lovvu Dobbu

Monday, May 26, 2025

.: FAMILY TIME : EJEN ALI THE MOVIE 2 :.

Assalamualaikum 

awal lagi dah book tiket.
ibu yang terlebih teruja nak tengok daripada anak.

rating 8.5/10.
sebab ?? dah quarter yang last baru terasa teruja dengan cerita nya.
masa Ali masuk dalam dimensi lain, untuk lawan dengan Cero.
macam cerita Iron Man pula, bila mana sistem dia sendiri nak hidup dengan matlamat sendiri.
tapi, masih blur lagi, Cero tu manusia @ sistem yang rosak??
Alicia hilang ingatan, Cero masih bebas.
tu yang orang kata mungkin ada ejen ali ke 3.
grafik, designer.. memang dah setanding anime.. well done semua

sebelum masuk cinema.
makan-makan yang ringan dekat foodcourt.
2 jenis garlic bread.
yang set dengan air tu beli dekat stall air, memang sedap.
yang dengan mushroom soup, beli dekat stall western, memang out lah.
lepas nie kalau repeat lagi, memang beli dekat stall air je.

nie dah keluar baru bergambar.
pergi 6 beranak (family sendiri) dengan kakmas + amar

singgah makan dekat belakang TF, Manjung. (dulu-dulu Giant)
masa duduk lumut, takde lagi barisan kedai-kedai nie.
masih tanah lapang, jadi singgah je lah kedai mana-mana.
wefie berlapan.

abang Mueez cakap "ibu tak nak amik gambar ke? selalu amik gambar dulu"
jadi ibu pun amik lah gambar.

linda order sup daging.
sedap juga

dedek siap pau ayah selipar baru.
penangan anak bongsu ke cmne nie?

alang-alang dah sampai Manjung, lajak depan sikit.
ronda-ronda Lumut.
meriah dekat Traffic light nie.
masuk pekan Lumut pun meriah.
banyak juga perubahan nya.

Alhamdulillah, ada WCE. sampai rumah dalam pukul 11malam.
kalau ikot jalan biasa, dekat 1 pagi baru sampai kot.
sebab ada WCE juga lah kami p tengok wayang dekat Aeon Manjung.
padahal dekat teluk Intan pun ada cinema.. kikiki.

till then, see ya.

36 comments:

  1. Sy tak teruja nak tengok Ejen Ali tapi ramai kata best. Tapi bab makan2 tu sy suka3!

    ReplyDelete
    Replies
    1. Kita nie sebab dok layan yang drama punya tu.. Teruja nak tengok yang filem pula.. Hihihi

      Delete
  2. Wahhh..Jauh tgk movie tu...=D..Giant dkt batu caves pun dh tukar dgn TF...Harga mcm ade yg mahal sikit dr giant..Ade yg ok =D

    ReplyDelete
    Replies
    1. Balik kampung sekali tu.. Kalau dari selayang semata mata nak tengok wayang dekat Manjung.. Idok lerr... Kikiki
      Haa, TF tu ada yang mahal ada yang murah.. Giant dulu pun sama jugak.

      Delete
  3. tak sempat lagi nak tengok.... tapi dengar cerita nya memang best..

    ReplyDelete
  4. 2 jenis roti bawang putih, dua-dua rupa yang sangat berbeza.
    Ada peluang jalan lagi tempat yang jauh.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Betul tu kak NA... Insya-Allah, ada rezeki kita ke tempat jauh sikit...

      Delete
  5. Katanya best level international movie ni...tumpang bangga la hihi
    Akk pernah sampai Aeon Manjung :)

    ReplyDelete
    Replies
    1. grafik memang terbaik kak...
      hiii, jauh berjalan eh

      Delete
  6. Replies
    1. sekali balik kampung tu...saja nak tengok kat Manjung

      Delete
  7. i nak gi tgk cuma tix memanjang sold out sabtu-ahad...so tunggu ujung minggu ni plak lah kottt

    ReplyDelete
    Replies
    1. kena book dari awal lagi nie...lagi pun, baru keluar wayang kan, memang penuh je lah

      Delete
  8. Wahhh ejen ali. Kalau ada anak boys seronok tengoknya ni...Tak pernah masuk AEON Manjung. Kalau lalu je ada rasanya.

