lovvu Dobbu

Saturday, May 31, 2025

.: SESI MENGANGKAT BARANG :.

Assalamualaikum. 

Awas, entry mungkin panjang sikit. 

Untuk jawapan entry Jumaat lepas, sis Aini sorang je betul betul confirm linda pergi Melaka. 
So, here we go. 

Pengkalan Balak, Melaka. 

Tapi, bukan p bercuti ya.. 
Alhamdulillah, dah dapat trak 3 tan untuk kita angkat barang pindah.
Antara gambar yang sempat di ambil. 

Sebahagian barang di bahagian dapur.   

Kotak-kotak yang ada.

Dalam 3.30 petang macam tu, 3 tan pun sampai.

Akhirnya, dapat juga slot untuk angkut barang.
Selesai 1 part nie, lega dah.

Bermula proses memenuhkan 3 tan.

Hampir penuh dah.
Risau lah tak muat.

Alhamdulillah, selesai semua barang masuk dalam 3 tan.
Muat juga, siap ada ruang lagi untuk budak-budak fitik (yang tolong angkat barang)
Hari nie, baru 3 tan golek tayar ke Tronoh.

Sempat lah anak-anak p merayap rumah cikAmi dia (pengasuh anak-anak nie bila lepas covid sampai lah linda pindha ke Selayang)

One with cikAmi.
Terima kasih banyak-banyak jaga anak-anak akak dulu.
Semoga sihat-sihat selalu, dikurniakan zuriat secepat nya..insya-Allah.

Semoga perjalanan kami ke Tronoh hari nie dipermudah, 3 tan selamat pergi dan balik. Aamin.

Nanti kisah nak mengemas rumah dekat Tronoh pula.
Adoi, penatnya.

Till then, see ya.

Friday, May 30, 2025

.: KELUAR KAWASAN :.

Assalamualaikum 

Hari nie linda ambil cuti. 
Ada urusan sikit. 
Sebelum gerak, singgah sarapan dulu. 

Siap bawa bekal lagi. 
Leftover nasi dan lauk semalam. 

Sebab nak cuti direct sampai isnin, so bawa je sekali. 
Nak simpan dalam peti ais pun tak berbaloi.

Anak 4 dengan suami order roti kosong dan roti telur. 
Nie pun linda kekenyangan, sebab nasi tu boleh tahan banyak juga, walaupun suami cakap memang sedang elok untuk sorang makan. 

Moh ler kita sambung perjalanan. 
Agak nya ke arah utara atau selatan nie? 

Till then, see ya. 

.: ANOTHER TASK BY PINKY UNIFORM :.

Assalamualaikum.

cerita rabu lepas, 28.05.2025 - kemas barang-barang yang tak sepatutnya dibuang di kawasan jajahan linda (kawasan asrama).

Nengoklah, dikumpul nya dekat bawah pokok tu.
Dengan kaca, pallet-pallet buat letak fail.
Udah kena makan anai-nai, tauk je kat bawah pokok tu.
Tak masal, linda yang kena clearkan, padahal bukan linda yang buang.

Deal dengan Shaiful (PT yang jaga kuarters), dia ada contact dengan KDEB (kontraktor Majlis Perbandaran Selayang) yang memungut sampah bulky nie.
So, kita deal untuk hari rabu, dia masuk kawasan asrama dan angkat semua sampah besar-besar nie.

Pagi-pagi, masuk je pejabat. Terus uruskan sampah besar nie.
Nak kena angkat ke bahagian belakang asrama, senang untuk RORO nie masuk.

Lebih kurang 10 pagi, RORO pun sampai.

Masukkan kan segala macam mak nenek sampah tadi tu ke dalam RORO nie.
Driver dan kelindan RORO pun bantu sama.
ALhamdulillah, terima kasih banyak.
Tapi, better diorg yang tolong, sebab diorg nak susun dalam RORO tu.
Kalau dapat kat linda, campak je semuanya.

Nie setelah di kumpul di bahagian belakang asrama.
Tilam-tilam yang dah pecah, dah rosak pun kita buang.
Sekali kan lah, alang-alang ada RORO nie.

Setelah selesai semuanya di masukkan dalam RORO.
Clear terus bahagian belakang nie.

Itulah antara tugas-tugas penyelia asrama yang orang tak nampak.
Kadang-kadang tu, jadi cleaner pun iye jugak.

