Assalamualaikum.
Nak masuk penghujung dah cerita Sekinchan ni.
Lepas borong kerepek tu, terus je tuju Bagan Datuk, niat nak singgah solat dekat Masjid Tuminah Hamidi.
Linda pernah la juga ke Dataran Bagan Datuk tu, tapi tak singgah la ke Masjid. Tak pernah pergi pun masjid nya.
Tengok je lah.
Jadi, ni pun kali pertama Linda ke situ.
Meh la tengok gambar apa je yang ada.
Bahagian kubah belah dalam.
Linda snap dari kawasan solat perempuan.
Ni bahagian luar kawasan solat perempuan.
Tapi, rasa nya digunakan untuk ruang solat juga.
Ada pembahagi pintu, jadi kalau ada anak² kecil, boleh la duduk sini.
Tak mengganggu la ruang solat.
Karpet tebal ni.
Ni dekat salah satu ruangan dekat bahagian luar.
Lawa sungguh la design dia.
Ayat Al-Quran dekat corak atas tu, cuma Linda tak ingat ayat apa.
Tapi. Memang yang common je lah.
Wefie dengan incikSuami.
Ada ruang tengah yang terbuka.
Kalau masjid buat event, letak khemah dekat sini pun, muat 10 khemah rasanya.
Ada dewan juga rasanya.
Sebab masa Linda pergi ni, ada katering dan macam ada majlis kahwin buat dekat dewan tu.
Mungkin luas juga la ruangan dewan tu.
Minta adik ipaq snapkan gambar.
Kalau tengok gambar masjid dekat belakang tu.
Tempat yang Linda solat, kalau tak silap dekat kubah yang besar sikit tu.
Yang sebelah kiri.
Alhamdulillah, selesai dekat sini.
Kami teruskan perjalanan balik Taiping, potong terus dekat Jambatan Sultan Nazrin Shah.
Jambatan yang merentasi Sungai Perak.
Dari Bagan Datuk terus sampai ke kawasan Sejagop.
Kalau dari Pasir Salak atau Manjung nak ke Bagan Datuk, dah tak payah pusing jauh.
Ada jambatan ni, memang jimat masa sejam juga lah.
Kalau sampai Perak, boleh la cuba jambatan baru ni.
Sekarang ni Linda tunggu satu lagi jambatan siap.
Yang menghubungkan Sg Air Tawar, Selangor ke Hutan Melintang, Perak.
Saja nak tengok tembus mana ke mana.
Banyak perubahan berlaku dari Linda kecil sampai ke besar ni.
Till then, see ya.





Cantik sekali kan Masjid ni, sejuk mata memandang, saya suka ambil gambar masjid di mana-mana..
ReplyDeleteBetul..suka tengok masjid²..
DeleteBesar betul masjidnya. Senibinapun cantik.
ReplyDeleteDaerah Zahid Hamidi.. nama masjid pun, sempena nama mak dia...lawa masjidnya kak
DeleteCantik masjidnya tu. Warna tu cantik.
ReplyDeleteCantik warna nya tu, biru
DeleteCantik masjid terapung di bagan datok ni.. kena pergi juga ni satu hari nanti.. :D
ReplyDeleteInsyaAllah, sampai tu nanti..
DeleteMak kita lahir di Bagan Datuk tapi kami tak pernah ke sana sebab dah tak ada saudara mara di situ.
ReplyDeleteCantik betul masjidnya.
DeleteOwh, Linda ada lagi nenek saudara dekat area bagan datuk tu.. tapi, area selekoh, masuk simpang sekolah STAR tu.
DeleteCantik masjid ni. Akk belum pernah sampai ke BD. One day In Sha Allah
ReplyDeleteCantik kak.. boleh la jalan² nanti..
DeleteMasjid atas air... niceeeee
ReplyDeleteMasjid terapung..rasanya tu macam dah area laut..
DeleteCantik masjid ni. 🩷
ReplyDeleteWarna biru tu lawa
DeleteView cantik masjid terapung ni, sesejuk mata memandang
ReplyDeleteBetul .lawa dan cantik
DeleteCantik seni bina masjid ni. Dulu kalau masjid terapung mesti ingat kat Ganu je. Sekarang dah banyak masjid terapung dibina di beberapa negeri. Dekat dengan Sg Air Tawar Sabak Bernam ye. Bolehlah nanti² singgah masjid Bagan Datok ni.
ReplyDeleteEh, bukan..dia masuk hala simpang empat kak..jalan lama..
DeleteKalau yang sg air tawar tu, nak buat jambatan baru sambung ke hutan melintang.
Sekarang banyak dah masjid terapung
Alamak, tak tahu lah simpang empat mana. Tak tahu sangat jalan sana. hihi...tahu pergi sabak je lah.
DeleteHihi..hala teluk intan, tapi jgn naik highway, nanti tak jumpa..kena lalu jalan lama..
DeleteBaru tahu ada masjid cantik camni. Btw, jemput follow blog saya https://www.spacemaya.com/
ReplyDeleteBanyak dah masjid lawa² sekarang .alhamdulillah, senang nak cari tempat solat dekat Malaysia..
Deletecantiknya masjid tu! teringin nak road trip to perak..kena cari masa laa
ReplyDeleteRoad trip yang kena plan betul² ke mana..Perak besar gak, kalau sesat sampai Gerik, tak boleh road trip dah..hihihi..penat nanti
DeleteNak buat road trip ke Perak kena betul2 plan supaya tak bazir masa. Setakat ni kalau ke Perak pun balik rumah saudara belah en. Hubby.
ReplyDeletebetul..perak ni jauh2 gak tempat yang best2..makan masa
DeleteCantiknya interior dalam masjid ni. Saya jarang ke bagan datoh. Kalau pergi nanti, kena singgah sinilaa
ReplyDeleteYe..singgah la nanti..
DeleteWah, cantik dalam masjidnya. Akak merasa tengok dari luar saja.
ReplyDeleteNanti bila2, masuk la kak..ikut jambatan tu tak jauh dah..
DeleteBaguuuus mesjidnya 😍😍. Belum rezeki saya bisa ke sekinchan. . padahal tak jauh sangat pun dari KL kan. Nanti lah nak buat plan supaya bisa kesana. Mampir di mesjid ini juga
ReplyDeleteKalau Sekinchan, dari KL dalam 2jam la..
DeleteKalau masjid ni, dia lagi ke atas..mungkin tambah lagi 1jam perjalanan.
MasyaAllah, cantiknya Masjid Tuminah Hamidi ni! Suka tengok ukiran seni bina & corak ayat Al-Quran dekat bahagian dalam tu, nampak tenang sangat. Untung Linda dapat singgah, karpet tebal siap ada ruangan pembahagi selesa untuk bawa anak-anak solat. Terima kasih berkongsi gambar cantik
ReplyDeleteAlhamdulillah, dapat juga jejak kaki sini...memang cantik seni bina nya...ada juga part yang Linda tak ambil gambar, sebab tengah ada maintenance
Delete