Lovvu Dobbu

Event Ticker

Sunday, July 5, 2026

.: YASINAN :.

Assalamualaikum .

Jumaat petang, lepas jumpa cikgu tu.
Bawa Mu'az balik rumah terus, rumah mak bapak la.
Linda pun cadang memang nak tido semalam dekat kampung.
Last balik masa raya haji tu lah.

Petang tu,macam biasa.
Hari jumaat, memang mak ada yasinan (baca Yasin beramai ramai dekat surau- bergilir surau).
Linda pun takde buat apa petang tu, ikut la mak pergi yasinan.

Antara gambar² yang di tangkap.

Tudung hijau tu, biras mak, Wak yati.
Kahwin dengan abang bapak.

Ramai juga yang join.

Belakang ni, mak dengan wak jamak.

Ada yang kenal Linda, ada yang tak kenal Linda.. hihi.
Kita tak membesar dekat kampung. Gitu lah.

Habis ,baca Yasin, ada tabung bergerak.
Mak tak kabo pula, Linda datang lenggang kangkung je.. hahaha.
Mak hulur la RM5 ni ha.
Dari kecik sampai besar, mak juga yang bagi duit.

Habis yasinan, haruslah ada makan².. hihi.
Alhamdulillah, rezeki.
Main dish, tuan rumah (ahli kariah surau yang berkenaan), lepas tu, ada juga yang bawa juadah lain sikit².

Seronok dapat jumpa kawan² mak yang dah lama tak jumpa . Hihi.
Ada juga yang Linda kenal masa jadi cikgu ganti sekolah rendah dulu.

Beramah mesra orang kata, biar orang kenal Linda . Hihi.

Till then, see ya.

34 comments:

  1. Bagus Linda nak beramah-mesra dengan geng2 mak Linda 👍🏻

    ReplyDelete
    Replies
    1. ..ada yang Linda kenal, ada yang kenal Linda..ada yang baru kenal..hihihi

      Delete
  2. Seronoknya Linda. Rindu Akk moment gini. Dulu arwah Mak pun rajin joined yasinan ni.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Alhamdulillah, saja nak follow mak..kat rumah pun takde nak buat apa..

      Delete
  3. Bagusnya kampung tu masih buat program macam ni.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Alhamdulillah. Kat kampung hidup lagi acara nya, tapi tula.. orang nya kadang ramai, kadang tak ramai..

      Delete
  4. Replies
    1. Hihi..itulah namanya.. kalau nak bahasa melayu kan.. panjang pula ye..

      Delete
  5. Lama tak dengar perkataan 'yasinan'. Semoga terus ada rezeki hendak joint yasinan

    ReplyDelete
    Replies
    1. Selalu yasinan hari jumaat, kita join yang dekat opis je lah..hihi..

      Delete
  6. Ada terjumpa mak mentua tak jadi, tak, Linda??? Hihihi.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Haruslah takde.. sebab memang tak pernah terlintas nak cari jodoh sekitar kampung.. Linda ni suka dengan orang yang bukan circle sendiri..hihihi

      Delete
  7. akak masa mula2 kahwin dulu makmentua rajin ajak ikut dia yasinan..follow la kita beramah mesra dengan makcik2..tiba jumpa la makmentua takjadi waled Pia..huwaaa

    ReplyDelete
    Replies
    1. Aiseyhhmennn..
      Kalau mak mertua tak jadi Waled Pia, asyik bercakap pasal tu je..boleh sakit hati.. hahaha

      Delete
  8. Meriah kalau Yasinan di KG kan.. dulu arwah Mak kalau buat Yasin, Sis pun suka datang.. selain tolong, nanti Makcik-makcik tu mesti tanya, 'Mana anak sulung ko tu Rose' hahahahaha

    ReplyDelete
    Replies
    1. Hahaha...sekarang yang kenal Linda, tanya satu je "dah dapat tukar ke Linda?".. masing² tahu kita ni PJJ

      Delete
  9. Sekali skala join mmg seronok =D

    ReplyDelete
  10. Best join yasinan lepas yasinan last dapat makan-makan heheheh

    ReplyDelete
  11. Best ada peluang join aktiviti macam ni...at least tunjuk muka and orang kenal anak sapa kan..duk kampung best..kat taman x banyak aktiviti macam ni...

    ReplyDelete
  12. 1st time dgr perkataan yasinan hehheh baca yasin tau laaaa

    ReplyDelete
    Replies
    1. Yasinan = baca yasin.. hihi
      Kasi pendek sikit

      Delete
  13. kak linda la paling genz kat situ kan? hikss

    ReplyDelete
    Replies
    1. Hahaha..itulah yang jadi "Linda, tolong ambilkan tisu", "Linda, ambilkan air sekali".. "ni pinggan² nak letak mana?".. Linda la tolong kutipkan.. 🤭🤭. Tapi, seronok

      Delete
  14. Bab tabung tu saya pun selalu lupa...bila tabung lalu jer kita tolak jer dkt org sebelah...x der talian hayat nak hulur duit...

    ReplyDelete
  15. Hekhek, suka ikut juga dulu. Sebab nak makan je, ngeee.

    ReplyDelete
  16. Mesti mak bangga kenalkan anak wedoknya pada yang belum kenal.

    ReplyDelete
    Replies
    1. halah3x...anak wedoknya wes manak patang kali.. hahaha

      Delete
  17. Kalau tak membesar di kampung, biasanya memang tak terlalu dikenal ya kak. Hrs sebut nama ibu ayah dulu, baru tahu anak siapa 😁. Samalah dengan saya juga. Tiap mudik ke sibolga, pasti papa ajak ke rumah saudara, supaya memperkenalkan lagi. Krn memang kami pun tak membesar di sana

    ReplyDelete
    Replies
    1. Memang zaman dulu² tu, orang lebih kenal mak sama bapaknya dari anak² nya..hihi..
      Kalau sekarang ni, kak Linda kenal nama kawan anak² je, tak tahu pun mak bapak nya siapa.. 🤭🤭

      Delete