Lepas nie, nampak sesiapa lagi yang nak buang sampah beso beso nie, memang kena tempik lah ngan linda..hahaha
Sebab nya, dekat asrama nie takde rumah sampah.
Sampah yang cleaner amik dari setiap aras pun letak luar je, nanti ada lagi porter nya yang tolak tong sampah hijau besar beroda tu.
Dia akan masukkan dalam tong tu, dan tolak ke rumah sampah di bahagian bawah hospital.

Pallet pallet kayu tu, dah info kepada pihak yang berkenaan supaya buang terus ke rumah sampah lepas nie.
Kali nie, linda tolong lah clearkan.
Sebab masa bos round, bos dah sound minta clearkan.
So, sebelum round sekali lagi bulan 6 nanti, linda kena setelkan segala yang bos tegur hari tu. Hihihi.

Takpelah, pelan-pelan kita buat dia.
Tenaga gegurl je yang ada, kita buat pelan-pelan je lah.

Till then, see ya.

Thursday, May 29, 2025

.: SELAMAT ULANG TAHUN KE 7 :.

Assalamualaikum.

Semoga yang baik2 je untuk Mukhlis Syahir, membesar jadi insan yang bertaqwa, taat perintah dan suruhan Allah, tinggalkan segala larangan Allah.. Allah dahulu, dan Insya-Allah seisi alam pun turut bersama mu... 
Semoga menjadi anak penyejuk mata dan hati kedua ibu bapamu, sentiasa berbaik dengan adik beradik, kaum keluarga serta orang sekelilingmu.. 
Insya-Allah, doa ibu ayah sentiasa mengiringi kehidupanmu.. Aamin2

*ayat cnp je dari birthday post sebelum nie,yg penting ibu ikhlas*


last born in the family.
tapi birthday dia yang pertama di sambut dalam family kami.

LOVE U ALWAYS

till then, see ya.

 

Wednesday, May 28, 2025

.: SALAM ZULHIJJAH 1446 :.

Assalamualaikum 

Selamat menyambut bulan Zulhijjah buat semua. 

Insya-Allah, panjang umur, berjumpa lah kita dengan Hari Raya Aidiladha tahun nie. 

Untuk perkongsian bersama. 

Semoga kuat semangat lah nak berpuasa. Aamin. 

Till then, see ya.

 

.: PHOTOBOOK 4 :.

Assalamualaikum 

Sampai lagi photobook linda. 
Sekarang takde print gambar sekeping sekeping..terus buat photobook je senang. 

Macam biasa pilihan nya Pixajoy.. 
Dari dulu lagi. 

Kali nie buat versi mini. 
Mini softcover 6x6 inch. 
20 muka surat je. 

Kemain lagi kan. Trip Kelantan baru nie. 
Unplanned trip pun, bila asing asing gambar pun dah dekat 100.
Jadi, buat lah photobook pun untuk dia saja. 

Selalunya linda memang buat photobook by year. 
Salah satu cara untuk mengurangkan memori telefon.. 🤭🤭

Linda buat part time juga, kalau ada yang ngoder. Tapi, jangan harap cepat siap lah... Kikiki. 

Nie tengah otw siapkan photobook raya. 
Lambat pulak. Hihihi. 

Till then, see ya. 




 

.: WORDLESS WEDNESDAY 14/25 :.

Assalamualaikum.

nak kena usaha, bukan tau sebut je dapat.
harap-harap kekal lah ilmu ikhtiar hidup nie dekat anak-anak

bila abang Muáz nak topup kredit telefon dia.
dengan syiling-syiling dia kasik kat ibu.

till then, see ya.

 

Tuesday, May 27, 2025

.: SHOPPING TUDUNG :.

Assalamualaikum 

Bila dapat gaji, mesti nak beli something untuk diri sendiri. 
Tak kisah lah harga berapa pun, yang penting memang untuk diri sendiri. 
Untuk linda, tudung lah.. 😂😂
Sebab tudung je boleh tukar tukar, baju memang pakai uniform. 

Kali nie, terbelek belek dekat Minaz. 
Ada sale certain tudung, sehelai RM15. 
Salah satu sebab lah juga beli.. 🤭🤭
Sebab murah. 

Sampai dah parcel nya. 

3 helai linda beli. 
Total plus postage RM53. 

Keadaan bila keluar dari plastik. 
Asyik lah warna pink je.. Sebab nak senada dengan warna uniform. 

Hari nie, dah rasmi tudung baru. 
Eh, of course lah linda basuh dulu. 

Kain dia elok, cotton voile kot.. 
Eh entah lah. 
Tapi, cotton yang rase licin2 tu. 
Nak bentuk pun senang. 
Pilih yang licin2 sikit, sebab uniform linda mcm kasar sikit. 
Kalau pakai tudung cotton biasa, dia macam tersekat2 dengan baju.. 
Ehh, rimas lah. 

