Lovvu Dobbu

Event Ticker

Thursday, March 12, 2026

.: POKOK KAKTUS :.

Assalamualaikum.

Jumaat, 06.03.2026 -  kan linda ambil cuti sehari, sebab nak setel defect dekat rumah Teluk Intan. Alhamdulillah dh selesai. Tapi incikSuami yang pergi.
Linda jadi driver sekejap, ambil dan hantar anak-anak ke sekolah.
 
Jadi sempat lah nak ubah kaktus ke dalam pasu baru.

udah macam duduk rumah setinggan.. hahaha..kesian beno rupanya.
Yelah dah 5 tahun pun.

Nie asalnya.
Tahun 2020, masa tu PKP lagi kan. Sempat la menanam pokok bagai.
Hilangkan stress.

Salah satu sebab, dah pecah pasunya.
incikSuami terlanggar, dan jatuh.
Eh, jauh pokok kaktus ni, linda bawa pindah dari kuartes Melaka ke Tronoh, Perak.

Lepas korek dan keluarkan.
Yang ni jelah ambil, untuk letak dalam pasu lain.

Ni yang anak-anak kecik.
Hampir kekeringan dh tu.

Sempat lari ke kedai eco, sebelum ambil dedek balik KAFA sesi pagi.
Beli pasu, tanah dengan aksesori tu.

Akhirnya, hasil menanam semula kaktus.
Dedek la jadi mangsa kena siram pokok kaktus ibu.
Nanti kita tengok berapa lama pula ambil masa untuk beranak pinak.

Till then, see ya.

4 comments:

  1. masa dulu2 zaman remaja cie suka betul dengan kaktus. pantang jumpa mesti beli. sampai tahap dah boleh pindahkan ke atas tanah sebab dah tak muat pasu. arwah mak suka la melayan cie masa tu. suka tanam kaktus senang jaga tak payah siram.

    ReplyDelete
  2. Dah pisah-pisah anak-anak kaktus, nanti tambah beranak cucu pula kan.

    ReplyDelete
  3. Wui beranak pinak penuh sendat. Dapat banyak pasu tu bila dah di pecahkan. cactus ni senang tak makan air sangat

    ReplyDelete
  4. kt opis ada sorg akak ni suka beli kaktus kecik2 susun2 kt sekitar workstation tp bila dh byk2 serabut jd nya haha

    ReplyDelete