Lovvu Dobbu

Event Ticker
Showing posts with label Al-fatihah. Show all posts
Showing posts with label Al-fatihah. Show all posts

Tuesday, June 2, 2026

.: AL FATIHAH :.

Assalamualaikum.

Mohon sedekahkan Al Fatihah buat arwah Paksu(sebelah suami).

Pernah menjadi Paksu kami (telah berpisah dengan Maksu).

Al Fatihah
Semoga arwah Paksu di tempatkan di kalangan orang yang beriman. Aamin.

Anak nya, Qisya(sepupu incikSuami), sebaya abang Mu'az.
Tak dapat bayangkan macam mana perasaan Qisya, semoga tabah menghadapi ujian Nya..insyaAllah.

Sempat menziarahi arwah Paksu di ICU Hospital Taiping pada hari Ahad, 31.05.2026.
Waktu tu, bantuan pernafasan telah dicabut, hanya menunggu sama ada Paksu kuat ataupun sehingga situ sahaja.

Rupanya, sudah tertulis. Umur nya sehingga ini sahaja.
Tenang lah Paksu di sana, suatu hari nanti, kami akan menyusul jua.

Till then, see ya.

Tuesday, March 10, 2026

.: PERMATA ADDMATH SEMESTI :.

Assalamualaikum.

Akhir zaman, berita kematian tak asing lagi.

Samada yang kita kenal, ataupun tidak.

Semalam, mendapat perkhabaran. Cikgu AddMath kesayangan warga Semesti telah meninggal dunia secara tiba².. asbab terjatuh bilik air.

Teringat arwah FIL yang terjatuh semasa mengait kepala  kelapa, dan terus pulang ke pangkuan Allah.

Yang paling Linda ingat mengenai arwah.. dia akan sebut "haaa tekan kelekatu kamu"

Kelekatu merujuk pada kalkulator

Arwah tak pernah menunjukkan marah, walaupun ramai yang gagal AddMath. Arwah tetap tenang mengajar, tapi memang bertimbun² la soalan yang arwah bagi sebagai latihan setiap hari.

Linda sendiri nak dapatkan markah above 50 pun susah.

Masa ambil result SPM, yang Linda cari addmath, risau menjadi punca kegagalan.

Alhamdulillah, berkat arwah mengajar tanpa jemu, dapat la A2 dalam tangan.

Semoga Allah merahmati dan masukkan arwah di syurgaNya, aamin.

 "Cikgu yang meninggal tu, Cikgu yang suka ambil gambar budak-budak SeMeSTi tu ke?"

"Ya, betul."

Berderet wasap yang masuk. Aku balas satu persatu.

Itulah orangnya.

Cikgu Rohaya Morat

Selalu menghiburkan hati ibu-ayah dengan mengambil dan mengupload gambar anak-anak di FB beliau untuk tatapan ibu-ayah di rumah.

Pagi ini beliau telah dijemput pulang kepangkuan Pencipta-Nya.

Kehilangan yang mengejutkan seluruh warga SeMeSTi. 

Semoga Allah ampuni segala dosa arwah, luaskan kuburnya, ganjarinya dengan Syurga  dan tempatkan arwah dikalangan hamba-Nya yang soleh solehah.

Titik.

#SamuraiKurus

Kredit FB sensei Hizandi Shuaib

Monday, March 2, 2026

.: PERGINYA PADA 12 RAMADAN 1447 :.

Assalamualaikum.

Isnin, 02.03.2026 - masih dalam kereta api pagi tadi, mendapat perkhabaran Paman Udin (adik bapak) telah meninggal di dunia di hospital pada jam 6.48pagi.
Arwah memang ad penyakit kencing manis dan telah menjalan dialisis beberapa tahun kebelakangan ni.
arwah telah di masukkan wad kerana ada jangkitan kuman pada tapak dialisis nya.

Surah Al-Fatihah
mohon doakan dan sedekah kan Al-Fatihah kepada arwah.

terima kasih linda ucapkan.

linda tak balik ziarah, minta suami je pergi.
so, anak-anak cuti lah hari ni.

semoga arwah ditempatkan di kalangan orang yang beriman, semoga ahli keluarga tabah menghadapi ujian, Aamin.

till then, see ya.

Friday, January 10, 2025

. : Al-FATIHAH :.

Assalamualaikum 

Mohon sedekahkan Al-fatihah untuk arwah kak Ani. 
Pernah cerita pasal arwah dekat SINI


Salam takziah untuk ahli keluarga nya.. 
Semoga arwah ditempatkan di kalangan orang yang beriman.. Aamin 

Alhamdulillah, dapat linda ziarah dengan incikSuami. 
Mohon kebenaran masuk pejabat lambat sikit. 

Till then, see ya. 

Monday, May 20, 2024

. : SELAMAT BEREHAT DI NEGERI ABADI PAKLONG :.

Assalamualaikum 

Jumaat lepas 17.05.2024
Perginya abang sulung kepada arwah FIL
Salam takziah di ucapkan kepada keluarga.. 

MIL linda call petang jumaat tu.. 
Gtaw PakLong dah meninggal.. 

Semoga arwahnya dicucuri rahmat, dan ditempatkan di kalangan orang2 yang beriman.. Aamin2 

Yang nie malamnya, MakTam share dalam group family besar, tapi nie group family sebelah MIL.. 
Duduk satu area je kan, jadi kenal jugak lah.. 

Arwah Paklong dah mula sakit selepas arwah FIL meninggal.. 
Bermula stroke sebelah badan, selepas tu, arwah Paklong memang tak kuat dah.. 
Terlantar je.. 

Dua kali Syawal lah, Linda p ziarah memang terlantar je... 
Jenazah dikebumikan pada hari sabtu, 18.05.2024, jam 11 pagi.. 

Takde rezeki linda dan incikSuami untuk menghantar arwah buat kali terakhir.. 
Hanya sedekahkan bacaan Yassin seusai solat kami... 

Semoga keluarga Paklong tabah menghadapi dugaan.. 
Insya-Allah, hujung bulan nie nak balik kampung, moga ada kesempatan untuk menziarahi maklong sekeluarga... 

Till then, see ya