lovvu Dobbu

Tuesday, December 23, 2025

.: URUSAN PERTUKARAN SEKOLAH :.

Assalamualaikum.

Cuti bukan saja² berehat.
Cuti ada urusan yang perlu diselesaikan.
2 hari Linda dan suami selesaikan urusan perpindahan sekolah anak²..
Alhamdulillah, masing² dah diterima ke sekolah yang dimohon.
Cuma abang Mu'az lah, permohonan asrama dia masih hanging..
Moga dapat lah asrama, takde lah ibu runsing.

Isnin,22.12.2025 - ke Pejabat Pendidikan Daerah Bagan Datuk.

PPD Bagan Datuk
Alhamdulillah, urusan dipermudah.
Pegawai luluskan permohonan tanpa banyak soal.

SMK Seri Perkasa
Terus ke sek yang dimohon, untuk hantar borang kelulusan serta fail pelajar.
Hantar sekali borang permohonan asrama, sek ni ada asrama, tapi limited lah.
Tengok maklumat murid dalam pejabat pun, pelajar lelaki lagi banyak dari perempuan.
Selalunya, perempuan lagi ramai dari lelaki.

Sek ni, memang abang Mu'az request.
Dengan alasan "Mu'az tak nak cari kawan baru lah ibu".
Kebanyakan yang sekolah sini, kawan2 dia dari sek kampung juga.
Kan pernah sekolah dekat kampung selama setahun.

Tapi, syarat ibu, kena duduk asrama lah.
Kalau ulang alik, tak daya ibu nak pantau.
Kakek dengan embah pun tak larat nak tengok.

Selasa,23.12.2025 - ke Pejabat Pendidikan Daerah Kinta Selatan pula.

PPD Kinta Selatan
Urusan sek adik² yang akan bersekolah di Tronoh.
Ramai yang berurusan di PPD ni.
Sampai² peg tanya "dah tanya sek yang dimohon ni, ada kosong ke tak?"
Eh, tak tahu pula kita kena telefon sek dulu.
Nasib baik peg tu mudahkan urusan.
Beliau yang tolong telefon kan sekolah untuk pengesahan.
Alhamdulillah, dapat sekolah yang dimohon.
Ke sekolah pula untuk hantar surat kelulusan dan fail peribadi.

Kecil je sekolahnya, vibes sekolah luar bandar, tapi murid ramai.
Sekolah ada 2 sesi.
Dedek tahap 1, sesi petang.
Kak M dan abang Mueez tahap 2, sesi pagi.

Semoga dimudahkan urusan kami sekeluarga tahun hadapan.
Semoga tahun 2026, permohonan pertukaran Maslinda binti Miswan diluluskan ke Tronoh, Aamin.

Share sini sek baru anak² di Tronoh.

Till then, see ya.

P/s - kali ni,urusan pertukaran sekolah, Linda serah dekat incikSuami je, dia yang ke sekolah, sediakan dokumen semua.

 

42 comments:

  1. Duduk asrama la nnti ye, mesti ada yang rindu nanti tu

    ReplyDelete
    Replies
    1. Berdikari lah sikit..baru tahu senang ke susah..hihihi

      Delete
  2. Semoga dipermudahkan segala urusan akak sekeluarga. Aamin..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Aamin.. terima kasih Cuya, doakan akak sekeluarga

      Delete
  3. Semoga dipermudahkan segala urusan ye

    ReplyDelete
    Replies
    1. Aamin..terima kasih kak SA.. doakan Linda sekeluarga

      Delete
  4. PJJ la nanti ye Linda kat Selayang, yang lain semua dah tukar ke Tronoh. Semoga cepat la urusan pertukaran tu ye.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Begitulah planningnya..aamin.. terima kasih atas doanya

      Delete
  5. Alhamdulillah, semua selesai urusan pertukaran sekolah.. moga abg muaz berjaya mendapat penempatan di asrama..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Alhamdulillah..aamin².. terima kasih doakan abang Mu'az

      Delete
  6. Lega kan bila urusan penting cam ni dah settle. all the best.

    ReplyDelete
  7. Allahumma yassir utk linda dan anak2 :) lps ni kena sesuaikan diri kat sek baru plak tu

    ReplyDelete
    Replies
    1. Aamin yRA.. terima kasih MZ..moga yang baik juga untuk anak²

      Delete
  8. Pertukaran linda dah tanya ke boleh dapat tahun ni tak. Mudahan semuanya di permudahkan urusan Linda dan keluarga. Mak dapat pindah cepat dapat berkumpul bersama-sama. Aamiin

    ReplyDelete
    Replies
    1. Belum follow up lagi..hari tu pernah dah tanya, sebab skim Linda jumud, masuk skim PT, tu yang lambat sikit..kalau nak bertukar ke luar negeri, nak kena tunggu Setel perjawatan.. ibarat macam kita dah beli rumah orang, tapi geran belum nama kita lagi..nak buat apa² susah la..

