Lovvu Dobbu

Event Ticker

Friday, July 17, 2026

.: RAHSIA BAHAGIA :.

Assalamualaikum.

meh nak sharing sikit.


tengok point 1-6 semua betul lah.

paling linda suka point no 1
jangan sibuk jadi hero - sebab sekali rang dah aim, memang hang jela hero nya. hahaha..cukup la limitkan kerja ikut kerja hakiki, selain tu bantu yang tidak berlebihan. bukan la kata suruh berkira, tapi kena buat kira-kira juga supaya orang tak terlebih kira dengan kita. nanti orang ingat dengan kita, semua kira jadi je, tu yang mula depe hempuk macam-macam dekat kita.. hihihi

point no 5 pun suka juga.
datang sharp, balik sharp.
eh hello, waktu kerja ko boleh merayap sana sini, lepas tu sibuk nak OT katanya kerja banyak tak siap. ala setakat kerani gred N1, bukannya semua kerja kita urgent, macam boleh hilang billlion-billion kalau tak buat haritu juga, lainla kalau ko jenis peram keje buat last minit. hahaha.

eh, maaf la terkasar bahasa.
tapi itulah realiti nya.
jadi pejam mata, pekak telinga jelah.
janji kerja part saya jalan.
bos tanya, boleh jawab.
bos nak data, boleh bagi.
tang kerja kita sendiri la.
takkan kerja orang sebelah pun saya kena tahu detail.

till then, see ya.

34 comments:

  1. Tgh brusaha utk elak & tepis no.1.No.2-3 tgh improve. No.4 smp 6 tu mmg rutin...Hahahah

    ReplyDelete
    Replies
    1. Demi emosi yang stabil..kita perlu buat..hihhhi

      Delete
  2. No5 tu ada masa sharp 4.30pm, ada masa terlebih sikit tapi tak claim OT.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Itu biasa .kdg2 ada juga balik lewat..tapi, sebab kerja la..bukan saja²

      Delete
  3. life is short so make it sweet and jom happy2 ajer!!

    ReplyDelete
  4. Yang penting kerja kita setel ✔️

    ReplyDelete
  5. Semua tu betul. Kita nak tenang saja. Sharp balik tu akak dari opis lama sampai yg sekarang sebab duk jauh. Dah le datang subuh sapiiiii sebab kejor parking jadi balik sharp 4.30bptg takut sangkut jem. Tapi kerja kena bereslah

    ReplyDelete
  6. Betul sgttt tu
    Kalu dulu2 ya skrggg emmm idakk lg
    Bukan berkira tapi kena fikir jga kann
    Ikut keupayaan kita
    Nk tunjukk rajin sgt punn idakk le
    Biarlahhh

    ReplyDelete
    Replies
    1. Itulah cikNur, kita buat kerja kita..rajin yang bertempat..hihi..jgn ada bos baru nak rajin..

      Delete
  7. Yg penting tanggungjawab kita siap dan rezeki kita pun jadi berkat. İnshaallah. Aamiin.


    ReplyDelete
  8. dulu masa kerja di office yang ramai orang memang kena buatlah apa yang dalam list ni. sekarang bila dok sorang-sorang ni, memanglah tak seronok takde kawan tapi at least tak perlu risau bila kita masuk lewat, balik awal, takde org yang nak berkata belakang.

    ReplyDelete
  9. Replies
    1. Yang no 3 tu, penting untuk elakkan gaduh..hihihi

      Delete
  10. cerita peribadi jgn share wpn kite rapat dgn seseorg
    bahayaaaaaaaaaaaa

    ReplyDelete
  11. kadang2 tak faham sikap orang nombor 4 tu. datang kerja ngumpat sana sini, buat perangai menjengkelkan... pergilah buat kerja tu

    ReplyDelete
  12. Setuju tu Linda. Yang penting buat kerja kita dengan baik dan siap. Tak kacau hidup orang lain.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Kan..tak faham jenis yang suka kacau orang lain tu..

      Delete
  13. Setuju sangat bab "jangan sibuk nak jadi hero" tu! Sekali kita buat semua benda, lepas ni memang automatik orang aim suruh kita yang selesaikan. Buat kerja ikut skop hakiki & bantu mana yang patut je. Yang penting work-life balance dan emosi kekal stabil! Setuju 100%

    ReplyDelete
    Replies
    1. Betul tu..kita nak kerja lama, so emosi dan mental health perlu dijaga...

      Delete
  14. Lain ok, no 5 paling susah direalisasikan huhu

    ReplyDelete
  15. Setujuuuu. Terlalu berlebih kerja, yg ada akan dimanfaatkan oleh staff lain. Sikit2 nanti suruh kita. Kalau ada kompensasi, tak apa. Ini palingan ucapan terimakasih saja 😄.

    Kita disuruh kerja sampai malam, tak mereka pikir ada keluarga juga di rumah.

    Kecuali company tersebut sangaaaat memperhatikan kesejahteraan staff nya, bolehlah kerja lebih. Tapi kalau tak ada, Mon maaf 😂.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Kalau ada ucapan terima kasih, sejuk la juga hati tu..ni lansung tiada . Hahaha

      Delete
  16. No 1 tu betul. Keje dalam warehouse kalau tunjuk hero memang orang tu la yang selalu diharapkan. Bukan keje orang tu pun disuruh buat juga.

    ReplyDelete