lovvu Dobbu

Tuesday, April 1, 2025

.: GAMBAR RAYA PEJABAT :.

Assalamualaikum.

Sementara tunggu mood nak up gambar raya.
Linda up dulu lah apa yang ada dalam draf nie. Hihihi

Macam biasa lah, kalau geng2 ofis mesti ada photoshoot unit masing masing.
Seminggu sebelum raya hari tu, ada photoshoot unit pentadbiran.
Cc(chief clerk) dah maklum awal dalam wassap group.
Tapinya, kita nie kebiasaan dah pakai uniform.
Bangun pagi terus sarung uniform jelah.
Jadi gambar raya, beruniform pink lah kita.

Geng gegirl admin.
Geng uniform pink 2 ketoi nie.
Menderhaka sungguh. Hahaha.

Team admin Hosp Selayang.
Yang duduk depan, baju purple tu, kitorang punya boss lah selepas pengarah.
Puan Diyana, tegas tapi baik orangnya, boleh bawa bincang, boleh terima pendapat orang bawahan, boleh kawtim selagi tak melanggar peraturan dan etika penjawat awam.
Yang berbaju melayu lengkap tu pulak, boss kecik, Haji Halizan, pun baik orangnya..nie lagi boleh kawtim sangat sangat.
Minta sign dokumen pun, dia tak baca, sign je..hahaha..
Kira dia percaya lah dekat anak buah nya, tapi jgn sesekali buat jahat lah, memang kena lah nanti.
Yang hujung hujung tu, Cc kitorang lah.

Yang belakang belakang tu, geng geng pelaksana lah.
Terdiri dari yang uruskan pentadbiran hospital, operator hospital, yang jaga stor barang barang hospital dan yang jaga penginapan asrama serta kuarters.
Masing masing ada peranan masing masing, baru lah urusan berjalan lancar.
Jadi jangan lah nak dengki mendengki.
Ada masa kerja kita senang, ada masa kerja kita susah.

Apa yang penting, KERJASAMA.

Till then, see ya.

18 comments:

  1. yg gegerl pakai uniform pink tu mmg degil ye? hehehe

    cantiknya bestnya meriah photoshoot camni! hehehe

    salam aidilfitri & maaf salah silap drpd Ana sekeluarga ya :)

    ReplyDelete
    Replies
    1. Haaa... Itulah tu, degil betul yang uniform pink nih.. Hihihi..
      Alhamdulillah, selalu tetiap tahun ada gambar raya ofis.
      Salam Aidilfitri juga buat Ana sekeluarga.. Maaf salah silap dalam berkomen.

      Delete
  2. Bagus tu dapat bergambar dengan officemate sempena Raya. Bolehlah dibuat kenang²an.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Alhamdulillah, tahun lepas pun ada...tapi, kita dah menapak balik ke ofis kita di belakang nun, maka takde lah dalam gambo.. kikiki

      Delete
  3. nieyl pun banyak gambar nak spam dkt blog ni hehehe

    ReplyDelete
    Replies
    1. kan, banyak je gambar dalam telefon tu, tapi..malas betul

      Delete
  4. mesti mood semua org happy sbb nak raya kan heheheh

    ReplyDelete
  5. Tahun ni di tempat kerja baharu, ada photoshoot tapi ai tak join bergambar. Rasa malas nak bergambar + tak minat nak sedondon bagai ni. Biarlah deme happy2.. ai ok je takde gambar. Lagi ai suka.. hahaha..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Kat sini tema baju raya.. Baru lah warna warni.. Ada masa, kita join.. Ada masa tak sempat juga, sebab ofis linda jauh sikit dari main building

      Delete
  6. Seronok la tmpt kerja happy happy mcm ni.. kita keje tempat muka ramai yg serius 24 jam hahahahaa...

    ReplyDelete
  7. Tahun ini adik saya yg dokter akhirnya bisa cuti 🤣. Tahun lalu dia tak bisa, hrs stand by . Sebab wajib ada dokter spesialis yg jaga juga 😅

    ReplyDelete
  8. Minggu akhir kerja akak kan MC lama..so x sempat bergambar dengan kawan2 office...

    ReplyDelete