Lovvu Dobbu

Event Ticker

Thursday, February 5, 2026

.: BATU GAJAH KE SELAYANG :.

Assalamualaikum.

selasa, 03.02.2026 - saja lah nak tepek kat blog ni.
Perjalanan pagi dari Batu Gajah ke Sg Buloh, terus ke Hospital Selayang.
Biar senang nak ingat kenangan² kalau dah pindah nanti, aamin.

Seawal 4.30 pagi dah keluar dari rumah.
Tiket pukul 5.13pagi.
Ramai juga penumpang hari tu.
Linda sedar masa dekat stesen Kampar dan stesen Rawang je.
Selain tu, ketiduran.. hahaha.
Nasib baik Ler bendera Jepun.

Sampai Sungai Buloh, terus mengatur langkah naik ke stesen MRT pula.
7.12 pagi kita tercongok dekat sini.

Perjalanan dari Sg Buloh ke Metro Prima, dalam 10min je.

Turun² MRT.
Tunggu bas pula.
Bas ni gerak pukul 7.40 pagi.

Alhamdulillah, sempat thumbprint sebelum pukul 8 pagi.

Esok, jumaat. Balik Tronoh lagi.
Kali ni, Linda ambil tiket 7.35 malam.
Takde lah nak menung sampai 9.30 malam mcm 1st time naik ketapi tu.

Mesti ramai tanya, "tiap² minggu balik ke?"
Setakat dari bermula persekolahan tu, memang tiap² minggu balik.
Kecuali minggu kedua persekolahan, sebab yang tu kemas rumah kuarters.

Setakat ni, sampai raya cina, memang balik tiap² minggu.
Lepas raya cina nanti tak tau lah.
Tapi, bulan puasa kan.

Apa² pun, semoga dimudahkan segala urusan Linda dan semua.
Doakan ya, Linda dapat pindah cepat²..aamin.

Till then, see ya.

.: HAQ :.

Assalamualaikum

hari tu, scroll FB nampak clip cerita nie.
terus la tengok komen, nak tau tajuk ceritanya apa.
lepas tu, terus taip dekat LokTV pulak.
nasib baik ada.
terus layan la.

Haq
HAQ

Di adaptasi daripada kisah benar Shazia Bano (dalam tahun 1980-an) yang menggunakan mahkamah bagi menuntut hak, nafkah anak-anak yang tidak dibayar oleh suaminya. Perjalanan yang perit bagi Shazia Bano kerana sistem kehakiman di sana tidak berpihak pada penganut agama Islam. dan suaminya sendiri merupakan seorang peguam. Shazia Bano dianggap sebagai pengkhianat agama apabila membesarkan masalah dan menampak kan bahawa komuniti Islam pada waktu itu tidak berpihak kepada mangsa (lebih-lebih lagi wanita).

Di awal cerita, Shahzia Bano berkahwin dengan seorang peguam, Abbas Khan atas dasar suka sama suka.. di awal perkahwinan mereka sangat bahagia, sehingga Abbas Khan sanggup menukar geran tanah rumah kepada nama Shahzia Bano. Walaubagaimana pun, hujan di tengah hari. Setelah pulang ke kampung ibu mertua nya, Abbas Khan membawa seorang madu untuk Shahzia Bano. Bermula dari situ, pergolakan berlaku. Shahzia Bano bagaimanapun belajar untuk reda, tetapi kerana kelancangan madu nya, Shahzia Bano merasa tertipu.

dari situ, bermula lah pergolakan rumah tangga Abbas Khan dan Shahzia Bano.
kes sama macam dekat Malaysia, bila dah bercerai, lepas tangan dalam nafkah anak-anak. biarkan bekas isteri dan anak-anak kesusahan dalam meneruskan hidup.

nak tengok ending macam mana??
apa lagi, tengok lah sendiri. kikiki

Haq
apa yang linda amati dari mula, masa pergolakan sehingga lah ke penghabisan.
Abbas Khan sebenarnya sayang dan cinta Shahzia Bano.
tapi, tulah.. ego mengatasi segalanya.

Tipikal lelaki yang mengharapkan wanita itu sendiri akan faham dan kembali semula kepadanya tanpa sebarang usaha dari pihak lelaki.
Tipikal perempuan, walaupun sesakit mana hatinya, jika sekali suami berkata "maaf", hilang segala sakit hati nya.

apa pun, linda syor kan lah untuk tengok.

till then, see ya.

