Lovvu Dobbu

Event Ticker
Showing posts with label Zulhijjah1446h. Show all posts
Showing posts with label Zulhijjah1446h. Show all posts

Thursday, July 3, 2025

.: KISAH TERTANGGUH :.

Assalamualaikum 

Lama sungguh nak boleh up entry nie
sambungan balik raya haji ritu, dari Taiping nak ke Sungai Samak.
incikSuami beli jiwa lagi, ajak p jalan-jalan..
jadi kitaorang balik lalu jalan lama, Trong-Pantai Remis.

Ahad, 8 June 2025

motif nya, incikSuami nak tengok-tengok Teluk Senangin nie.
haa elok lah, linda pun tak pernah masuk.
kalau nak mandi pantai sini, kena cepat lah.
susah juga cari parking nie.

sampai ke hujung jalan kami p.
rupa-rupanya, incikSuami cari Teluk Nipah.
yang kita nie mikior lerrr...

bang, Teluk Nipah dekat Pulau Pangkor nun.
kena naik feri bang. adusss...

Dah tengah hari kan,masing masing lapar lah.
IncikSuami ajak makan di Lumut,dekat area yang ada Muzium Kapal Navy tu.

Sekali,jalan tutup daa..
Boleh lalu jalan tengah je,jadi tak boleh lah nak ke belah sinun.

Ingat nak Ronda pekan Manjung,tapi dah nampak kedai makan..berenti je lah.

Makan nasi ayam bako

Dedek pilih nasi lemak, air sirap.
Pakai kopiah haa,sejuk perut ibu mengandung..

Haa,nie lah kedai yang Linda singgah makan.
Kak Nur @ blogger tot mesti tau kat mana.

Dah kenyang,sambung lah perjalanan balik Sungai Samak.
Berenti isi minyak dekat Bhp yang sebaris sek cina tu.

Kebetulan, ada kereta Linda je, snap terus.
Pemandangan yang jarang berlaku nie.

Alhamdulillah, perjalanan nya seterusnya smooth je.

Till then, see ya.

Sunday, June 8, 2025

.: SALAM AIDILADHA :.

Assalamualaikum. 

Salam AidilAdha buat semua umat islam yang membaca. 
Titipkan doa juga buat saudara kita di Gaza yang masih dibelenggu peperangan.. Sangat besar pengorbanan mereka jika nak dibandingkan dengan kita.. 

Berbalik pada entry nie, siapa yang baca entry sebelum nie. 
Dah maklum lah, jadi lah raya haji tahun nie dekat Taiping lagi. 
Emm, tahun depan 2 2 raya kena dekat Sg Samak ke macam mana nie.. Hahaha. 

Sempat bergambar kenangan raya haji tahun nie. 
Tak cukup korum, sebab yang ikot balik Taiping dedek dengan kak M je. 
Abang2 dah besar, bila dengar plan berubah.. Tak mo lah deme ikot.. 

Dedek di tempat penyembelihan. 
Keluarga belah Taiping join korban dekat pusat penyembelihan je. 
Pergi tengok lembu korban, balik rumah, tunggu 2,3 jam untuk amik daging siap lapah bahagian masing2. 
Tiap2 tahun, Insya-Allah ada je dalam kalangan adik beradik yang join korban. 
Rezeki masing masing tu. 

Tapi, kali nie.. Lambat pula sesi melapah nya. 
Lepas asar baru siap dan boleh diambil. 
Macam tahun lepas, dalam 3 ptg dah selesai. 

Jubah yang linda pakai nie, kiriman mak dari Mekah hari tu. 
Terus rasmi. 

Alhamdulillah, selesai raya haji untuk tahun ini. 
Semoga diri ini ikhlas dengan segala nya.. Aamin2 

Till then, see ya. 

Friday, June 6, 2025

.: LAIN PULA JADINYA :.

Assalamualaikum. 

On the road pula kita. 

