lovvu Dobbu

Wednesday, December 10, 2025

.: KAK M DAN HADIAH :.

Assalamualaikum.

minggu lepas, kak M bawa balik sebakul hadiah.

tengok lah nie, dapat pensel sekotak.
warna, pengasah pensel, ada gunting, bekas pensil.
terkejut linda.
kak M cakap, kawan dia bagi, sebab kak M dah bercerita lah dengan kawan2 yang rapat, nak pindah sekolah dah.

sebelum tu, kak M ada minta linda belikan hadiah juga untuk kawan-kawannya.
nie la pilihan kak M..
dan ikut kemampuan ibu. hahhaa..

squishy.
ala, macam bola stress tu.
kita picit, dia penyek.. lepas tu dia kembang balik.
ralit bila main.
elok juga kalau ada lenguh2 pergelangan tangan, main benda nie.
salah satu terapi juga.

ha.. ada macam2 warna dan bentuk linda beli.

lepas tu ada patung comel je.

sampai2 dia penyet macam nie.
terkejut jap.
rupanya platik dah divakum.
bila koyak plastik tu, jadi gemuk la patung nya.
tak ambil pula gambar selepas.
kecik je patung nya.. lebih kurang tinggi botol air 1L tu.

ada warna pink juga.

semua nie, kak M yang pilih sendiri.
nak warna apa, bentuk apa.
mula2 nak belikan blind box..
tapi nak bagi 4 orang, jenuh gak ibu nak belanja.. hahaha.
jadi, ini je la yang ibu mampu.
tanda ingatan kak M kepada kawan-kawannya.

till then, see ya.

 

24 comments:

  1. Baik betul kak M nak kongsi rezeki dgn kawan2. Kawan dia pon baik hati berikan dia hadiah

    ReplyDelete
  2. Mesti sedih kak M nak berpisah dengan kawan-kawan. Hadiah ni semua jadi kenangan persahabatan.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Itulah..ibu pun sedih juga buat keputusan...moga yang terbaik buat anak²..

      Delete
  3. alhamdulillah... baik2 semua kawan2 anak2

    ReplyDelete
  4. Cie selalunya kalau hujung tahun atau dah nak habis sek situ mesti belikan hadiah untuk kawan2 anak2. Bagi yang simple2 je pun budak2 dah happy.

    ReplyDelete
  5. Anak² pindah dulu eh.. jadi Linda sorang je lah kat Selayang nanti.

    ReplyDelete
    Replies
    1. A ah kak..mana tahu rezeki dapat pindah tengah tahun..kesian nak pindahkan anak² tengah tahun..baik la mulakan tahun baru di tempat baru..

      Delete
  6. Terbeliak mata patung tu masa dalam plastik... lemas agaknya... hehee

    ReplyDelete
  7. Eh linda dah nak pindah balik Perak ke. Semuga semuanya di permudahkan. Mesti sedih K M nak berpisah dengan kawannya. Jauh pulak tu

    ReplyDelete
    Replies
    1. Linda mohon tukar dah kak..tapi, SSPA kan..skim jawatan Linda bertukar, lambat sikit lah kot..tapi, borang dah sampai Putrajaya.. aamin².. terima kasih kak atas doanya.

      Delete
  8. mainan anak2 sekarang
    tak blind box squishy..
    hehe

    ReplyDelete
    Replies
    1. Tau takpe...blind box, kalau yang murah² tak berkenan..nak yang mahal².. hahaha

      Delete
  9. cute squishy tu, budak2 mmng suka!

    ReplyDelete