Lovvu Dobbu

Event Ticker

Sunday, February 1, 2026

.: CAS TELEFON RM12 :.

Assalamualaikum.

Jumaat, 30.01.2026 - hari ni, perjalanan Linda ke Terminal Bandar Selatan(TBS).
Terlambat beli tiket ketapi, sudah sold out.
Makanya naik bas la kita.
Rasanya dah 3 tahun tak ke TBS ni.

Lepas habis kerja pukul 5petang, bersiap dulu, kemudian jalan kaki menunggu bas ke MRT Metro Prima.
Naik MRT Line Putrajaya Sentral, berhenti di Sg Besi, tukar naik LRT Line Sentul Timur, berhenti di TBS.
Perjalanan ambil masa hampir 2jam dengan tempoh menunggu bas dan MRT.

Sampai di TBS 7.20petang.
Bas pukul 9.30petang.
Selesaikan apa yang penting, makan di kedai Nasi Kukus, sambil tanya staff kedai dekat mana ada tempat cas telefon.
Bateri tinggal 37%, risau tak bertahan sehingga waktu nak sampai ke Tronoh.

Charging phone booth
Phone charging booth.
Rate RM6 sejam.
Ikut je step dia, macam locker berkunci dekat waterpark.

Sambil menunggu, duduk², pusing²..
Bila nak ambil semula, eh kena beratur sebab depan tu ada orang.
Sampai turn Linda, masukkan password semua, nak buka locker.
Sekali keluar dekat skrin tu "tempoh cas dah terlebih 2min, kena bayar dulu RM6 baru boleh buka locker"

Ya ampun, terasa macam kena scam pula..hahaha..
RM12 sekali kena untuk cas telefon.
Lepas ni, kalau nak guna lagi memang kena beringat lah.. hahaha.
Pengalaman betul.

Bas tepat sampai 9.30malam, berhenti Hentian Duta sekali.
Lepas tu terus keluar ke highway.
Sampai Seri Iskandar pukul 2pagi.
Bas teruskan perjalanan ke Manjung, Lumut dan Teluk Intan.

Naik ketapi 9.30-12tgh malam.
Naik bas 9.30-2pagi.

Fuhh, memang lepas ni kena beli tiket ketapi awal² lah.

Till then, see ya.

Saturday, January 31, 2026

.: PUBLIC GOLD 999 :.

Assalamualaikum.

Kan kata tahun ni nak buat kelainan.
Meneliti harga emas. Kikiki

31.01.2026
RM668 untuk 1g.

Boleh nak tambah ni, sebab tengah turun.
Sebelum ni mencanak sampai RM720.

Apa apa pun, semuanya bersebab.
Marilah berubah bermula sekarang.
Dari segi agama,mental dan rohani.
Semoga kita semua terselamat daripada fitnah Dajjal..aamin.

Till then, see ya.

Friday, January 30, 2026

.: AMALAN ZIKIR :.

Assalamualaikum.

Salam Jumaat semua.
Semoga kita semua mendapat keberkatan di hari Jumaat.aamin.

Zikir harian
Semoga sama² menjadi amalan kita..aamin.

Till then, see ya.

 

Thursday, January 29, 2026

.: CLOTH DIAPER - CD :.

Assalamualaikum.

Masa sibuk mengemas rumah kuarters tu, tiba² Linda jumpa la Cloth Diaper (CD) ni.
Memang bawa dari Melaka dulu, lepas tu tak nampak dekat mana lepas incikSuami menyusun barang².
Rupanya dia p sorok dalam kotak AF.
Memang lah tak nampak. 

Cloth Diaper
Cloth Diaper - bahasa mudahnya, lampin kain moden.
boleh dicuci, boleh guna semula, yang penting jimat kos.. hahaha

linda start pakai CD ni masa abang Muáz kecil.
masa tu, linda tak kerja  lagi.
macam sayang pula guna pampers pakai buang tu.
lagipun, abang muáz masa kecik2 dulu, jarang berak. hahaha
jadi linda beli CD ni, buat pakai dekat rumah.
jadi berterusan la guna sehingga ke adik2.
tapi yang adik2 tu pakai masa linda dekat rumah je, hari cuti.
tang kak M, linda terpaksa pakaikan dia dekat rumah pengasuh.
sebab kak M dia rashes kuat kalau pakai pampers pakai buang tu.
yela, kadang kita tak perasan pampers tu dah penuh.
lagi pun, kelahiran ke 3 baru dapat bunga, jadi seram sikit bila tengok rashes tu.
nasib baik pengasuh ok je, linda cakap je kat dia, masuk je plastik terus.
balik nanti linda basuh dekat rumah.

eh, tercerita zaman dulu kala pula. 
kisahnya, nak letgo CD tu, tapi tak tahu nak bagi kat siapa.
nak buang sayang.
last-last, linda up dalam group taman perumahan yang linda beli dekat Teluk Intan tu.
Alhamdulillah, ada yang nak.

