Assalamualaikum.
Hari ahad, 22 Jun 2025 - memang linda dah aim nak jual minyak masak terpakai yang ada 2 botol 5kg tu.
Yang dekat Melaka hari tu, ad 2 botol setengah(botol 5kg).
IncikSuami letak je dekat rumah sampah, rezeki siapa lah agaknya.
Pernah terbaca, dekat stesen minyak petronas ada buat pengumpulan minyak masak nie.
Try lah google.
Dekat area linda, 22jun dengan 20julai nanti.
Dekat Petronas Sg Tua, Batu Caves.
Ramai juga orang dah beratur nie.
Kaunter dibuka mula 10 pagi - 3 petang.
Nie ha, 2 botol, selama 3 tahun duduk kat Selayang nie.
Linda nie, tak banyak menggoreng, sebab hari kerja kan..
Memang masak makana berkuah je.
Kolaborasi dengan Petronas nie.
Sampai turn linda.
Tapi, nak jadikan cerita, linda pun tak tanya tukang tuang tu berapa berat minyak linda.
Sebab dia dah campur dengan yang lain.
Yang tukang tuang nie dah beritahu tukang kira, dalam bahasa cina lah.
Sekali yang tukang kira tengah tak aware, tanya balik tukang tuang, dia pun dah lupa dan dia dah reset balik penimbang, dah masukkan minyak orang lain.
Cai cin cai.. Dia kabo lah 9.6 kg.
Harga minyak terpakai RM3/kg.
Alhamdulillah dapat lah RM28.80.
Buat duit poket.. Hihihi.
Boleh cek link nie untuk tengok lokasi berdekatan anda.
Pengumpulan minyak terpakai
Till then, see ya.
Macam kak SA selalu office akan buat, panggil alam flora...alam flora kan under kitorang skrg, so masa ni nak jual apa jual la...ni dah lama xde ni...
ReplyDeleteLagi seronok nie.. Tapi, nak angkut barang2 ke ofis tu lah berchenta... Hihihi
DeleteMZ ni pun ada dlm 10 kilo kot yg MZ kumpul2...tak tau nak gi jual kat mana plus malas nak mengangkut pun ya jugak
ReplyDeleteBoleh lah tengok dekat link linda bagi tu... Kot2 ada stesen yang dekat2 dengan MZ
Deletebagus program ni... dapat kurangkan sisa buangan..
ReplyDeleteBetul.. Minyak nie linda jarang nak buang dalam sinki, takot sumbat dan susah nak basuh sinki tu nanti.. Leceh..
DeleteTu yang kumpul dalam botol kosong...
kt opis esok ada event jual minyak masak terpakai..okla tu dpt juga hasil dr 9.6 kg tu
ReplyDeleteHaaa.. Boleh la bawa minyak dari rumah tu...
DeleteAlhamdulillah... Ada lah juga kan
Mahal juga ye, harga minyak masak terpakai.
ReplyDeleteA ah.. Mahal juga kak.. Boleh la kumpul2 buat jual..
DeleteBoleh dapat sebotol lebih minyak masak tu.
ReplyDeleteBetul tu.. Tapi kat rumah ada 2 botol minyak 5kg tak buka lagi.. Hihihi
DeleteUntung jual minyak terpakai ni sebab harga dia mahal sikit. Botol minyak 5kg saya belum penuh lagi. Baru suku. 2-3 tahun lagi tu baru penuh agaknya.
ReplyDeleteItulah.. Kita nie buat masak makan sendiri je.. Lambat la penuh nya... Kalau buka kedai ke.. Mungkin cepat lah penuh.
DeleteAmmi selalu lupa nak simpan. Terjunkan je kat sinki
ReplyDeleteKita nie tak nak sinki tu tersumbat nanti... Lepas tu, malas nak basuh sinki berminyak2.. Hihihi...
DeleteDekat rumah Sha da 3 botol yg 5kg tu.. nak anta dekat tempat pengumpulan minyak terpakai ini memang bercinta.. Tapi tu lah, kalau dapat duitnya boleh beli balik minyak baru..
ReplyDeleteBeras 10kg pun boleh dapat tu.. Tapi, tulah.. Memang berchenta nak bawa ke tempat nya
Deletetq share info..MA pun baru 1st time nak try ni..
ReplyDeleteSama²..di samping menjaga alam sekitar,dapat lah jug duit poket..hihihi
Delete