Hiii, kalau next gaji ada lagi rege RM15, boleh lah repeat beli. 

Till then, see ya. 

.: HASIL TANGKAPAN HUJUNG MINGGU :.

Assalamualaikum 

Hujung minggu baru nie, balik kampung. 
Walaupun mak dengan bapak takde, masih ada kakmas, adik azam dan ammar (anak kak mas). 
Tapi, kalau takde org pun, tetap lah kena balik menjenguk rumah kan. 

Kalau nak cerita risau aibkan org. 
Tapi sentap bila dengar ayat "raya haji tak payah balik sg samak lah, mak bapak bukan ada rumah pun". 
Ehhh..tiba2 berasap je kepala nie.. Hahaha. 
Takpelah, abaikan jelah tu, kita anggap je lah org nak bergurau tak kena tempat. 

Eh eh.. Yang menunaikan haji tak balik lagi. 
Tapi, kiriman dah 2 kotak yang sampai. 🤭🤭 
Mak ngan bapak atr jemaah haji yang terawal sampai Mekah, jadi banyak juga lah masa berbelanja. 
Tu yang sampai kena pos dulu, risau terlebih kilo nya. 
Alhamdulillah, Ole ole dari Tanah Suci. 

Balik kampung selain dari family time. 
Berdua dengan kak mas mengutip hasil tanaman mak. 
Selalu mak yang mengutip nie, kali nie terpaksa lah buat sendiri. 

Alhamdulillah, lumayan betul hasilnya. 
Hasil yang dibawa balik ke Selayang. 
Pisang nangka - dah selesai digoreng. 
Bunga kantan - tinggal dekat linda 5 kuntum, lain semua dah sedekah2 dekat kak zu dan Biha. 
Nanas - nampak macam tak masak, tapi isi dia manis. Dah selesai kupas nenas. 
Tinggal separuh untuk buat pajeri dan masak lemak udang + nanas. 

Semoga mak dan bapak serta para jemaah haji sihat2 selalu. 
Dah mula musim panas nie, bila tengok dekat FB, berita.. Suhu dh makin tinggi, risau kita nie haaa... 

Till then, see ya. 
 

Monday, May 26, 2025

.: RUTIN POTONG RAMBUT :.

Assalamualaikum..

nie cerita last two weesk tak silap..
eh, lama beno peram.. hahaha
kasi masak dulu, baru ngam nak hidang... ehhh

melilau nak potong rambut abang Muáz nie.
kedai biasa dekat Selayang Pandang tu, tutup pula
jadi lajak lah p Selayang Baru.
naseb baik ada.
singgah la.

selfie sikit.
rambut sebelum, dah macam sarang tebuan ibu tengok.. hahaha

pintu depan nampak kecik je.
masuk dalam, luas sampai belakang.
ada dalam 7,8 kerusi untuk gunting rambut..
banyak juga tu.

selesai gunting rambut.
punya lah tak nak ibu amik gambar, haa..
melekat lah dekat dinding tu.
lepas tu, syg nak pakai helmet, nanti rosak rambut katanya.. hahaha

untuk tatapan warga blog.
boleh tahan gak harga dia.
nseb baik bawak sorang, kalau bawak 3 kepala tadi..
makan modal betul..hahaha
kenapa lah ayah tak nak belajar potong rambut.
kalau tak, jimat dh tang potong rambut nie.. kikiki

tu nama kedai nya.
"PAPA BARBER SHOP"

kecik je, igt kecik lah mula-mula tu.
rupanya beso..
ok lah, ada juga choice lain dah.
anak-anak nie takmo potong rambut dekat kedai mamak tu.
takot jadi macam nie lagi lah tu 😂😂
makan kat kedai mamak nak pula..ehhh...

till then, see ya.

.: FAMILY TIME : EJEN ALI THE MOVIE 2 :.