    ReplyDelete
    Replies
    1. anak boys pun jemu, ibu yang teruja tunggu sampai habis

      Delete
    2. Aik....terbalik dah ni Linda....takpe janji bahagia...

      Delete
    3. Diorg dah sejuk, dah tak boleh nak fokus... Asyik tanya bila nak habis... Tapi, betul2 2 jam baru habis..

      Delete
  9. Si bongsu asyik ajak tgk ejen ali, masalahnya ibu asik kerja je hujung minggu.. huhu.. kena book awal utk cuti sekolah nnt

    ReplyDelete
    Replies
    1. baru je keluar panggung pun...boleh la time cuti sekolah nanti

      Delete
  10. kita belum lagi ada masa nak pergi tengok ejen Ali. tunggu cuti sekolah kot

    ReplyDelete
  11. wayang full house erk...nampak sabtu ari tu..ramai family crowd

    ReplyDelete
    Replies
    1. haa...penuh kak...linda tengok hari tu pun penuh sampai depan screen...padhal linda book awal hari khamis, masih ada separuh hall lagi

      Delete
  12. Area perumahan kakak Cie tu. Rumah dia belakang TF tu je. Memang cepat membangun kawasan situ.

    ReplyDelete
    Replies
    1. cepat tak cepat...last duduk manjung, keje kat lumut tu 2015... hihihi...dekat 10 tahun dah pun

      Delete
  13. Plan insyaAllah nak kena pi tengok Ejen Ali ni. Ni nak masuk musim cuti sekolah confirm meriah panggung. Awal kak linda sekeluarga tonton Ejen Ali. Mesti hardcore fan ni heheheh

    ReplyDelete
  14. nak ngajak one family nnt, tggu cuti skola sat. ada anak sedara nama Ali. tapi daktiga ni, mcm tak hairan langsung ja. emak yg teruja.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Diorg dah besar tu... Anak linda kecik2 lagi.. Yg penting dapat tengok wayang.. Hihihi

      Delete
  15. Ini ibunya yang excited nak tengok. hihi...Sesekali ambil peluang spend masa bersama kan. Lupa dah jalan ceritanya yang first tu. suka makan sup daging macam tu, sup jernih plain tanpa banyak rempah ratusnya. Anak bongsu kalau mintak mesti dapat je kan. Untunglah dedek.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Betul lah tu sis Aphiza, ibunya yang eksaited nak tengok... Nak tengok keluangman, hero macam tak menarik.. Nanti lah kita fikirkan...
      Sama lah, linda pun suka kuah sup yang plain gini, tak suka yg banyak rempah ratus.
      Untung lah dedek.

      Delete
  16. Nampaknya saya harus nonton film yg sebelumnya supaya paham film yg ini ya kak? Anak saya tahu movie ini. Tp seingat saya blm masuk ke Indonesia. Nantilah cek lagi. Tp nak lihat movie sebelumnya masih blm dpt, di Netflix tak ada 😅

    ReplyDelete
    Replies
    1. Eh.. Takde ye dekat netflix?
      Cerita nya berkait... Dr movie, ke series..

      Delete
  17. Ooo... roti garlic yang sedap dekat tempat air, ye. Baiklah. Nanti boleh try.
    Wah, pekena charkuetiau selambak tu ye. Jalan malam round Lumut, sejuk sikit. Boleh tengok lampu. Kalau siang, panas je.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Haa.. Dia ada set sekali dengan air... Air dia pun not bad lah.
      Saja meronda, alang2 dah sampai

      Delete