Lovvu Dobbu

Event Ticker

Sunday, May 4, 2025

.: AKTIVITI PETANG :.

Assalamualaikum. 

Bila ada masa sikit nie, kita curi masa round sekitar hotel. 
Tak jauh pun dari hotel. 

Dataran depan istana. 

Bank Pitis
Teringat gambar raya sis Nieza.
Photoshoot kat sini lah kan.. Kikiki

Ketuk pintu sikit. 

Abang Mu'az dengan adik2 pula

Kak M amik gambar nie. 
Lepas tu, dia stress dia takde dalam gambar.
Lepas tu, kak M tukar wallpaper hp linda gambar nie. 
Baru lawa dia cakap. Hahaha

Gigih kami p berjalan sampai pasar siti khadijah. 
Dah tutup lah, dah hampir 6 petang. 
Nampak macam ada pasar malam, tapi kami tak pergi pun. 
Decide balik hotel, ambil kereta. 
Ke Aeon Kota Bharu lah kita.

Hala balik, nak ambil kereta. 
Sempat lagi snap gambar.

Jalan jalan dalam aeon, lepas tu balik hotel. 
Singgah makan dekat dataran sebelah hotel. 
Memang takde lah gambar. 

Hotel berdepan dengan Masjid Muhammadi. 
Tapi, bilik linda tak menghadap hotel. 

Naik bilik, mandi mandi.
Rehat lah kita. 
Nak p wakaf che yeh, tak larat dah nak jalan. 

Till then, see ya. 

 

Saturday, May 3, 2025

.: PERJALANAN KE TIMUR :.

Assalamualaikum.

Kita mulakan perjalanan getaway kita dengan sarapan dolu. 
Lama tak sarap dekat mamak nie. 

Nasi lemak pilihan hati. 

Dedek nanges dulu, lepas dah jatuhkan nasi lemak tu. 
Manja kali dia. 

Linda macam biasa. 
Roti kosong banjir.
Lama nya tak makan.

Dalam 8.30 pg tu, kita terus kan perjalanan menuju ke Pantai Timur. 
Alhamdulillah, jalan tak jem. 
Smooth je. 

Orang kata, kalau dah lalu sini, tak jauh dah tu. 
Tak berhenti pun. 
Konon nak cepat sampai. 
Tapi, dah lepas semua RnR tu, incikSuami gaduh lah lapa perut.. Hahaha. 

Last-last, berhenti lah kita dekat kedai makan tepi jalan. 
Area kuala krai. 
Kedai nasi berlauk dan ulam. 
Tapi, takde pun ulam nya.. Hahaha. 

Linda ambil gambar makanan linda je. 
Nasi tu dedek habiskan, dah linda kena tambah nasi pula. 

Mula mula dedek tak nak makan, sebab tengah mamai lagi. 
Tapi, bila suap, eh habis pulak nasinya. 

Rezeki nak merasa sup tulang kat sini. 
Waktu awal tu, owner gitau sup dah habis. 
 Baru tambah nasi, sup dah sampai pula. 
Terus minta lah semangkuk, semangkuk tu RM10. 
Memang sedap lah.. 
Sampai abg Mu'az dan abg Mueez cakap "sup nie lagi sedap daripada sup ibu masak" 🤣🤣🤣
Bertuah punya anak. 

Ambik gambar kedai dari dalam kereta je nie. 
Nasi 5, 2 lauk ayam + daging, 2 lauk ikan. 
Air 4, teh ais 2,milo ais, teh o limau ais. 
Sup tulang 1
Total RM48. 
Eh, murah... Alhamdulillah. 

Teruskan perjalanan, Alhamdulillah pukul 4 sampai tempat yang dituju. 
Chek in, setel solat. 
Rehat rehat jap, sambung berjalan ke kawasan sekitar. 

Nanti kita sambung next entry ya. 

Till then, see ya. 

.: JAMBANGAN BUNGA TELUR :.

Assalamualaikum. 

Pengantin hantar gambar bunga telur. 

Alhamdulillah, pengantin suka. 
Pengantin cakap ramai puji cantik. 
🤗🤗 Terima kasih puji tau.

Lega rasanya bila orang suka apa yang kita buat. 
Alhamdulillah, lepas hajat nak buatkan bunga telur untuk pengantin. 

Till then, see ya. 

P/s - banyak entry hari nie, sebab tak sampai lagi destinasi.. Kikiki

.: WEKEEND GATEWAY :.

Assalamualaikum. 

Wekeend gateway. 


Gigih cuti 2 hari je kot. 
Semoga dipermudah, lancar dan selamat perjalanan pergi dan balik.. Aamin2 

Till then, see ya. 

.: DUYUFURRAHMAN = TETAMU ALLAH :.

Assalamualaikum.

