 8, 2026

.: SAKIT PINGGANG :.

Assalamualaikum.

Hari Sabtu , 07.03.2026 - tolong incikSuami pasang lampu kelip².
Tolong² pegang tangga, pegang lampu, angkat tangga(dah biasa buat pun) dan arah². Hihi.

Dah siap tu, masuk dalam nak seterika baju sekolah anak² pula.
Eh eh, tiba² sakit pinggang.
Takde bunyi meletup ke..apa ke..
Tau² sakit.

Sakit yang macam diramas² uratnya.
Bila nak rukuk tu, kemain tegak urat kaki, sebab nak dapatkan angle rukuk tu.
Tapi, tak mampu nak 90 degree macam biasa, rasa macam urat ni ditarik bagi tegang.

Bertahan je, malas nak pergi klinik ke, hospital ke.
Tu yang takde mood nak BW @ tulis entry.

Hari ni pun still rasa juga sakit tu.
Esok la p klinik staf dekat hospital.
Silap dekat mana ntah.
Dah berjangkit dengan incikSuami pula, dia yang selalu sakit pinggang ni.

Doakan semoga Linda diberi kesembuhan. Amin 

Till then, see ya.

22 comments:

  1. Ada vahagian urat atau otot yang terusik kot. Moga cepat sembuh ye.

    ReplyDelete
    Replies
    1. macam tu la agaknya kot..seksa time nak baring tu.. time tu kemain dia nyeri sakitnya

      Delete
  2. smoga cpt sembuh sakit pinggang tu

    ReplyDelete
    Replies
    1. amin YRA...dah ambil ubat je dekat klinik staff tadi...

      Delete
  3. Dah sapu minyak panas ke kat pinggang tu. Kut tiba-tiba dek kerana sibuk dia tiba-tiba tegang uratnya.

    ReplyDelete
    Replies
    1. dah sapu kak Notie..tampal koyok pun dah.. pun tak jalan..

      Delete
  4. shafakillah utk linda...ari tu nieza yg sakit pinggang tiba2 kan...take care yer

    ReplyDelete
  5. Kita geng la Linda. Sakit yg tibe2 kan?

    ReplyDelete
    Replies
    1. itulah..yang kita ni dok fikir, effect masuk ubat masa buat prosedur tu ke.. hihihi..
      nasib baik ubat suami ada lagi..makan la dulu..

      Delete
  6. moga cepat sembuh linda.aduh dah la nak raya ni

    ReplyDelete
    Replies
    1. aamin2..terima kasih...moga tak berpanjangan la sakitnya

      Delete
  7. Itulah mesti terlebih membantu tu sampai sakit pinggang tu

    ReplyDelete
  8. Alahai kesiannya, pinggang kalau sakit memang satu benda kerja susah nak buat...semoga cepat sembuh Linda

    ReplyDelete
  9. aduhhh sakit pinggang ni mcm sakit gigi jgak, mmg xleh nk bincang ha.. moga cpt dpt sihat semula sakit pinggang sis linda.. nti update ye lps dah pegi klinik staf..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Pergi klinik staf minta pain killer je..hihihi..rasa mcm dah ok sikit..

      Delete
  10. Cepat sihat Linda 🤲🏻
    Jangan lasak sangat hehe... Akk bab pinggang mmg cepat berasa sakit kalau lasak²

    ReplyDelete
    Replies
    1. Hahaha..tak pernah kena kak weyhhh... Tu melasak..dah kena ni, memang lepas ni kita jadi manja lah... Hahaha..

      Delete
  11. Try makan panadol extend tu... lega sikit

    ReplyDelete