Lovvu Dobbu

Event Ticker

Wednesday, April 30, 2025

.: WORDLESS WEDNESDAY 11/25 :.

Assalamualaikum..

Siapa yang pernah tengok cerita nie?
Sep sikit.


Teka teki sikit.

Kambing biri-biri kalau nak cepat jadi apa??

Till then, see ya.

P/s-nak tulis entry panjang malas, tulis yang nie dulu la.

 

Tuesday, April 29, 2025

.: MERENTAS DESA SKSJ :.

Assalamualaikum 

Cerita sabtu lepas. 
Merentas desa SKSJ, bertempat di Taman Botani FRIM,Kepong.

Kaunter pendaftaran. 
Ada kategori ibu bapa, alumni juga. 
KM sama je dengan anak2, 5KM.
2 round. 
Linda join juga. 
Bayaran walk in RM10, untuk pendaftaran awal RM20. 

Eh, cikgu shima (cikgu tadika dedek), tudung biru. 
CikSuzi (parents yang aktif dekat tadika dedek). 
Cikgu shima ada anak juga, cikSuzi teman cikgu shima.. Hihihi. 

Jumpa juga muka2 yang dikenali dekat hosp. 

Bukti selesai 2 round. Ada gelang getah 2 utas. 
Rezeki, dapat juga medal.
No terakhir yang dapat hadiah, no 1-15 dapat medal. 

Sekeping dengan abang Mueez. 
Ibu yang berlepas dulu, dia yang sampai dulu. 
Semput ibu nak habiskan, walaupun 5km je. 
Nampak sangat lama tak briskwalk. 

Habis acara, balik rumah. 
Mandi mandi, makan dekat foodcourt lotus Rawang. 
Terus shoot balik kampung. 
Bapak dengan mak buat jamuan raya, sekali yasinan, doa selamat sikit2 sempena nak ke Tanah Suci. 

Tengah2 ipar mak. 
Hujung kiri kanan sepupu. 
Mak dengan kakak nya. 

Alhamdulillah, semua ada.. 
Sempat jumpa pakcik, makcik yang lama tak jumpa. 
Dan macam biasalah, seorang Linda yang lupa nak bergambar. 

Till then, see ya. 

Monday, April 28, 2025

.: BERAYA DI MELAKA :.

Assalamualaikum.

sesi berjalan raya di Melaka.
sampai area Melaka dalam tengah hari juga.

terus menuju ke rumah pertama - geng kereta wira incikSuami

gambar makanan je sempat amik.
first time linda makan ketupat goreng.
not bad lah.
tapi, tak boleh jadi favourite.

seterusnya ke rumah kedua- rumah buddy suami
masa dok Melaka tak ajak pun raya, asyik dok tunjuk je rumahnya.
dah keluar Melaka baru nak ajak beraya. hahaha

rumah ketiga - geng satu unit dulu
patot nya sesama pencen dah.
tapi membe tu sambung 26 tahun.
so, kena kerja lagi lah 5 tahun.

rumah keempat - geng satu unit juga
yang nie memang every year kami mai raya rumah dia.
tapi, tahun nie. beraya bersama newborn.
setelah wife dia keguguran 2 kali.
alhamdulillah, dapat juga. baby boy.
yang atas 2 orang perempuan.

rumah kelima - geng kereta wira incikSuami.
last g rumah dia masa dedek kecik lagi.
mai sekali lagi, rumah lama dah roboh, tinggal rumah bawah.
abang BD pun dah buat rumah sendiri di bahagian belakang.

baru ada gambar raya di rumah last.
rumah abang BD.

haisyh, linda tak boleh dok belakang abang Mueez dah.
tu pun jenuh jingkit, kalau tak, nampak mata je.. hahaha
ngan Abang Mu'az, memang linda tenggelam dah la.
kak M pun , jenuh terkangkang, takot abg tak nampak muka.

gambar makanan di rumah terakhir.

ini je gambar yang ada.
nampak tak, linda malu nak amik gambar.. hahaha

sampai Selayang 12 malam.
dasyat weyh p beraya.

perut memang kenyang lah.
setiap rumah mesti ada makan berat.
tu yang kadang2 takmo gtaw nak datang raya, tuan rumah akan siap-siap masak,
takkan lah tak jamah kan.
Alhamdulillah, setiap rumah pergi..
semua rmah pun linda makan makanan yang di hidang.

terima kasih tuan rumah sudi terima kami datang beraya.
moga murah rezeki selalu.

till then, see ya.

Thursday, April 24, 2025

.: SARAPAN SEBELUM BERAYA :.

Assalamualaikum.

Sambung lagi entry raya..
Sabtu, 12.04.2025.
Keluar dari rumah dalam 9.30 pagi.
Berhenti dekat RnR nilai arah selatan.

Anak dara sorang.
Gini lah.

Abang Mu'az pun ada.

Abang mueez sorang je makan nasi ayam.
Yang lain semua makan nasi lemak.

Ibu yang konon-konon dah kenyang.
Sebab awal pagi dah siap makan-makan dekat rumah.
Anak 4 dengan ayah nya lambat siap.
Padahal dah tau nak keluar jalan raya.