Tengok dalam bulatan tu, macam mulut itik pula linda rasa. 

Ke mana kita? 
Balik Taiping, rumah MIL. 
Patotnya raya Sg Samak dulu. 
Dah adik ipar wasap pula, katanya MIL demam, nak makan tak lalu. 

Jadi, what should I do? 
Takkan nak ignore je. 
Walaupun hati memberontak.. Hahaha.. 

Semoga dapat ku ikhlaskan diri ini. Aamin. 
Mentang mentang mak pak kita takde kat kg.

Untuk memujuk hati, marilah kita ajak incikSuami melencong ke Aeon Manjung jap. 
Nak repeat roti garlic sedap.. 

Till then, see ya. 

Thursday, June 5, 2025

.: HARI ARAFAH - KEMUNCAK HAJI :.

Assalamualaikum 

Semalam, mak bapak dan jemaah haji yang lain dah gerak ke Gunung Arafah. 
Semoga mereka diberi kekuatan dan kesihatan untuk melengkapkan haji mereka. 
Semoga beroleh haji yang mabrur.. Aamin2 

---------------------------------------------------------------------

 PERHATIAN!! Waktu Doa Mustajab Hari Arafah BERMULA Masuk Waktu Zuhur hingga Waktu Maghrib pada Hari Arafah.


WAKTU ARAB SAUDI

9 Zulhijjah - KHAMIS - 5 Jun 2025

Zuhur 🇸🇦 12:22pm

Maghrib 🇸🇦 7:04pm


WAKTU MALAYSIA

9 Zulhijjah - JUMAAT - 6 Jun 2025

Waktu 🇲🇾 5:22pm

Waktu 🇲🇾 12:04am


Bagi yg berada di 🇲🇾, Puasa pada Hari KHAMIS di kira puasa hari Tarwiyah manakala *Puasa pada hari JUMAAT 6/6/2025 (9 Zulhijjah 1446H) dikira Puasa Arafah.*


DOA YANG TERBAIK PADA HARI ARAFAH OLEH JAKIM

✔1. Ya Allah kurniakanlah padaku Kejayaan terbesar - selamat dari api neraka dan masuk ke Syurga Firdaus

✔2. Ya Allah masukkanlah aku dan keluargaku dalam golongan yg beriman.. yang menerima kitab amal di tangan kanan kami.

✔3. Ya Allah, Kurniakanlah padaku kematian yang diberkati. Izinkan aku mengucapkan syahadah sebelum aku menghembuskan nafas terakhir. Kurniakanlah padaku syafaat Rasulullah (saw).

✔4. Ya Allah masukkanlah aku dalam kalangan Rasulullah (saw), keluarganya dan para sahabat di Syurga Firdaus.

✔5. Ya Allah selamatkanlah rakan-rakan bukan Islamku dari neraka. Kurniakan mereka hidayah Islam.

✔6. Ya Allah, satukan aku dalam Syurga Firdaus dengan orang-orang yang aku sayangi semata-mata kerana Mu.

✔7. Ya Rabb, sempurnakan agamaku dan ibadatku. Selamatkan aku daripada kejahatan dan izinkan aku menyempurnakan sebahagian daripada agamaku.

✔8. Ya Allah terimalah amalan baikku dan tingkatkan pahala dan rahmat untukku. Padamkan dosa-dosaku dan ampunkan aku sepenuhnya. Limpahi rahmatMu untukku dan selamatkanlah aku dari kehinaan pada hari hitungan amal.

✔9. Ya Allah, apabila aku telah meninggal, biarlah jiwaku dan rekod amalanku menjadi amalan tertinggi

✔10. Ya Allah kurniakan aku, ibu bapaku, keluarga dan anak-anakku bimbingan, ketabahan dan peningkatan Iman.

✔11. Ya Allah, masukkan aku dalam golongan yang Engkau lindungi, mendapat pengampunan Mu dan mendapat naungan pada hari ketika tidak ada naungan selain dari Arash Mu.

