Lovvu Dobbu

Event Ticker
Showing posts with label psra. Show all posts
Showing posts with label psra. Show all posts

Friday, December 20, 2024

.: KEPUTUSAN PSRA :.

Assalamualaikum



Skop sukatan pelajaran PSRA bermula dari darjah 4 hingga 6 sahaja.

Bidang yang dinilai adalah:

  1. Al-Quran dan Hafazan
  2. Akhlak/Sirah
  3. Tajwid
  4. Tauhid/Feqah
  5. Bahasa Arab
  6. Jawi, Khat

Dari segi pemarkahan dalam setiap subjek pula, markah akan diberikan berdasarkan pangkat seperti yang berikut:


  1. Mumtaz (Cemerlang)
  2. Jayyid Jiddan (Sangat baik)
  3. Jayyid (Baik)
  4. Maqbul (Lulus)
  5. Musaadah (Perlu Bimbingan)


Alhamdulillah, untuk abang mu'az
result keseluruhan adalah Maqbul
setimpal lah tu dengan usaha nya.
itu juga lah usaha ibu..
maaf lah ibu tak dapat jadi yang sempurna untuk anak-anak ibu

semoga yang baik-baik dan lebih berjaya di kemudian hari.

linda tepek jugak lah result abang mu'az dekat sini
untuk kenangan ibu di kemudian hari


till then, see ya

Friday, October 18, 2024

.: MU'AZ SYAFIQ :.

Assalamualaikum

halah3x.. linda pun ape ke teruk sangat amik gambo.
tak berseni betul.. 😂😂

kisah nya, abang Mu'az kena lekat gambar dia dekat slip peperiksaan PSRA (Penilaian Sekolah Rendah Agama) untuk negeri Selangor je, murid tahun 6.
mula-mula lekat gambar yang baju biru tu, gambar tu masa abang Mu'az darjah 1 kot.
tak gamak pulak nak bagi gambar yang nie.
muka tak berubah pun, rambut je dah macam sarang tebuan.. hahaha

tadi balik sekolah kebangsaan, vroom lah kejap ke kedai gambar.
tu yang pakai blazer tu, sebab nak cover tshirt sekolah.
nampak lah smart sikit pakai blazer tu.

4 keping gambar, tanpa softcopy RM13.
2 lekat dekat slip periksa tu.
2 keping lagi simpan lah, tahun depan tingkatan 1, selalunya mesti cikgu minta gambar jugak.

Tarikh rasmi ujian PSRA bagi tahun 2024 / 1446 H yang telah diumumkan oleh JAIS adalah bermula pada 21 Oktober 2024 sehingga 25 Oktober 2024

good luck lah ye anak, semoga diberi ketenangan dan ilham dalam menjawab soalan peperiksaan, aamin2x.

till then, see ya