lovvu Dobbu

Friday, August 9, 2024

.: AKHLAK PARA HUFFAZ :.

Assalamualaikum 

1. Setelah meneliti video ini, saya mula tidak senang dengan apa yang saya lihat. 

Bukanlah matlamat menghafaz Al-Quran adalah setakat mengingat ayat-ayat Allah dan ia selesai di situ.

2. Bahkan sebenarnya ia bertujuan lebih besar iaitu, berakhlak dan beramal dengan Al-Quran dalam seluruh hidupnya hingga mati.

Pernah sayyidatina Aisyah r.ha ditanya berkenaan akhlak Rasul saw. Dijawabnya (كان خلقه القران) Akhlak Rasulullah saw adalah Al-Quran.

3. BUKAN semua sahabat rhum menghafaz Al-Quran, bahkan ada yang menghafaz beberapa surah sahaja, namun semua mereka digelar Radiallahu anhum kerana mereka semua beramal dengan Al-Quran.

Jadi matlamat tertinggi adalah menghayati dan beramal dengan Al-Quran.

4. Lalu, apakah para hafiz tidak boleh mengikut trend semasa? Jawabnya boleh SELAGI ia bukan perkara HARAM dan tidak mencacat MARUAH (من خوارم المروءة) para hafiz. 

Sekiranya pakaian tersebut adalah diketahui pakaian ahli fasiq, maka ia tidak patut diikuti.

5. Memakai rantai adalah dilarang pada hukum Islam bahkan lebih teruk lagi apabila ia dilakukan oleh hafiz Al-Quran. 

Begitu pula memakai gelang dan mewarna rambut dengan tujuan mengikut trend yg tiada kaitan dengan agama pun.

6. Jadi menjadi seorang hafiz akan menghalang semua aktiviti sosial seseorang. Banyak pantang larang, itu dan ini tidak boleh.

Sebenarnya TANPA menjadi hafiz pun, yang haram TETAP HARAM. 

7. Hidup di dunia ini semuanya, berkait hukum sama etika, adat atau syariat.

Seorang Hakim mesti menjauhi perbuatan yang boleh menyebabkan kredibilitinya dipertikaikan dalam kes mahkamah. Dia tidak boleh berkata "suka hati sayalah nak buat apa pun".

Seorang polis tidak boleh berpeleseran di kedai judi sedang dialah yang mengawal selia undang-undangnya.

Seorang guru mesti menunjukkan akhlak baik kerana ia menjadi contoh kepada semua muridnya.

Seorang ustaz tidak boleh berkelakuan dengan akhlak yang akan merosakkan kepercayaan masyarakat terhadapnya dan institusi ustaz.

Mereka semua tidak boleh beralasan, "Teruklah kalau semua tak boleh buat" kerana selagi mana anda menerima kebaikan suatu perkara, anda juga MESTI menerima ikatan dan kekangan darinya.

8. Jadi begitulah menjadi para hafiz, ANDA MESTI BERUSAHA BERAMAL DENGAN AKHLAK AL-QURAN.

9. Sekiranya anda memilih selainnya, maka ADAKAH ADA PERKARA YANG LEBIH BAIK DARI AL-QURAN?

10. Justeru, ayah ibu, anak-anak para huffaz, berakhlaklah dengan Al-Quran.

KURNIAN ALLAH DI AKHIRAT SANGAT HEBAT MENANTI ANDA BERBANDING KEUNTUNGAN YANG REMEH DI DUNIA INI.

Kredit : Ustaz Dr. Muhammad Lukman Ibrahim


till then, see ya

18 comments:

  1. perkongsian yang amat baik Linda :)

    ReplyDelete
    Replies
    1. Alhamdulillah... Moga sama2 kita ambil pengajaran nya...

      Delete
  2. TQ sharing info baik mcm ni kak linda :)

    ReplyDelete
  3. Teringat pula pada video tiktok tentang beberapa Hafiz Al- Quran. Pakaian dia tak menggambarkan yg dia Hafiz, tapi bila baca al- Quran..MashaAllah.. hebat betul

    Itula orang kata Don't judge book by its cover

    ReplyDelete
  4. Terima kasih atas perkongsian linda

    ReplyDelete