Cloth Diaper
Linda limit 3 orang jelah.
CD nya pun tak banyak.
Dapat la dalam 7-8keping sorang.
Linda bagi free je.
Benda pun dah lama. 
Tapi, elok lagi.

Semoga bermanfaat la kepada tuan baru.

Till then, see ya.

Wednesday, January 28, 2026

.: WORDLESS WEDNESDAY 3/26 :.

Assalamualaikum

WORDLESS WEDNESDAY
begitu kerasnya menjadi orang dewasa.. hahaha

kuota bayaran bil untuk bulan Januari dah habis.
tunggu bulan Febuari pula lah, untuk cukai tanah dengan IWK.

till then, see ya.

 

Tuesday, January 27, 2026

.: FAMILY TIME : BOWLING :.

Assalamualaikum.

Sabtu, 24.01.2026 - Alhamdulillah, lepas niat nak ajak anak² main bowling.
Suka² je.
Nasib dekat Teluk Intan ada Esplanade Bowling ni, takde lah jauh sampai ke Manjung nak kena pergi.

Bowling Esplanade Teluk Intan
Lane 3 dan 4.
Lokasi dia dekat bangunan Billion(dulu), yang sebelah Shell dekat pekan lama Teluk Intan.
kena masuk ikut tepi bangunan, silap la diorang tak letak signboard dekat tepi tu.
kalau tak, senang nak cari.
linda tanya je staff Pasaraya Hari-Hari tu

Bowling Esplanade Teluk Intan
untuk rujukan akan datang.
ingat kan kasut dha termasuk dalam harga game tu.
rupanya tidak.
sebab linda kira total untuk 1 game 7 orang main RM91, tapi kena bayar RM112.
tak perasan masa tu kasut kira lain.
dah tengok balik harga ni, baru la faham kenapa jadi RM112.

Bowling Esplanade Teluk Intan
snap yang ni je.
dah habis game, lupa nak snap markah masing-masing.
meh la tengok gambar yang ada.
kalut weyh, nak baling, nak ambik gambar.. hahaha

Bowling Esplanade Teluk Intan
abang Mueez

Bowling Esplanade Teluk Intan
kak M.
staff bagi bola kanak-kanak 1 je.
menunggu turn la masing-masing nak guna bola tu.

Bowling Esplanade Teluk Intan
nie dah habis game baru teringat nak ambil gambar.
ok, gambar linda takde.
ada gambar kasut je.
kasut baru lagi weyh.
ye la, bowling ni pun baru je buka bulan 10 tahun lepas.
kalau kasut dekat Selayang Mall hari tu, lunyai dah.. hahaha
tapi kan, rate dekat Selayang Mall lagi murah dari Teluk Intan ni.

gambar tak banyak.
ada yang tertonggek tonggek.
takmo la share, aib je dapat.. hahaha

nie linda ada edit video.
boleh la buat kenangan, tampal dekat blog.
post dekat IG dan FB.

masing-masing tak puas hati main satu game je.
jadi, masing-masing kena menabung la.
bulan depan pula kita repeat..
kalau nak main dua,tiga game.
kena pakai duit sendiri lah.. hahaha.

till then, see ya.

Monday, January 26, 2026

.: GULA-GULA HERBA :.

Assalamualaikum.

Balik kampung sabtu lepas, nampak ada gula-gula atas meja.
Macam menarik je linda tengok.

Gula-gula batuk
Ni bekas nya.
Memang menarik la.

Gula-gula batuk
Ngintai dalam dia.
Buka je bekas, bau macam ubat batuk.
Linda ambil la seketul, nak rasa.
Eh, sama rasa dia macam gula-gula hacks yang original tu.

Tapi, bagus lah.
Senang nak makan kalau tengah drive kereta.
Takde susah-susah nak buka pembungkus nya.

Kak ipaq linda la bawa balik ni.
Dia memang semua yang tak pernah kitorang nampak dia ada dan beli..hahaha.
Selalu linda dok tanya dia benda-benda viral ni.
Kak mas dok tengok kt shopee, tak mahai pun harganya.

Boleh la beli nanti.
Stok gula-gula dalam kereta ada lagi.
Kalau ada yang batuk-batuk, boleh la try kot.
Lagi-lagi dok dalam aircond.

Till then, see ya.