✔12. Oh Tuhanku, tingkatkan keyakinan dan tawakkalku padaMu. Janganlah ada keraguan dalam 

✔13. Ya Allah tingkatkanlah kecintaanku untuk Mu dan Nabi Mu (saw).

✔14. Ya Allah ampunilah aku dan tingkatkanlah kurnian Rahmat dan Rezeki Mu

✔15. Ya Allah berilah aku lebih banyak peluang untuk berbuat baik dan mendapat keredhaanmu.

✔16. Ya Allah ya Rabb, sucikan niatku hanya untuk Mu semata dan lindungi aku dari menunjuk-nunjuk atau kebanggaan palsu. Selamatkan aku dari sifat angkuh, sombong, menunjuk nunjuk dan mengungkit ungkit nikmat.

✔17. Oh Penciptaku dan Tuhanku, jangan biarkan aku sendirian. Berkati aku dengan pasangan yang sesuai dan anak-anak yang akan menjadi penyejuk mataku.

✔18. Oh Tuhanku, jadikanlah aku dari orang-orang yang sabar dan patuh kepada Mu dan kepada ibu bapaku.

✔19. Selamatkanlah aku dari Fitnah Dajjal.

✔20. Selamatkanlah aku dari azab kubur dan azab api neraka.

✔21. Ya Allah, tingkatkanlah usahaku dalam kerja-kerja Sadakatul Jariah.

✔22. Ya Allah, berkati hidupku dengan kesihatan yang baik, agar aku dapat bersujud padamu dengan mudah sehingga akhir hayatku.

✔23. Ya Allah, lindungi aku dan seluruh umat Islam dalam menentang penindas-penindas yang zalim. Selamatkan kami dari fitnah dan permudahkanlah bagi kami mengharungi zaman yang sukar ini.

✔24. Tuhanku, berkati hidupku dengan yang terbaik di dunia ini, yang terbaik di akhirat nanti dan selamatkanlah aku dari api neraka. Sesungguhnya aku memang memerlukan kurniaan dari Mu Ya Allah.

✔25. Ya Allah tingkatkanlah kesyukuranku semata-mata kepada Mu.

✔26. Ya Rabb, selamatkan aku dari kemunafikan.

✔27. Ya Allah, izinkan aku dan isteriku menjadi antara jemaah menunaikan Haji sebelum kami dijemput olehMu..

✔28. Ya Allah lindungi kami dari syaitan, jin dan arak. Lindungi kami dari perbuatan jahat dan niat mereka.

✔29. Ya Allah ampuni dan berilah rahmat kepada ibu bapa kami, kerana mereka menjaga kami ketika kami masih kecil.

✔30. Ya Allah, aku berdoa dan memohon daripadamu untuk mengurniakan bimbingan kepada pemuda dan umat Islam. Selamatkan kami semua dari kufur,putus asa, salah laku dan syirik.

✔31. Ya Allah berikan aku kekuatan untuk melawan kemalasan dan tidur, semoga aku dapat bangun untuk tahajjud dan solat subuh setiap hari.

Semoga kita semua menjadi penghuni SYURGA FIRDAUS. Hapuskan dosa kami, Ya Allah.

Tutup dgn selawat.

Sesungguhnya Nabi S.A.W telah bersabda “Sampaikan daripadaku walaupun satu ayat.”

Aamiin Ya Rabbul Alamin.

Kredit : Khairul Azri

Wednesday, May 28, 2025

.: SALAM ZULHIJJAH 1446 :.

Assalamualaikum 

Selamat menyambut bulan Zulhijjah buat semua. 

Insya-Allah, panjang umur, berjumpa lah kita dengan Hari Raya Aidiladha tahun nie. 

Untuk perkongsian bersama. 

Semoga kuat semangat lah nak berpuasa. Aamin. 

Till then, see ya.