Lovvu Dobbu

Event Ticker
Showing posts with label tukarduitsyiling. Show all posts
Showing posts with label tukarduitsyiling. Show all posts

Wednesday, November 5, 2025

.: TUKAR DUIT SYILING :.

Assalamualaikum.

Hari Isnin tu, Linda keluarkan semua duit syiling yang ada dalam tabung nie.
Tapi, Linda tak kira lah totalnya berapa.
Sebab orang kafe tu kata tak payah kita, saja lah nak kosongkan tabung, sebab hampir penuh juga.


Nie hasil syiling 20sen.
Lagi suku nak penuh badan.

Nie hasil syiling 50sen.
Separuh kaki je.
Sebab selalu ambil kalau nak guna ke dobi segera.

Bahagian kepala syiling 10sen, Linda tak ambil gambarnya.
Sebab incikSuami yang keluarkan.
Lebih separuh juga kot.

Hantar lah ke kafe, tinggal dan mereka kira.
Esoknya, selasa. Staf kafe pun telefon.
Minta ambil duit hasil duit syiling tu.

Total semua RM90.
Takde baki syiling.

Emm, confius kejap.
Memang badan tabung tu kecik kot.
Sebab dulu² Linda isi dalam tabung stainless steel yang beli dekat kedai Eco tu.
Lagi suku nak penuh, dapat hasilnya dalam 100 lebih la.
Nie dapat RM90 je.. takpelah, betul lah kot agak nya.

Ok kita penuh kan lagi tabung, nanti kita kira dulu. Baru hantar dekat kafe.
Bila pula nak penuh agaknya.
Yang nie pun ambil masa juga..hihi.

Till then, see ya.

eh pernah la tukar duit syiling kat sini

Monday, November 4, 2024

. : TUKAR DUIT SYILING :.

Assalamualaikum. 

Minggu lepas linda proses duit syiling. 
Duit nie baki membeli dekat cafe hospital. 
Kat cafe memang linda suka pakai cash, sebab line linda suka hilang. 
Bila nak bayar online tu, susah betul. 

Ada baki duit syiling je. 
Campak dalam kotak nie. 
Kadang-kadang kalau ingat, bawak duit syiling ke kafe. 
Kadang tu, bawak duit kertas je. 
Tak ingat lah dari bila dok campak duit syiling dalam nie. 
Dok tengok dah penuh, linda pun kira lah. 

Susun singgit singgit campur je duit nya. 
Lepas tu, linda asingkan dalam plastik RM10, RM10. 

Lupa plak nak snap bunjut bunjut duit syiling yang berjaya dikumpul. 
Duit syiling tu linda tukar balik dekat kafe. Hihihi. 

Setelah ditukar. 
Hasil nya RM79.40.
Rasenya dok kira ada RM80. 
Tapi memang selalu gitu kan.. 
Kalai orang lain kira semula, mesti kurang. 
Takde pulak berlebih. 

Alhamdulillah... Boleh lah tu..
Buat makan nasi ayam. 😂😂

Dekat rumah ada lagi tabung duit syiling. 
Yang tu tunggu penuh, baru kita kira. 
Tengok berapa pulak dapat nya. 

Till then, see ya.