Lovvu Dobbu

Event Ticker

Thursday, June 6, 2024

.: KE PULAU PINANG KITA :.

Assalamualaikum

sambung Entry nie
dalam pukul 3 petang, linda siap-siap berkemas..
nak ke Pulau Pinang, hari isnin (27.05.2024) ada kursus pulak

disebabkan dah berada di Bagan Serai.
jadi kita terus je lah
keluar ikot tol Bandar Baharu

nie dah sempadan Perak - Kedah
incikSuami lalu ikot Parit Buntar
mula-mula waze bagi ikot jalan lama, keluar dekat tol Jawi
tapi incikSuami tak biasa

tak sampai sejam , dah sampai ke jambatan kedua Pulau Pinang
Linda cakap lalu ikot sini lah, sebab jalan tak jem
petang-petang nie dekat Juru mesti jem
cuma jambatan kedua nie, jauh sikit lah kalau nak ke pusat bandar
tapi ok je

sayup je mata memandang
Jambatan ke dua nie panjang sikit dari yang pertama
kereta pun tak banyak yang guna jambatan kedua nie

Alhamdulillah sampai dah destinasi
ILKKM Pergigian Pulau Pinang
walaupun sebelum nie linda kerja di ILKKM juga, tak pernah lagi sampai sini

owh lupa ILKKM = Institut Latihan Kementerian Kesihatan Malaysia
kiranya pekerja sektor kesihatan yang gred U19 ke atas semua dari ILKKM lah
diserap masuk ke kerajaan..

macam mana nak mohon??
kalau tak silap linda melalui SPA
pemohon kena mohon macam mohon kerja
nanti ditapis lagi, akan ada IV, kalau lulus IV baru dapat masuk
then, belajar dulu ikot dalam 2-3 tahun, then baru serap ke kementerian

bye anak-anak
lama betul rasenya tak berkursus di luar nie
first time jugak family yang hanta..
selalu pergi dengan kenderaan jabatan je

linda share pemandangan di malam hari
bangunan asrama nie sekali dengan bangunan pentadbiran
asrama bermula dari aras 4-10
untuk pentadbiran dari aras 1-3

lepas tu ada jugak main building lain untuk dewan kuliah kot..
takde pulak p melawat..hihihi

nanti Linda sambung aktiviti malam taw

till then, see ya

 

Wednesday, June 5, 2024

.: WORDLESS WEDNESDAY 17 :.

Assalamualaikum

kesah nya camera selfie linda ada 2 detik sebelum dia capture gambar

jadi nie lah gambar yang terhasil selepas incikSuami tekan butang capture tu..
hahaha

kesian dia, lupa nak pesan
ambik gambar tengah hari rembang kan
mana nak nak nampak skrin
tekan butang, terus ok

sekali belek-belek gambar, nie lah gambar yang terhasil 😂😂

till then, see ya

 

Tuesday, June 4, 2024

.: GANGGUAN BEKALAN AIR DI DAERAH GOMBAK :.

 Assalamualaikum

saja nak up dekat sini
takot ada geng2 blogger yang searea dengan Linda tak perasan notis gangguan bekalan air nie
Syarikat Air Selangor jangkakan gangguan bekalan air nie selama 3 hari
bermula esok ( 5 - 7 Jun )

nie kawasan-kawasan yang terjejas ye
Hospital Selayang pun termasuk sekali ye

jadi pagi tadi dah selelsai lah menampal memo dekat asrama
dengan harapan, penghuni asrama nie cakna lah
kadang diorang nie tak baca pun, bila takde air, baru kalut nak wasap, tanya

takde group wasap ke??

iye, takde, tak mampu nak simpan semua nombor HO dan SN
penghuni asrama ada dalam 150 kot
jenuh nak save nama sengsorang
tapi, kalau Linda save pun, memang letak blok asrama dan no bilik dulu, baru nama..hihihi
senang nak trace

perincian kerja Syarikat Air Selangor
semoga air tangki asrama dan air tadahan penghuni mencukupi lah ...

untuk lebih lanjut sila layari Syarikat Air Selangor

till then, see ya

Monday, June 3, 2024

. : KENDURI FARAH + HAIDIL :.

Assalamualaikum 

 Campak belakang 
Hari kenduri Farah+ Haidil (26.05.2024)

Farah nie sepupu incikSuami
Farah ada 3 beradik, dia hat bongsu sekali.. 
Tapi, dia hat mula2 sekali kahwin, dah sampai jodohnya kan.. Hihihi

Zaman sekarang kan..
Rasenya pergi kenduri, memang ada dah benda nie... 
Apa ntah namanya...

Catering je, nak gotong royong takde dah yang nak memasak.. 
Jadi, senang sikit lah kerja adik beradik.. Hihihi.. 
Tolong bungkus2 goodies je.. 
Kalau catering nie, memang majlis mula pukul 11 mcm tu lah.. 
Nie linda sampai awal, saje je lah.. 
Tengok2 apa boleh bantu kan.. 