Assalamualaikum 

awal lagi dah book tiket.
ibu yang terlebih teruja nak tengok daripada anak.

rating 8.5/10.
sebab ?? dah quarter yang last baru terasa teruja dengan cerita nya.
masa Ali masuk dalam dimensi lain, untuk lawan dengan Cero.
macam cerita Iron Man pula, bila mana sistem dia sendiri nak hidup dengan matlamat sendiri.
tapi, masih blur lagi, Cero tu manusia @ sistem yang rosak??
Alicia hilang ingatan, Cero masih bebas.
tu yang orang kata mungkin ada ejen ali ke 3.
grafik, designer.. memang dah setanding anime.. well done semua

sebelum masuk cinema.
makan-makan yang ringan dekat foodcourt.
2 jenis garlic bread.
yang set dengan air tu beli dekat stall air, memang sedap.
yang dengan mushroom soup, beli dekat stall western, memang out lah.
lepas nie kalau repeat lagi, memang beli dekat stall air je.

nie dah keluar baru bergambar.
pergi 6 beranak (family sendiri) dengan kakmas + amar

singgah makan dekat belakang TF, Manjung. (dulu-dulu Giant)
masa duduk lumut, takde lagi barisan kedai-kedai nie.
masih tanah lapang, jadi singgah je lah kedai mana-mana.
wefie berlapan.

abang Mueez cakap "ibu tak nak amik gambar ke? selalu amik gambar dulu"
jadi ibu pun amik lah gambar.

linda order sup daging.
sedap juga

dedek siap pau ayah selipar baru.
penangan anak bongsu ke cmne nie?

alang-alang dah sampai Manjung, lajak depan sikit.
ronda-ronda Lumut.
meriah dekat Traffic light nie.
masuk pekan Lumut pun meriah.
banyak juga perubahan nya.

Alhamdulillah, ada WCE. sampai rumah dalam pukul 11malam.
kalau ikot jalan biasa, dekat 1 pagi baru sampai kot.
sebab ada WCE juga lah kami p tengok wayang dekat Aeon Manjung.
padahal dekat teluk Intan pun ada cinema.. kikiki.

till then, see ya.

Friday, May 23, 2025

.: MAKAN KENDURI :.

Assalamualaikum

sebelum entry nie g jauh sangat.
meh kita up dulu, lepas habis event PRAC nie kami terus balik Taiping.
esoknya, 11.05.2025 - ikot MIL makan kenduri rumah kakak adik ipar nya.
lupa pula nama tempat nya kat mana.

lauk kenduri belah kampung Titi Serong dan seangkatannya.

tema klasik nie.
pengantin pun pakai baju warna hitam.
tak panas ka pengantin oiii...kikiki

habis makan, kita bergambar lah sat.

lepas makan memang terus bangun, kebetulan datang waktu puncak.
memang tengah ramai tetamu lah

nie tengah beratur nak ambil aiskrim.

nie aiskrim nya.
comel ja.

eh eh, nampak gemoks pula seketoi linda nie 😂😂
weyh, kena eksasis dah nie.
nak soh diet tu, memang ke laut lah jawapannya.

nie pun tak berlama-lama.
habis kenduri, terus ke TAKA, Juru pula.
selesaikan masalah roofbox tak buka tu.

till then, see ya.

Thursday, May 22, 2025

.: EVERYDAY MOTHER'S DAY :.

Assalamualaikum 

Sebelum tido, belek belek status wasap dulu. 
Sekali, nampak sesuatu yang sangat buat linda terharu.

Alhamdulillah.. 
Terima kasih anak ku. 
Sayang ibu pada anak anak ibu tidak pernah habis. 
Sampai syurga. 

❤️❤️❤️

Till then, see ya. 

.: SURPRISE SUNGGUH :.

Assalamualaikum..

malam tadi baru nak kelebet bunga telur nie.
lepas dari amik gambar untuk entry nie.
memang tak buka pun kotak nie haa.

malam tadi angkat, kenapa lah berat kotak nie.
isi bunga je pun, bukan berat.

nampak ada benda putih.

selak sikit bunga-bunga nie..
eh.. kenal tak apa benda tu??

TARAAAAA...
ada orang buat suprise kat linda lah.
Alhamdulillah...rezeki dapat telefon baru.
setelah 2 kali dia lekang skrinnya.
oppo ?? kalau bahasa jawa maksudnya apa?

eh, terbalik pula tulisannya.
lepas buka, kelebet kelebet tepon.
linda simpan balik, tunggu buka time birthday sendiri lah. 😁😁
confirm dah nie hadiah birthday sekali.
yang dah banyak tahun tak dapat nie..kikiki.

alhamdulillah , walaupun jarang sekali dapat hadiah.
tapi , inilah suami ku.
kalau ada duit, memang tak lokek.
kalau takde duit, diam-diam je lah.. hahaha

semoga dimurahkan lagi rezeki incikSuami, dapat bagi hadiah tiap-tiap tahun, sayang doakan abang sihat-sihat selalu, semoga ikatan kita till jannah. Aamin..  

🐜🐜🐜🐜🐜🐜

till then, see ya.