" Orang yang mengerjakan haji dan umrah adalah tetamu agong kepada Allah SWT, sekiranya mereka berdoa kepada-Nya, nescaya Allah SWT perkenan doa mereka, sekiranya mereka memohon keampunan-Nya, nescaya Allah SWT ampunkan mereka"

(Riwayat al-Nasa'iy dan Ibnu Majah)

Alhamdulillah, pada 29.04.2025 yang lepas, linda adik beradik dapat bersama-sama menghantar mak dan bapak di Movenpick Tabung Haji.
Rezeki mak dan bapak tahun nie dijemput menjadi tetamu Allah untuk musim haji kali ini.
Takmo karang panjang-panjang, moh tengok gambar.

Bapak dan abang nya.
Alhamdulillah, dapat naik flight yang sama.
penerbangan yang ke5 untuk musim haji kali ini.

Gambar beramai-ramai di Movenpick.
Bersama saudara mara, adik beradik dan besan mak bapak dari Kelantan turut sama datang untuk menyantuni.

Aamin2x YRA.

incikSuami pun amik aura, mana tahu suatu hari nanti giliran kita pula..Aamin

Bagasi mak dan bapak.

Wefie lah kita.
Walaupun bapak tak tengok kamera.kikiki

Sampai ketiduran abang Mueez.
Lepas mengamuk lapar.. hahaha.
Dia igt dekat KLIA, boleh la nak huru hara.
Sekali dekat Movenpick, dengan ramainya orang, tak boleh nak melasak.
Tapi, incikSuami dah bawa ke parking lot masjid, ada gerai jualan.
Murah lah sikit dari cafe dekat movenpick tu.

Meriah suasana.
Anak,menantu , cucu semua turut menghantar.

Wefie selagi boleh.
Abang Mu'az sampai menguap berapa kali dah..hahaha

Lagi.

Lagi cipta kenangan.

Sebelum ke Movenpick.
Linda book homestay dekat Kg labohan dagang.
Dalam 10-15 min je nak ke Movenpick.
Senang sikit, tak payah nak kelam kabut.

Anak saudara mak datang melawat di homestay.
Sekali bagi tips sikit.
Alhamdulillah, rezeki mereka menunaikan haji pada tahun 2022.

Yang ada dot pink - mak, bapak
Dot oren - sepupu bapak, bik Nor
Dot biru - abang bapak, wak amat dan isteri wak yati.
Alhamdulillah, 1 flight, 1 maktab.

Linda dan kanak-kanak tak tunggu sampai mak bapak masuk ke dalam Movenpick.
Anak-anak semua dah penat.
Mak bapak, masuk betul-betul jam 12.40 pagi.
Dalam pukul 1 lebih mak beritahu, dengar taklimat, setel kastam semua.
Naik bas ke KLIA, penerbangan pukul 6.30 pagi @ 30.04.2025.
Kita yang dengar nie penat.

Alhamdulillah, selamat sampai Madinah.
Sampai maktab dalam pukul 5 petang waktu Malaysia.

Terkini - 02.05.2025 
Gambar pertama mak kirim dari bumi Madinah.
Di hadapan masjid Quba.

Semoga sejahtera hendaknya di sana, dapat menunaikan ibadah dengan lancar.
Mendapat haji yang mabrur, Aamin2x.

Till then, see ya.

Friday, May 2, 2025

.: NEXT PROJECT BUNGA TELUR :.

Assalamualaikum.. 

Ada entry lain nak tulis, tapi tak sempat nak duduk mengarang ayat. 

Jadi linda share next project je lah ye. 
Bunga telur dawai kawat bulu. 
Yang nie pun, orang lain dah buat lama.. 
Linda baru nak cuba buat. 
Kita try lah dulu godek godek guna dawai bulu yang ada. 

Nampak mudah weyh. 
Belit sana.. Belit sini. 
Realiti nya menangis dulu.. Kikiki

Kurangkan kelopak, tapi bunga jadi kecik lah. 
Nie baru ngam sikit. 

Bila kumpulkan semua yang dah try n error tu. 
Eh, cantik pula bila sejambak gini. 
Ok, dah tau nak buat mcm mana nanti. 

Dah orders shoppe warna yang linda nak. 
Tunggu sampai nanti, linda share sini ya. 

Till then, see ya. 

Wednesday, April 30, 2025

.: AEON YANG KETIGA :.

Assalamualaikum..

Cerita 2minggu lepas nie..
Sabtu kita beraya dekat Melaka.
Ahad esok nya pula, kita beraya dalam Aeon Mall

setelah kita sampai ke Aeon yang ketiga.
Tetap tak sama macam aeon yang pergi msa dekat GM Klang hari tu.
Bedal je lah.
Janji Aeon Mall.

Motif nak masuk kaison je.
Nak beli pewangi bilik je lagi.

Jalan-jalan cuci mata.

Abang mu'az beli menan nie
Ada linda share dekat SINI

Linda terbeli blouse nie dekat BO outlets.
RM29.90.
Sampai rumah baru nak cuba.
Badan, tangan helok masuk ..
Tang bukaan di pinggul tu, halah halah, ketat pula.

Tu yang kata nak tukar baju dekat entry NIE.
Macam-macam hal kan.
Tapi, sampai hari nie tak pakai lagi.
Rase macam singkat pula baju nya.
Rezeki cleaner lah nanti.
Kang linda bagi lah ke dia.

Till then, see ya.