Nie dah mula majlis.. 
Selfie je yang sempat.. 
Tetamu datang tak berhenti, bizi betul walaupun tolong2 refill goodies bag je.. 

Patot lah tak nampak abang Mueez. 
Rupanya dia dekat pintu depan haa, bagi goodies untuk kanak-kanak.. 
Alhamdulillah, terima kasih abang Mueez.. 

Yang muncung2 tu lah MakJang (tuan rumah), adik MIL linda

Hat berserban tu PakJang (tuan rumah) 

Nie lah pengantin.. 
Selfie siap2, sebab tahu nanti mesti tak sempat... Hihihi

Gambar pengantin, tengah berarak ke meja makan pengantin.. 

IncikSuami dengan pakcik nya.. 
Hat kurus tu, PakCik (duduk Johor) 
Hat bulat sikit tu, PakSu (duduk Taiping) 

Alhamdulilah, time mcm nie lah dapat berjumpa dengan pakcik pakcik, makcik makcik, sepupu2 yang lama tak jumpa.. 

IncikSuami dengan goodies nya.. Hihihi

Yang dok belakang tu, bersongkok, pakNgah.. 

Seronok kan, belah suami panggil ikot pangkat.. Jadi, mudah  sikit nak igt.. 
Bila sebelah Linda, semua Wak, semua Bik.. 
Tu yang jadi alasan incikSuami bila dia tak cam.. 🤣🤣

Berkejar masa nie, naseb dah selfie awal2 dengan pengantin.
Linda kena ke Penang pulak, untuk hadir mesyuarat Kesatuan Penyelia Asrama sekaligus dengan Kursus... 
Minta incikSuami hantarkan, jadi memang kena gerak awal lah.. 
Tak sempat nak bergambar dengan pengantin dekat pelamin.. 

Takpelah, yang penting ada kenangan dah.. Alhamdulillah 

Till then, see ya

 

. : HASIL TUAIAN :.

Assalamualaikum 

Balik kampung, kalau tak kutip hasil tanaman mak, tak sah lah.. Hihihi

Alhamdulillah, rezeki kali nie bunga kantan.. 

Mak tolong petikkan.. 
Bapak cakap, "ko yang nak bunga kantan, kenapa mak yang petikkan"... 
Hahaha, bapak jeles lah tu.. 

Haa.. Boleh jadi flower bouquet dah.. 
Ada 9 kuntum.. 
Mak jual kat orang 50sen je sekuntum
Tapi, linda amik free je.. Hihihi

Kadang2 tu ada rezeki orang datang, tanya bunga kantan, mak bagi je.. 
Kadang2 tu berbunga banyak sangat serentak, tu yang mak jual... 
Sama macam daun kencur.. 

Nie pokok rambutan.. 
Dah keluar buntat buah nya.. 
Dalam 2, 3 bulan lagi, Insya-Allah masak lah dia... 

Till then, see ya

 

Sunday, June 2, 2024

. : KOMPILASI MAKANAN :.

Assalamualaikum 

Disebabkan entry nie dah ad dekat draft.. 
Linda nak up jugak lah.. 

Kompilasi bekal last week.. 
Hihihi.. 

Nasi putih - ikan siakap masak gulai
Untuk hari rabu (sebab baru masuk kerja after kursus dekat Penang) 

Fuhh.. Sedap.. 
Disebabkan cuma ada incikSuami je di rumah.. 
Menu memang pilihan tekak laki bini lah.. 
Sedap sampai incikSuami wasap lauk dan nasi habis.. 
Siap pakej dah basuh periuk, kuali.. 

The next day Khamis
Nasi putih + ayam tomyam

Alhamdulillah, rezeki kali nie
Tapi ayam tu, macam tak kick
Terasa macam ayam lama (beli kat aeon, yang siap bungkus) 
Linda tak perasan pulak tarikh kat packaging dia.. 
Tapi, makan aje lah... 

Gitu lah naseb kat bandar nie.. 
Susah nak dapat yang fresh.. 

Hari Jumaat, buat nasi goreng je
Makan sampai tengah hari, sebab petang habis kerja tu nak balik kampung dah.. 
Malas nak mengemas2 banyak sangat

Sampai area Sg Besar, selangor
Laki bini kelaparan, singgah kedai makan dulu lah sebelum balik rumah.. 

Kuewtiow sup + kuewtiow goreng
Alhamdulillah sedap

Till then, see ya


 

Saturday, June 1, 2024

. : PAPAN KAROM :.

Assalamualaikum 

Mengisi masa lapang di hujung minggu... 
Main karom

Main dengan kak M dulu lah

Lepas tu... IncikSuami plak take turn
Kita tengok sapa yang kena

Sungguh sungguh Linda beli buah karom nya.. 
Seingat nya memang ada papam karom dekat rumah kampung tu.. 
Sekali telefon kakak, dia cakap takde dah papan nye.. 
Minta kakak belanja lah papan karom.. Hahaha

Mahal jugak harga papan karom.. 
Kakak cakap RM116 
Terima kasih wak mas.. 
Moga murah rezeki ya... 

Till then, see ya