lovvu Dobbu

Showing posts with label blogpilihan. Show all posts
Showing posts with label blogpilihan. Show all posts

Wednesday, July 2, 2025

.: THANK U SIS NURUL :.

 Assalamualaikum

linda tak perasan blogger Nurul review blog linda.

hari tu dok google blog sendiri, naik entry review nie


terima kasih Nurul sudi review blog Linda.
terharu bila baca review Nurul.
betul betul masuk ke hati lah orang kata.

Nurul fulltime blogger yang jana pendapatan dari blog.
kadang-kadang perasan ada entry yang macam Nurul struggle..
linda nak kasi komen lebih-lebih pun tak pandai bab tu.
cuma doakan semoga semuanya dipermudah, faham struggle tu macam mana, tapi bukan dari segi blog lah.
sebab linda memang menulis blog untuk clear minda..
kira salah satu perkara yang membuatkan linda rasa tenang. 
macam kita pergi buat terapi la agaknya.

macam yang Nurul tulis juga, dulu-dulu memang linda ada blog juga.
tapi stop lama, sampai lupa password semua.
kalau nak singgah tengok, dekat SINI
tapi, memang zaman kekanak punya tulisan lah..
ntah apa yang dibebelkan.

owh lagi satu bab nama.
rizzlinn tu incikSuami punya idea lah dari awal kahwin lagi.
Shahrizal = Rizz
Maslinda = Linn
jadilah rizzlinn.

kalau adnil linda tu pula,  memang nama dekat semua medsos yang linda ada.
nama FB yang dari mula-mula buat sampai sekarang tak pernah tukar.
adnil dapat dari terbalikkan nama linda je.
kawan-kawan semua cakap linda letak nama boifreng dekat nama linda.
eh, tak main lah, baik letak nama sendiri je.

sekali lagi, terima kasih linda ucapkan.
pada semua readers dan juga blogger lain yang sudi berkomunikasi dengan linda.

till then, see ya.

Wednesday, March 13, 2024

.: TOKENS FROM SIS ANIES :.

Assalamualaikum

ingat tak yang Linda jadi blogger pilihan Febuary blog Anis??
entry SINI dan SINI

jadi dari minggu lepas sis Anies dah share no tracking tokens utk Linda

lama pulak pos laju nie peram
dari 7hb sampai hari nie 12hb baru nk out for delivery

Akhirnya sampai jugak
Alhamdulillah
ingat nak peram lama lagi...hahaha

terima kasih sis Anies
sudu tu sekotak dapat haaa...jangan kabo asyik hilang sudu je pulak lepas nie..hahaha
getah rambut tu lawa, tema Palestine
ada keychain daripada negara jiran -Thailand

semoga murah rezeki sis Anies ya, sudi berkongsi rezeki dengan Linda
Domo2 Arigatou 💕💕

till then, see ya

p.s - nak up semalam entry nie, tapi apakan daya, banyak kekangan...




 

Thursday, February 29, 2024

.: YAY, FEBRUARY IS FOR ME :.

Assalamualaikum

sebelum lunch tadi, kita scroll2 lah reading list dulu..
lepas tu ternampak ada satu entry nie mention nama linda

rasanya takde pun masuk GA apa2 dah

helok haa gambar slogan blog Linda

"CERITERA KEHIDUPAN"

rupa rupanya blogger Anies buat sesi blogger pilihan
jadi, ada moments manis untuk dikenang 4 tahun depan, Insya-Allah

secara tak langsung, blog Linda dipromot..kikiki
terima kasih Anies..

blog Anies nie kan, suka review drama, filem
laju je dia tengok drama2 nie taw..hihihi
dalam blog Anies juga ada archive tempat2 yang Anies dah pergi..
banyak betul tempat Anies dah mengembara
seronok dapat pergi negara orang nie

eh, ad ke senarai follower Linda yang belum ke blog Anies??
kalau ada..sila lah pergi terjah..
best taw...

till then, see ya

p.s - ada lagi satu sweet memory utk hari nie...nanti linda up ya
owh nie juga salah satu sebab Linda berblogging balik, walaupun tak kenal blogger2 semua, tapi semua nie, buat kita terasa dihargai..tempat bertukar-tukar pendapat, bertukar-rukar pengalaman,