Assalamualaikum
semalam linda ke Hospital Sungai Buloh(HSgB)
first time juga masuk kawasan hospital
pergi melawat kakak sepupu yang masuk wad
awal sampai, tempat parking banyak lagi lah kosong nya
nampak gah je bangunan HSgB nie
sepupu linda tu anak saudara bapak
anak arwah kakak nya
bapak anak no 4 dari 10 beradik
tapi, sekarnag dah jadi yang no 2, sebab yang no 1 dan 2 dah meninggal
tinggal abang yang no 3
adik bapak pun ada sornag yang dah meningggal
jadi dari 10 beradik nie, tinggal 7 beradik
tapi, masing-masing pun dah tak sihat sangat
macam bapak Linda nie dah 73 umurnya tahun nie
sampai dekat aras 4, sepupu (kak Ani) di wad aras 4 nie
strict betul lah peraturn melawta dekat sini
memang 2 orang pelawat (termasuk sorang penjaga) pada waktu melawat tu
guard dok ronda dalam wad setiap masa
bukan dah hujung-hujung nak habis waktu melawat tu
Kak Ani nie memang ada sakit dah, Linda nak ziarah dia dekat rumah pun tak sempat nak g
kadang tu bukan apa, kita risau kalau mengganggu orang, tapi sebenarnya orang tu suka kalau kita datang ziarah.
kak Ani nie memang ada kencing manis, semput pun iye juga
dekat rumah pun dh on oksigen je
suami dia pun baru nak pulih daripada stroke
moga cepat sembuh ye kak Ani
nie bapak, bapak pun tak kuat dah nak jalan sangat
lutut nya sakit.
dia nak p ziarah anak saudara nya, tapi sampai dekat lobi, suruh incikSuami pulak wakilkan dia.
sebab dok mikir nak jalan ke wad tu kan.
linda suruh naik wheelchair, biar linda tolak.
itu pun, banyak kali suruh naik.
bapak tu bukan nak bila kita suruh naik wheelchair tu, malu katanya
Allahuakbar, sedih je bila bapak cakap macam tu.
dekat rumah tu ada je tongkat yang sekali dengan kerusi tu.
pun bapak tak nak guna, leceh katanya.
tapi tulah, bila kita ajak berjalan, dia tak nak lah folo.
sebab tak larat nak jalan kan.
eh, gambar kak Ani ada ambil.
tapi buat tatapan sendiri je lah.
gambar orang sakit kan, tak elok sangat pulak rasenya.
Alhamdulillah, dapat juga bawak bapak ziarah kak Ani.
semoga diberi dipermudahkan urusan perawatan untuk kak Ani, dan semoga terus diberi kesihatan kepada bapak dan mak, aamin.
till then, see ya
Semoga Allah berikan kesembuhan untuk kak ani dan diberikan kesihatan yang baik dkt ayah linda..Amin
ReplyDeleteAamin2x... terima kasih atas doanya Nieyl... ❤️❤️
Deletearwah FIL saya pun tak mahu disorong atas kerusi roda .. Malu katanya... Macam tu lah kan ayah ayah ni... macam mana dah tua pun anak buahnya.. tetap nak jengah...
ReplyDeleteTulah mama yan.. Kita nie sebak je rasa...
DeleteSemoga yang sakit diberi kesembuhan dan itulah ujian kehidupan....sakit alsebab saja..yang lain memang ujian yang sudah tertulis
ReplyDeleteBetul.. Semoga bila ujian tu datang, kita redha dan bersangka baik.. Aamin2
DeleteOrang yang berumur ni kadang dia tak nak dengar cakap anak2. Nak kena pujuk betul2 ni. Itu pun kalau jalan la....
ReplyDeleteDia rasa tak nak susahkan anak2 kak ezna... Padahal, sikit pun tak terbalas jasa diorg membesarkan kita.. 😢😢
DeleteBetul. Tak nak susahkan anak2 tapi kita nak memudahkan ibu dan ayah kita.
DeleteBetul tu kak...
DeleteAllahuakbar! Begitulah bila masing² dah berusia, ada yg sihat, ada yg kurang sihat, ada yg dah pergi dijemput Ilahi. Masa kecik² dulu tak berapa faham situasi begini tapi sekarang, rasa sayu betul, terfikir bila giliran kita diuji nanti bagaimana pula. Semoga Kak Ani dan bapak Linda diberi kesihatan kembali.
ReplyDeleteBetul tu SK... Masa kecik2, org nanges.. Kita pun ikot nanges.. Hihihi...
DeleteAamin2x, terima kasih atas doa SK
Macam mak akak je.. masa sakit kaki tu kami minta pakai tongkat biarlah balance jalannya. Tak nak katanya bukanlah teruk sangat sampai nak pakai tongkat.
ReplyDeletetulah kak...kena banyak bersabar melayan mak ayah nie...insya-Allah
DeleteSaban hari berlalu makin ramai yang meninggalkan kita. semoga bapak kuat dan diberi kesihatan yang baik di usia 73 tahun..
ReplyDeleteaamin2x...
Deleteterima kasih atas doanya..
Hosp Lipis pun waktu melawat 2 orang je sekali masuk. memang dorg dah limit kan supaya tak crowded dalam wad kot. dulu2 boleh je. selepas covid ni dorg control sikit.
ReplyDeleteagaknya lah...senang sikit nak kawal macam tu kan..wad pun takdelah bising sangat
DeleteSaya hanya bisa mendoakan
ReplyDeletecepat sembuh dan sehat selalu
terus semangat
insya-Allah...mudah mudahan cepat sembuh dan sentiasa sihat..aamin
Deleteshafahallah utk kak ani
ReplyDeleteAamin2x...
Deleteterima kasih MZ
Semoga cepat sembuh dan sentiasa dalam lindunganNya
ReplyDeleteInsya-Allah. Aamin2...
DeleteTerima kasih atas doanya
Wad kat sini pun mcm tu jugak, seorang je pelawat dlm 1 masa, so kalau ramai mmg kena ikut turn la
ReplyDeleteLagi strict, seorang pelawat je...
DeletePak Zain pun x nak pakai wheelchair..dia blom lumpuh katanya...hospital memang ketat peraturan kan..
ReplyDeleteAllahuakbar.. Kita nie kesian dekat dia...
DeleteA ah.. Tulah, atas hospital jugak nie
Semoga bapaknya Mbak dan kak Ani lekas sembuh dan kembali normal seperti sedia kala.
ReplyDeleteSalam,
Aamin2... Terima kasih atas doanya TA
Deletesyafakillah kak ani
ReplyDeletebgs laa peraturan mcm tu
sm mcm time lps pkp dulu
x boleh msk ramai2 dlm 1 ms...
Terima kasih anies ❤️❤️
DeleteBagus nya, tak bising lah dalam wad tu.. Hihihi.. Sebab pelawat terhad
Ini sama macam mertua dan papa saya. Almarhum Mama mertua ada sakit lutut, tapi tiap kalo kami saranin pake kursi roda, tak mau. Malu katanya.
ReplyDeletePapa saya pun sama. Padahal maksud kita supaya mereka tetap bisa jalan dengan kita tapi dengan selesa. Cuma yg mereka pikirkan tak sama 😔
Semoga sehat2 untuk saudara kakak yaa
Betul tu fanny.. Kita cuma nak mudahkan mereka...
DeleteInsya-Allah, terima kasih atas doanya