Assalamualaikum
walaupun dah lebih 30 hari nie
kita ikot je by hari yang kita taip topik cabaran nya
cepat ke lambat ke..jnji siap
suka suka je kan
🐞 PENGAJARAN 🐞
susah betul nak terjemah dalam Bahasa Melayu
tp itu lah.. point utama nie pengajaran
sepanjang 35 tahun hidup nie
tentulah pembelajaran dan pengajaran cikpuanLinda paling utama daripada ibu bapa
mereka yang banyak mendidik kita
mungkin ibu bapa cikpuanLinda tiada pekerjaan gah seperu ibu bapa orang lain
tetapi, apa yang mereka lakukan dalam hidup mereka semua tu jadi sumber inspirasi buat cikpuanLinda
mcm bapak cikpuanLinda, sekolah rendah pun x habis, tp Alhamdulillah boleh membaca dan mengira
yang paling salute nya..
bapak kerja sebagai pengawal keselamatan je
tp, dia mampu utk membeli tanah yang berekar2
tentulah susah payah nya mcm mana..
cikpuanLinda pun tahu dan alami
tp anak2 xd lah yang berjaya sangat pun 😅😅
setakat boleh bekerja menyara keluarga sendri je lah
sekali sekala dapat support mak bapak makan luar tu pun Alhamdulillah
lepas tu pengajaran yang cikpuanLinda belajar
jangan sayang orang lain melebihi kita sayang diri sendri
ada lah kisah silam nya... kikiki
lagi satu nak share
jangan tunjuk perangai tak elok depan anak-anak
mmg yang itu anak-anak akan folo habish
kalau yang baik2 kita tunjuk tuh, makan tahun nk folo..hahaha
nie cerita dia masa cikpuanLinda baru ad anak 2 orang
beza 2 tahun sorang kan
jadi anak sulung 2tahun lebih
yang no 2 di awal umo setahun
baru dapat kaki, tgh explore sana sini
cikpuanLinda plak duduk nun kt melaka ngan incikSuami je
paham je lah keje incikSuami tu cmne
jadi banyak masa cikpuanLinda ngan anak2
dan masa tu cikpuanLinda cepat naik angin, anak2 beso tu bukn faham apa kan
kita nie penat bagai, anak2 buat perangai, tiba asyik nak marah mengamuk je
tp x smpai lah tahap memukul anak2
yang cikpuanLinda buat, melepaskn kemarahan tu pada brang2
campak kereta mainan anak2...ketuk meja dengan hanger...
anak2 tgok dan terdiam, yang cikpuanLinda kesal..
anak no 2 tu yg folo
masa dia fasa umo 2-5 tahun tu, mmg dia mcm tu, cepat marah dan masa dia marah tu, dia akan baling apa shaja yang dia pegang
tp cepat panas, cepat cool jugak
bila cikpuanLinda nmpk yg tu, terus teringat kita buat mcm tu jugak..
Allahuakbar, luluhnya hati , terasa gagal sebagai seorang ibu.. 😣😣
tp naseb baik cepat sedar, masa no 2 tu ad adik..
cikpuanLinda dah sedar lah kelemahan dan kekuatan mak2 tu kat mana..hahaha
apa yang cikpuanLinda boleh hadap..
apa yang x mampu hadap...
tp sebenarnya, smpai hari nie masih belajar menjadi parents yang baik
tak pernah berhenti belajar
till then, see ya