lovvu Dobbu

Tuesday, June 24, 2025

.: JUAL MINYAK MASAK TERPAKAI :.

Assalamualaikum. 

Hari ahad, 22 Jun 2025 - memang linda dah aim nak jual minyak masak terpakai yang ada 2 botol 5kg tu. 
Yang dekat Melaka hari tu, ad 2 botol setengah(botol 5kg).
IncikSuami letak je dekat rumah sampah, rezeki siapa lah agaknya. 

Pernah terbaca, dekat stesen minyak petronas ada buat pengumpulan minyak masak nie. 
Try lah google. 
Dekat area linda, 22jun dengan 20julai nanti. 
Dekat Petronas Sg Tua, Batu Caves.

Ramai juga orang dah beratur nie. 
Kaunter dibuka mula 10 pagi - 3 petang. 

Nie ha, 2 botol, selama 3 tahun duduk kat Selayang nie. 
Linda nie, tak banyak menggoreng, sebab hari kerja kan..
Memang masak makana berkuah je. 

Kolaborasi dengan Petronas nie. 

Sampai turn linda. 
Tapi, nak jadikan cerita, linda pun tak tanya tukang tuang tu berapa berat minyak linda. 
Sebab dia dah campur dengan yang lain. 

Yang tukang tuang nie dah beritahu tukang kira, dalam bahasa cina lah. 
Sekali yang tukang kira tengah tak aware, tanya balik tukang tuang, dia pun dah lupa dan dia dah reset balik penimbang, dah masukkan minyak orang lain. 

Cai cin cai.. Dia kabo lah 9.6 kg. 
Harga minyak terpakai RM3/kg. 
Alhamdulillah dapat lah RM28.80.
Buat duit poket.. Hihihi.

Boleh cek link nie untuk tengok lokasi berdekatan anda. 
Pengumpulan minyak terpakai

Till then, see ya. 

 

9 comments:

  1. Macam kak SA selalu office akan buat, panggil alam flora...alam flora kan under kitorang skrg, so masa ni nak jual apa jual la...ni dah lama xde ni...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Lagi seronok nie.. Tapi, nak angkut barang2 ke ofis tu lah berchenta... Hihihi

      Delete
  2. MZ ni pun ada dlm 10 kilo kot yg MZ kumpul2...tak tau nak gi jual kat mana plus malas nak mengangkut pun ya jugak

    ReplyDelete
    Replies
    1. Boleh lah tengok dekat link linda bagi tu... Kot2 ada stesen yang dekat2 dengan MZ

      Delete
  3. bagus program ni... dapat kurangkan sisa buangan..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Betul.. Minyak nie linda jarang nak buang dalam sinki, takot sumbat dan susah nak basuh sinki tu nanti.. Leceh..
      Tu yang kumpul dalam botol kosong...

      Delete
  4. kt opis esok ada event jual minyak masak terpakai..okla tu dpt juga hasil dr 9.6 kg tu

    ReplyDelete
    Replies
    1. Haaa.. Boleh la bawa minyak dari rumah tu...
      Alhamdulillah... Ada lah juga kan

      Delete
  5. Mahal juga ye, harga minyak masak terpakai.

    ReplyDelete