lovvu Dobbu

Saturday, June 21, 2025

.: HARI KEDUA WARDED :.

Assalamualaikum 

Hari prosedur, 17.06.2025. Awal pagi katil depan dan sebelah dah ditolak ke OT. 
Linda nie dok dup dap je tunggu turn. 
Dalam pukul 8.30 pagi macam tu, staff nurse(SN) wad hulur gown OT, minta linda tukar uniform. 

Sempat lah snap kenangan dengan gaun OT nie. 
Tak pernah lagi sarung gaun OT nie. 
Sempat wasap incikSuami, nak kena masuk OT dah. 
Telefon tinggal dekat SN wad.

Dari wad, ditolak atas katil sampai ke OT. 
Masuk je perkarangan OT tu, terus rasa sejuk. Belum masuk bilik OT lagi. 
Sampai je OT, kena tukar katil lagi. 
Setel daftar masuk, staff yang incharge OT pula ambil alih, pastikan nama kita betul, tanya kita prosedur apa nak buat, setiap tandatangan dekat helaian borang tu, betul ke kita tandatangan. 

Seingat linda, ada borang keizinan nak buat prosedur @ pembedahan. 
Ada borang yang kita dah aware dengan risiko pembedahan dan juga bius nya. 
Ada borang keizinan transfusi darah, sekiranya darah kita drop. 
Pendek kata, kita aware lah dengan semuanya.. Takde lah membuta tuli kena belah sana sini. 
Kalau pesakit tu sedar, masih waras, memang pesakit yang kena tandatangan. 
Melainkan pesakit memang unconscious, yang tu baru guna keizinan waris pesakit. 

Masuk bilik OT dalam 9.00 pagi, mula dibius pukul 9.10 pagi, keluar bilik OT dalam pukul 10.00 pagi. 
Duduk di bilik pemantauan dulu, lebih kurang 12.30 tengah hari dah ditolak semula naik ke wad. 

 Dah minta telefon semula dari SN, terus snap gambar nie pula. 

Sebabkan tak boleh bergerak lagi, tak boleh nak makan minum lagi (sebab tak sampai nak capai guna tangan je, tanpa bangun). 
Maka, minum lah air berkhasiat nie dulu.. 😂😂
3 botol dah masuk dalam badan. 

IncikSuami datang dalam pukul 5ptg, baru lah linda boleh bangun untuk tukar pakaian dan bersihkan diri sekejap. 
Bius tu pun dah takde rase, doktor cakap memang kena tunggu dalam 5 ke 6 jam, baru boleh bangun. 

Menu dinner hari ke 2.
Tak tau lah ikan apa tu, memang tak boleh go, makan dengan kuah je.

Till then, see ya. 

1 comment:

  1. Kita dengar kena operation pun dah seram, inikan masuk OT. Dah baring dalam OT lagilah seram sejuk. Alhamdulikkah urusan berjalan dengan baik. Ambila masa nak recover dan cergas macam biasa. Kena rehat cukup cukup ni.

    ReplyDelete