Assalamualaikum
Konon minggu nie tak nak keluar rumah.
Nak golek golek je kat rumah.
Tetap keluar juga. Hihihi.
Jumpa mak bapak dekat Masjid Sultan Salahuddin Abdul Aziz Shah, Shah Alam.
Mak bapak dari petang semalam dah ada di sini.
Menghadiri Kursus Perdana Haji.
Naik bas daripada Sungai Besar, Selangor.
Jemaah haji bawah kelolaan TH Sg Besar, semua naik bas yang sama.
Ada 2 buah bas.
Jadi hari nie, sebelum mak bapak balik.
Kita pergi lah Masjid, jumpa mak bapak.
Selfie sikit dengan mak dalam masjid.
Tak lama tu, adik yang duduk Shah Alam tu pun sampai.
Anak kecik kecik, lambat sikit lah.. Hihihi.
Dalam 12.30 tgh hari macam tu, bas dah sampai.
Kami pun escort lah mak bapak sampai naik bas.
Sempat amik gambar bapak yang nie je.
Moga mak bapak diberi kesihatan sepanjang menunaikan haji nanti.
Bahang bahang musim haji nie dah terasa.
Iyan dah kalut, ajak papa dia naik bas sekali.
Wak Amat (abang bapak) dengan isteri Wak Yati.
Alhamdulillah, sama sama terpilih untuk musim haji kali nie.
Dapat 1 flight, dapat 1 bilik.
Alhamdulillah, moga dipermudah segala urusan mereka. Aamin2.
Dari kiri - Icha, Esah, Mueez, Meera
Meera dan Icha.
Kesian Icha, aunty kedai rambut potong rambut Icha ala ala anak cina.
Diorang kan suka potong pendek macam tu.
Terus nampak macam tomboi.
Pemandangan Masjid yang sempat diambil.
Selepas bas dah bergerak.
Hala tuju selepas tu, ke Aeon Shah Alam.
Makan makan dulu.
Sambil nak tukar baju dekat BO outlet, minggu lepas linda mai sini juga.
Nanti cerita lain nah. Hahaha.
Musa, the youngest dalam MiswanClans.
Kitorang makan dekat Food court atas sekali.
Time makan makan takde gambar.
Kalut aihhh.
Setel makan, masing masing balik sarang.
Linda ngan suami singgah Lotus Rawang, beli barang dapur sekali.
Balik rumah, angkat angkat masuk rumah.
Ke tingkat 3 pula, menyantuni rumah yanh buat open house.
Dah jemput face to face dekat lif masa linda nak keluar pagi tadi.
Segan pula kalau tak tunjuk muka.
Lepas maghrib pula, hanta terus teman abang Mu'az main badminton ngan kawan kawan dekat Selayang Mall.
Adoi,dah beso anak linda.
Till then, see ya.