Lovvu Dobbu

Event Ticker

Tuesday, March 17, 2026

.: PEREMPUAN MENGIDAM :.

Assalamualaikum.

ada terdengar berita hari tu.
suami belasah isteri yang sedang mengidam anak dia, darah daging dia.
eish.. ku tak boleh la dengan panas baran ni.
ayam gepuk je, bukan minta makan mahal2 pun.
sekalipun tak mampu, cakap je lah elok2.

tak payah jauh2 la, ku ni kalau mengidam. laki tak layan pun. hahhaa
pernah la nak sentap, tapi tau laki macam mana.
kita tak guna ayat teringin dah.
kita guna ayat "nak makan sekian sekian, jom"

tula, manusia ni pelbaai perangai nya.
patut la zaman sekarang, kalau nak kawin, kena tapis bakal pasangan kita elok2.
nampak je redflag, hindarilah.

Luluh hati Min baca berita hari ini. Hanya kerana minta dibelikan ayam gepuk kerana mengidam, seorang suri rumah dibelasah suaminya di sebuah flat di Cheras. 

Allahu... para suami, tolong faham. 

Isteri "mengidam" ni BUKAN sengaja nak mengada-ngada, bukan nak 'test' kesabaran suami, dan jauh sekali niat nak menyusahkan. Ia adalah adaptasi BIOLOGI dan SAINS yang berlaku di luar kawalan mereka!

Bila isteri hamil, badan mereka sedang lalui fasa 'berterabur' yang sangat meletihkan


1. Hormon Sedang 'Reset' Otak

Hormon estrogen dan progesteron mencanak naik. Ini mengubah cara otak memproses deria rasa dan bau. 

Sebab itu makanan biasa tiba-tiba jadi meloyakan, dan makanan tertentu terasa sangat "memanggil".

2. Hormon Lapar-Kenyang Berubah

Sistem kawalan selera makan (seperti leptin & ghrelin) sedang bekerja keras menyesuaikan diri untuk menampung keperluan tenaga ibu dan menyokong pembesaran janin.

3. Sistem Perlindungan Semulajadi

Sains melihat 'mengidam' dan 'loya' sebagai cara badan melindungi janin daripada bahan yang berpotensi memudaratkan. 

Jadi, jawapan paling tepat ialah wanita hamil mengidam kerana badan dan otak mereka sedang “reset” cara menghidu, merasa, dan mengawal selera makan ketika hormon berubah serta keperluan tubuh meningkat.

TAPI AWAS 

Sebahagian besar mengidam makanan adalah normal. TAPI, kalau isteri mula mengidam benda BUKAN makanan seperti ais batu (secara luar biasa), tanah, kertas, atau kapur .

Ia bukan mengada-ngada, tapi amaran badan bahawa isteri sedang mengalami KEKURANGAN ZAT BESI (Anemia) .

Wahai para suami, emosi dan fizikal wanita hamil sangat rapuh. Kalau tak mampu, tak ada duit, atau tak sempat belikan apa yang isteri mengidam, berbincanglah elok-elok. 

Peluk dan pujuk dia. 

Mengangkat tangan dan membelasah isteri kerana isu makanan adalah satu jenayah dan perbuatan yang sangat dayus


#PublicHealthMalaysia #HentikanKeganasanRumahTangga #KesihatanIbuHamil #SainsMengidam #DomesticViolence #PDRM #KehamilanSihat #SuamiKenaTahu

till then, see ya.

3 comments:

  1. ye betul...setuju..kalau akak kena...flying kick balik jantan dayus tu...biadap betul..satu lagi kes yang pukul bini tgh preggy anak kembar kat Melaka, lepas tu dia bawak bini dia lari..sampai skrg x jumpa kan..x tau la apa cerita selanjutnya

    ReplyDelete
  2. kesian. semoga anak-anak dara kita nanti dapatlah jodoh yang tak perlu kaya tapi mampu jaga anak kita sebaiknya. Along ammi haritu pun cancelkan pertunangan anaknya sebab eh baru seminggu tunang dah macam2 hal. jeles tak bertempat. berumahtangga kat tempat kerja anakbuah sebab taknak anak buah tu senyum pun dengan customer. ehhh ko dah kenapa?

    ReplyDelete