Tengok yong tau fu macam sedap.
Jadi amik lah sikit untuk buat rasa-rasa.

Ehh.. kemana kita?
incikSuami ajak berjalan raya dekat Melaka.
Gigih dari Selayang nak raya kat Melaka.
Takpe, kita ikot je.
Selagi orang nak bawa kita berjalan.

Gambar raya, next entry ya.
Till then, see ya.

.: SIAP JUGA BUNGA TELUR :.

Assalamualaikum 

Alhamdulillah.. Siap juga bunga telur nie. 
Niat nak hadiahkan dekat ex ofismate yang bakal berkahwin next month. 
Saja lah sedekah, barang pun memang dah ada.. 

So, saje lah share sikit sikit gambar from scratch.. 

Dawai bunga. 
Untuk buat kelopak nya. 
Suka curly2 gini, tapi berchenta nak membuatnya... 

Gentel inti bunga pula.
Nie pun linda guna apa yang ada je. 

eh, takde pulak gambar kelopak bunga.
tau-tau yang dah siap.

hat nie rambu ramba dia pula
buat tambah seri kata nya

Alhamdulillah.
siap juga.
dalam 50 batang agaknya..linda pun tak kira,
agak sebab, net bunga tu ada 65 pcs, tapi tak habis pun semua.
nanti nak beli cumi cumi, nak letak dalam net siap-siap.
takdelah tuan rumah pening last minit nak letak apa nanti.
moga-moga tuan rumah sudi lah terima pemberian linda nie.

kalau nak tengok contoh, dekat entry SINI
linda takde pasu bunga pahar tu nak cucuk kan dia.

nie bukan amik masa sehari je tau.
makan minggu juga.
yang leceh tu, nak buat bunga tu lah.
kena cantum-cantum kelopak nya.
bila dah siap semua bahan-bahan, tinggal gabung, lilit kat batang tu.
sekejap je.

next list, untuk sepupu pula nak kahwin bulan 11 nanti.
nak buat design lain pula lah.
sepupu kabo nak buat tema kaler hitam.
stock kain stokin warna hitam tu ada je.
kena beli net bunga hitam lah nampak gaya nya. hihihi.

till then, see ya.

Wednesday, April 23, 2025

.: WORDLESS WEDNESDAY 10/25 :.

Assalamualaikum

nie yang tak suka kalau tido lewat malam.

time tu lah perut nak vibrate macam nset Nokia 3310 (baru baca entry AK yang terbaru)

nak ignore, terus tido, memang tak boleh.
nak makan, kang fikir lemak terkumpul.

tapi, tetap jadi juga megi goreng pedas kita.
esok,lusa, tulat lah kita fikir pasal lemak terkumpul tu.
sekarang kena isi perut dulu, baru boleh tido. 😂😂

till then, see ya.

 

Tuesday, April 22, 2025

.: SYAWAL 7 :.

Assalamualaikum 

Kan dah cakap.. Entry raya nie ke laut.. Hihihi.
Nie nak sambung dari SINI. 
Kejadian hari esok nya. 

Memang akan jengah pokok mulbery mak nie. 
Berbuah pulak dia.. 
Petik lah, apa lagi.. Yummeh. 

Emak linda dan biras biras eh besan besan nya. 
Tudung coklat MIL linda, tengah tengah tu MIL Izhar (adik yang kerja kat Batu Pahat). Hujung tu, my mom lah.. Kan sama muka ngan linda.. Kikiki. 

Kebetulan, MIL Izhar tu sekali nak hanto cucu dia masuk UITM Shah Alam dan adik pun ada kat kampung lagi. 
So, datang rumah Linda lah, untuk beraya dan berjalan sekali rumah saudara mara mereka di belah2 utara nie. 

Kebetulan juga, rumah kak mas dah siap kat sebelah rumah mak tu.. 
Jadi family MIL Izhar tido situ je lah, senang sikit. 

Jadi, sebelum semua pun balik. 
Moh ler kita bergambar dulu adik beradik. 
Tapi tak cukup korum lah. 



Hat nie no 5 dan 6.
Kakak nya tu memang manja sikit dengan adiknya.. Hahaha. 
Kitorg nak tau masalah si kakak, nanti tanya adik.. 
Sebab selalu adik tau je semuanya. Kikiki

Yang nie kita ikot susunan. 
Yang berkain batik kak mas (anak sulung), tuan rumah kan pakai kain batik jelah. 
Ada gap kak mas dengan linda tu, saja kosongkan, untuk anak no 2, abg Man. 
Linda no 3.
Izhar no 4.
Esah no 5.
Adik no 6.

Tinggal adik je belum kahwin lagi. 
Asyik jaga jodoh orang je katanya. 🤭🤭

Adik ngan kak mas duduk kampung. 
Wakil kami adik beradik jagakan mak. 
Terima kasih banyak2 atas pengorbanan kalian.. ❤️❤️

Lepas tu, terus gerak hanta MIL balik Taiping dulu. 
Yang nie dah stori mori dekat SINI.

Till then, see ya.