Wednesday, February 4, 2026

.: WORDLESS WEDNESDAY 4/26 :.

Assalamualaikum.

IncikSuami hantar gambar cekodok.

Cekodok pisang
 "Maya ckp cekodok ayh laen je😒...x bulat mcm ibu buat... 😤"

No komen la ibu.

Till then, see ya.

.: KENDURI DI FELDA SOEHARTO :.

Assalamualaikum.

Ahad,25.01.2026 - 2 minggu lepas punya cerita.. tak dan nak menaip.
kan balik kampung, mak ajak pergi kenduri dekat Sg Dusun @  Kampung Soeharto

kenduri
akhirnya smapai juga..
dari rumah linda, dalam sejam setengah la.
dekat sini, ada saudara mara sebelah mak.
selalu time raya je lah pergi pun.

kenduri
nama pengantin Fatin x Yusof
nie anak saudara sepupu mak.

kenduri
lauk kenduri.
sambal jawa tu memang susah nak jumpa dekat kenduri dah.
orang banyak buat katering, jadi takde lauk tu.
kalau masak sendiri, ada lah lauk tu.

kenduri
selesai makan, mak sembang2 jap.
kita bergambar jap. kikiki

gambar dengan incikSuami takde..
sebab kak M scam, konon2 amik gambar, tapi takde..
sabar je lah.

kenduri
adoi.. sekali lagi dia buat perangai random.
hari tu masa majlis kahwin Wani

kenduri
goodies yang diterima.
comel je, sekarang custom je semua.
dalam dia ada set sudu garfu, bahulu 2 ketul, kopok peket kecik dengan tisu.

sampai rumah dalam pukul 2 petang gitu lah.
rehat2, lepas asar gerak hantar abang mu'az balik asrama.

till then, see ya.

Tuesday, February 3, 2026

.: CLAY STICK :.

Assalamualaikum.

Ahad,02.02.2026 - Alhamdulillah, berkesempatan menghantar abang Mu'az balik asrama.
Alhamdulillah, dah serasi nampaknya.
Tiada babak² nak keluar asrama macam kat sini.

Jangan terpedaya ya.
Dalam beg tu penuh jajan² je.. hahaha.
Baju nya sikit je.

Kena tandatangan masuk dulu.
Sempoi je asrama, balik pakai seluar trek biasa je.
Kalau ibu dulu², jenuh pakai baju batik.
Takde baju batik, sat g kena buat CS (Community Service) hujung minggu nanti.

Sebelum hanya asrama, ajak ibu pergi Watson pula.
Semalam nya keluar takde pula dia ngajak. Sabar jelah.
Nak cari benda yang boleh pusing² macam gam tu. Ibu pun sama² blur.
Apa lah yang dicarinya.

Rupanya clay stick ni.
Dia cakap boleh tepek² kat muka gitu.
Haisyh, entah la.
Ibu pun tak tau lah apa fungsi dia, sebab ibu pun tak pakai.
Baru pertama kali nampak juga ni, kena beli juga ke untuk diri sendiri?? Hahaha.

Till then, see ya.

Monday, February 2, 2026

.: SELAMAT ULANGTAHUN MAK :.

Assalamualaikum.

Happy Birthday Mak
Selamat ulangtahun yang ke 65
Semoga yang baik² untuk mak, dikurniakan kesihatan berpanjangan, dilapangkan rezeki nya dan dimudahkan segala urusannya..aamin.

Hari ni memang mak ingat la sampai bila².
Sambut hari lahir dekat Vietnam.hihihi.

Mak,kak mas, Ammar dan adik azam pergi bercuti ke Vietnam.
Memasing dapat bonus banyak.. bercuti lah.

اَللَّهُمَّ اغْفِرْلَنَا ذُنُوْبَنَا وَلِوَالِدِيْنَا وَارْحَمْهُمْ كَمَا رَبَّوْنَا صِغَارًا

Maksudnya: “Ya Allah ampunilah dosaku dan dosa keDua orang tuaku dan kasihilah mereka sebagaimana mereka mengasihi aku sejak kecil.”


Till then, see ya.


 

Sunday, February 1, 2026

.: PUBLIC GOLD 999 :.

Assalamualaikum.

Public Gold
01.02.2026 
RM675 untuk 1g

Naik lagi dari harga semalam.
Agak² bulan Mac mesti dah cecah 700 nanti..

Till then, see ya.