      Delete
  9. Alhamdulillah dah selesai.. Semoga dipermudahkan urusan anak anak kat sekolah baru. Duduk asrama kena berdikari la.. Tapi bagus sebab jadikan diri berdisiplin. Semua buat sendiri..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Betul tu, biar berdikari sikit..ni kat rumah semua pun ibu.. hahaha..spender pun tanya ibu, padahal dah beso panjang

      Delete
  10. Alhamdulillah...Semoga dipermudahkan urusan yang lain2 jgk...

    ReplyDelete
  11. Thn depan semua pindah sekolah ke? Mmg byk nk kena uruskan.. semoga dpt selesai urusannya sblm bukak sekolah nnt

    ReplyDelete
    Replies
    1. Alhamdulillah..urusan tukar sekolah dah selesai..abang Mu'az je lah, kena tunggu untuk permohonan asrama.

      Delete
  12. Baru nak komen.. bukan pindah ke Tronoh ke.. kenapa rumah Bagan Datok. Rupa-rupanya abang Mu'az yang akan belajar kat sana. Banyak ke sekolah yang ada asrama kat sana. Mudah-mudahan Abang Mu'az dapatlah sekolah yang dihajati.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Kalau ikut banyak je, layak dengan tak je..hihi.. Alhamdulillah, dapat sek yang dihajati tu, tapi asrama KIV dulu, sebab penuh..kalau ada yang tak daftar asrama, nanti sek beritahu semula..doakan ada tempat untuk Mu'az ya kak.

      Delete
  13. Anak² duduk dgn suami la dulu ye. Semoga ada rezeki Linda pindah ke Tronoh juga nanti 🤲🏻

    ReplyDelete
    Replies
    1. A ah..anak² duduk dengan suami dulu..lagipun, rumah kuarters nak habis kontrak..kita pun malas nak buat rayuan lagi. Suami pun ok je balik Tronoh dulu, moga anak² baik² jelah.

      Delete
  14. Semoga Linda dapat pindah ke Perak tahun depan. Selamat sudah anak² tukar sekolah, ya. Semoga anak² dapat sesuaikan diri di sekolah baru.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Aamin..terima kasih kak Nur. Itulah, yang penting tukar sekolah tu dah selamat.

      Delete
  15. Semoga segala urusan perpindahan Linda sekeluarga dipermudahkan, ameen YRA 🤲🏻

    ReplyDelete
  16. anak2 pindah sekolah sebab kak linda mmng nak pindah rumah kan nanti?
    semoga dipermudahkan segalanya

    ReplyDelete
    Replies
    1. Kak Linda memang dah apply tukar dari awal tahun.. dengan harapan, tahun depan dapat lah.aamin. lagipun, kontrak rumah kuarters dah masuk rayuan kali ke 2.. bincang Ngan suami, balik duduk rumah sendiri jelah..dekat juga dengan mak dia..senang nak tengok kalau jadi apa²..

      Delete
  17. oh awak belum dapat pindah ke? ammi masa pindah ke Seremban pun ammi serahkan pada husband utk uruskan hal2 pindah sekolah anak. Dia keje freelance kan, so boleh arrange masa dia sendiri

    ReplyDelete
    Replies
    1. Belum Ammi... Sobsss...
      Hii, sebelum ni Linda uruskan sendiri.. sebab partner bz kalahkan menteri.. jadi siang, dia dah jadi YB, biar la dia uruskan.

      Delete
  18. Alhamdulillah dipertemukan dengan orang yang baik dan permudahkan urusan puan.. Sha doakan semoga permohonan pertukaran puan Maslinda binti Miswan untuk ke Tronoh diluluskan.. Aamiin.. Aamiin..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Alhamdulillah.. syukur...
      Aamin² YRA..semoga doa Sha dimakbulkan..aamin

      Delete
  19. kena duk asrama rindu rinduan la lepas ni ye?

    ReplyDelete
    Replies
    1. Itulah..biar lah berdikari sikit..ni semua benda nak kena cakap..hihihi

      Delete
  20. Semoga dipermudah semuanya kak ☺️🤗. Bagus juga duduk asrama. Supaya melatih kemandirian anak2 kan. Saya pun berharap anak saya bisa Sekolah asrama saat high school nanti

    ReplyDelete
    Replies
    1. InsyaAllah..semoga dimudahkan segala urusannya...

      Delete