Assalamualaikum.
Kisah semalam.
Breakfast date lagi. Aiyooo..
IncikSuami makan lontong.
Linda makan nasi impit dengan kuah kacang.
Sebab menunggu basuh Toto ni yang kitorang p breakfast. Hihi.
Tak tau nak buat apa.
Kill the time dengan makan la.
Berdua je, sebab pagi² dah keluar.
Nasib baik dobi tak ramai orang, sampai je dobi ada mesin kosong.
Setel semua, sampai rumah dalam pukul 11 pagi.
Tengok² mak dengan bapak dah takde.
Ingatkan tapau lauk ke apa, rupanya p kenduri.
Kena masak la... Hihi.
Masak simple je, ayam kicap+kentang.
Lepas tu ada pajeri nenas tapau sekali tadi.
Selesai urusan memasak, solat zohor.. rehat².
Mak ajak ziarah mak saudara (pangkat nenek dengan Linda) dekat area Sg Tiang Darat, Bagan Datuk.
Alhamdulillah, dapat menziarahi nenek saudara.. itu je lah yang tinggal.
Gambar, sebagai kenangan je. Sebab nenek pun dah tak larat jalan, memang duduk atas katil je.
Semoga nenek Hariyah sihat2 selalu.
Otw balik tu.langit gelap sungguh.
Ni dekat Simpang Empat, Perak.
Ni dah area kampung.
Baru lepas hujan dekat kampung.
Sampai dekat rumah, anak² semua kepuasan.
Sebab dapat main hujan.. 😂😂
Alhamdulillah untuk hari semalam.
Till then, see ya.




Nama Simpang Empat ni ada di banyak negeri kan. Boleh keliru kalau tak sebut sekali nama negeri.
ReplyDeleteHehe…terbayang masa kecik dulu seronok sangat bila dapat keluar main hujan. Lagi pulak kalau hujan lebat.
Betul kak.. banyak nama tempat yang sama dalam Malaysia ni..
DeleteMain hujan, memang paling seronok lahh
Sedap menu breakfast Linda, macam menu raya la :D
ReplyDeleteHihi..sempena raya...
DeleteKat kampung pokcik ada tempat orang panggil Cabang (simpang) Lima.. sebab dia ada lima lorong yang bertemu..
ReplyDeleteDekat area kampung suami pun ada juga, Simpang Lima nak pergi ke Titi Serong, Perak.
DeleteMinggu lepas pun Cie makan nasi impit kat kampung.
ReplyDeleteMakan ramai² lagi syiokk
DeleteSedapnya menu breakfast
ReplyDeleteAlhamdulillah...
DeleteSekarang dah tak payah tunggu raya nak makan nasi impit kuah kacang.
ReplyDeleteHamboi².. tunggu nak masak ya😆
Betul . Teringin, buat jeee
Deletebestnya mak tak marah bila anak2 mandi hujan :p
ReplyDeleteHahaha.. ada masa tak marah..ada masa bebel juga...
Deleterindunya udara kampung. tak sabar tunggu bln12 nanti
ReplyDeleteBulan 12, cuti panjang.. balik kampung laaaa
DeleteDapat chance main hujan, kita pun seronok. Masalah kita ialah lepas main karang kaki pulak cramp memalam nanti hahah
ReplyDeleteMak nya tak main hujan..
DeleteBebudak tu tak pernah lagi cramp ..
Kalau kat kampung..yang masih belum banyak pembangunan, bila hujan best kan...mcm kampung akak..keliling masih hutan dan gunung2..bila hujan lebat..bau lepas hujan tu best...rindunya nak balik kampung..agak lama x balik ni...
ReplyDeleteAlhamdulillah... Tapi tronoh ni pun makin membangun juga.. Tau² ada taman baru siap
DeleteAiiish gelap sangat awan nya 😆. Hujan besar nampaknya ya kak Lin
ReplyDeleteMusim hujan dah tiba..
DeleteNampak awan hitam bergulung tu dah berat sangat dah tu.
ReplyDeleteMusim hujan dah sampai..
DeleteMoga dipermudah urusan mangsa-mangsa yang terlibat
Sedapnya nasi impit kuah kacang ..
ReplyDeleteAlhamdulillah... Sedap
Deleteadoyai terliur nasi impit kuah kacang tuuuu
ReplyDeleteNasib baik kuah kacang dia sedap
Delete