lovvu Dobbu

Wednesday, February 14, 2024

.: HIDAYAH ABAM KITCHEN @ SABAK BERNAM :.

Assalamualaikum

kisah nya, hari ahad lepas..
basikal anak buah kat kampung nie rantai dia putus
disebabkan anak bujang linda yang dua orang tu pun akan tinggal kat kampung sementara cuti sekolah nie, maka Linda ajak lah incikSuami ke pekan Sabak Bernam untuk repair basikal.
risau jugak kalau-kalau tokey basikal masih bercuti raya cina

memang port basikal, dekat deretan kedai lama, berhadapan medan selera
tengok pintu kedai terbuka, suruh incikSuami tanya dulu, tak smpai 10 saat, incikSuami dah bawak turun basikal..

berposak posak masukkan basikal dalam kereta
kadang-kadang stress pulak rase ngan BabyRuz nie, sebab nak angkut barang susah...hahaha
kegunaan BabyRuz nie nak angkut orang je, bukan barang 😂😂

then, kitorang tgal lah basikal dekat kedai kejap
Linda ajak incikSuami mengeteh jap dekat medan selera tu

order kueytiow goreng
nampak sedap, tapi bila makan tak sedap sangat..hahaha
berminyak dan rasa dia macam tawar, kalau orang jawa kabo "anyep waie"  kikiki

order jugak sotong celup tepung nie
sotong tak fresh, tepung pun tak rasa krup krup

ok lah. boleh la..
janji dah rasa..
nak tau kenapa Linda teringin nak cuba makan dekat kedai nie
sebab nya....

nie lah kedai yang viral dekat FB
kedai Hidayah Abam (isteri arwah abam Bocey)

lama dah kedai nie buka, Linda baru berkesempatan nak datang cuba.
yang ada abang Hidayah, Hidayah nya kan baru mendirikan rumah tangga
mungkin tengah cuti kawen lagi kot
semoga yang baik-baik je untuk Hidayah dan anaknya, semoga selesai lah kemelut nya dengan Ali Puteh tu...

sedih rasa nya, bila kita baca-baca kisah macam nie
berebutkan harta si mati
semoga dijauhkan lah perkara yang tidak baik daripada keluarga kita, aamin

till then, see ya

P/s - mekasih kak suzz tanya Linda semula dan Linda dah buat carian... Hidayah belum kawen.. Maaf ya kawan2 semua yang dah membaca posting Linda.. 😔😔

24 comments:

  1. sedap nya nengok sotong celup tepung tu

    ReplyDelete
    Replies
    1. a ah...sedap, sebab panas2, tp terasa jugak sotong nya mcm tak fresh...

      Delete
  2. ooohh dah nikah lain ye Hidayah ni

    ReplyDelete
    Replies
    1. haa, ad ternampk lalu dekat Fesbuk...tp tak baca details pun kawen dengan siapa

      Delete
  3. Replies
    1. wes kelalen wak...mangan karo buju ne, deae seng entekkan...kikiki

      Delete
    2. Lebih pandai Wak cakap Jawa daripada saya 🤣👍. Saya paham, tak bisa ngomongnya. Suami yg fasih, Krn orang Jawa 😄

      Delete
    3. Faham tu pun ok dah fanny... Takdelah kita blur bila diorg bersembang

      Delete
  4. Kena bagi sedap² lah food nya, sbb nama dah ada, ramai org nak support dia.

    ReplyDelete
    Replies
    1. tulah, nmpk macam ad yang order nasi putih, yg tu nmpk mcm sedap...mebi ada masa lain boleh try lagi kot...
      tp, nmpk yang dtg, semua mcm dari luar, nk cuba

      Delete
  5. ehhh biar betik hidayah nak nikah? ari tu katanya dia just posing2 utk majlis anak sedare dia jer kan

    ReplyDelete
    Replies
    1. Yg pkai baju putih tu ke? Haisyhh... Kne gugel balik nie.. Takot tak sahih pulak... Sebab baca2 komen semua cakap tahniah...

      Delete
  6. semoga basikal tu cepat siap, nanti boleh guna balik..

    cantik sungguh bekasnya.. kapal..

    sedihnye bile teringat tentang kisah abam bocey.. :(

    ReplyDelete
    Replies
    1. Siap hr tu jugak.. Tak sampai sejam pun.. Rantai putus + tukar tayar belakang pecah..

      Betul, sampai mak meninggal pun tak setel2 lagi... Sedih betul..

      Delete
  7. Laaaa..x sedap ke..xpe la janji dh makan kat situ kan..

    ReplyDelete
  8. rasanya dia belum kahwin lagi. gambar kat fb tu kalau tak silap majlis adik atau anak buah dia atas pelamin tu. saja kot nak bagi orang tertanya2. tak pasti la jugak.

    ReplyDelete
    Replies
    1. A ah.. Linda pun gugel dah td... Kabonya majlis anak buah dia... Apa2 pun, kita doakn yang terbaik je...

      Delete
  9. hidayah amik gbr ngn anak buah..mula baca igt da kawen gak, skli alamakk netizen ni slh tafsir hahha...

    ReplyDelete
  10. Suka juga sotong celup tepung. Kalau sotong tak fresh auto sakit hati.

    ReplyDelete
  11. Sayang betul kalo rasa tak sedap yaaa. Kwetiaw kalo tak pandai masak, memang suka hambar. Saya saja blm berhasil nak buat yg sedap 🤣.

    Cuma goreng tepung pula, wajib crunchy baru best kan 😄👍. Kalo tak rangup, hmmmmm, susah nak habiskan 🤣

    ReplyDelete
    Replies
    1. Iya.. Sama mcm linda, belum berhasil goreng kuewtiow...tapi,lepas lah jugak buat makan2..

      Apa yg dicelup tepung, harus crunchy, baru enak

      Delete