Lovvu Dobbu

Event Ticker
Showing posts with label mandipantai. Show all posts
Showing posts with label mandipantai. Show all posts

Wednesday, October 8, 2025

.: PANTAI TELUK BATIK @ PERAK :.

Assalamualaikum

Jumaat, 19.09.2025 - berkelah di Teluk Batik, Perak.
masih entry cuti sekolah ya.kikiki

sebabkan incikSuami masih menunggu parcel untuk sampai, jadi tak boleh la nak balik kampung Sungai Samak.
abang besar dah stress.. hahaha..
jadi, lepas solat Jumaat tu, moh la kita menghibur hati.
ikot highway, 45min je dah sampai Teluk Batik.
parking banyak kosong lagi.
dah hujung cuti sekolah, tak jem sangat lah.
masa awal cuti sekolah dengan long weekend tu, makcik cakap, nak keluar dari Teluk Batik ke jalan besar tu pun lebih sejam.
pishang nak menunggu.

berendam lah sekejap.

makan aiskrim di tepi pantai memang wajib lah kan?
sorang-sorang datang pau aiskrim.

kak M menikmati aiskrim


wefie sat dengan incikSuami.
anak-anak je yang mandi, mak pak malas.

dedek siap pau cermin mata dekat ayah.
nasib baik RM5 je satu.
takdelah cekik darah sangat harga dia.

abang Mu'az menikmati aiskrim.

eh, gambar abang Mueez makan aiskrim takde pula.
sebab dia paling awal mai, baru  mandi kejap. lepas tu dia mai kat ibu marha-marah.
katanya budak sebelah datang hancurkan pasir yang dia buat, padahal budak tu kecik lagi.. hahaha.
abang Mueez tu cepat berangin sikit, tapi dia lah paling kuat sakat adik beradik dekat rumah.

dalam 2jam juga diorang berendam, moh lah mandi-mandi.
orang pun makin ramai pula bila nak ke petang tu.
sambil anak-anak mandi dekat tandas awam tu, linda jalan-jalan sat dekat belah hujung.

dah ada Campsite rupanya.
takde lah bergaduh dengan orang yang datang nak mandi je.
sebab dah asingkan siap2 tempatnya.
bagus juga macam nie.

luas juga bahagian sini.
kalau yang suka camping tu, boleh la.
tandas pun ada, tapi tulah, tandas tu takde lah tip top sangat.
plug eletrik tak nampak pula kat mana.
tapi, ada lah kot tu.

sambil-sambil tunggu anak2 mandi pantai tadi, terasa juga macam ada rintik2 hujan.
tapi tak jadi.

selesai mandi2, incikSuami teringin pula nak beli baju dekat kedai2 yang jual tu.
ala, yang ada tulis Teluk Batik.
linda tak pilih, tak terasa nak ada baju tu.
yang lain semua ambil sorang sehelai.
boleh tahan juga harganya, 4helai baju (ala-ala jersey) dengan seluar tido yang petak2 kain pelekat tu, dengar pekedai tu cakap dalam RM100 something juga.
takpelah, rezeki pekedai tu hari tu..
yelah, zaman sekarang nie, kadang2 orang tak beli dah dekat kedai2 gitu.
sebab memang tau harga mahal, boleh dapat murah dekat kedai online yang sama je kualiti nya.

lama dah tak mandi dekat Teluk Batik nie.
moga ada la kenangan untuk anak-anak.
habis mandi, cnfrm lah lapar.
jadi tugas linda lah yang kena cari kedai makan. kikiki

next entry kita up  ye makan dekat mana.

till then, see ya.

Tuesday, December 12, 2023

.: MANDI PANTAI PART 2 :.

Assalamualaikum..

gambar2 sekitar mandi pantai hari tu
tak banyak pun gambar nya..
malas betul nk amik gambar
Alhamdulillah, cuaca redup2 je hari tu
x terik sangat

sebelah sana berkerumun orang
sebelah cikpuanLinda lepak nie x ramai sgt org, masih ad tempat kosong lah
agaknya sebab parkir belah sini kena bayar rm3
jadi org p kat sebelah sana, parkir free

khemah kanopi still ada
tapi kalau ad org tanya, n nk sewa baru pngusaha tu buka
ye lah, kawsn pntai awam kot
bukak kanopi awal2, yg x nk sewa kanopi nie dah xd tempat nk stay

tak snap pulak harga sewaan 
tp kalau x silap sewa kanopi rm50
tapak utk khemah rm60/day

yg nie dia ke kanan cikpuanLinda skit
siap ad plug point lagi..
yg tu pun x amik gambar sebab lalu masa nk p mandi2 dah

anak bujang makan nasi goreng sardin
cikpuanLinda mmg x beriya nk p mandi pantai
maksudnya mcm masak2 ke apa..
hahaha..malas betul
nie masak pun sebab malam td ad lebihan nasi dan sardin
buat nasi goreng sardin je, dpt 2 bekas polisterin
habis makan terus buang

air beli air botol je
beli ais, masuk dalam bekas
anak2 nie time mandi dia x igt nk makan
mandi lah smpai kecut
dah puas, mandi bilas badan
masuk kete baru dia gaduh lapar..
masa tu, kita benti kedai je...kikiki

sempat diorg bina istana pasir
konon2 nak buat parit ada air..
kakak M pun angkut lah air sebaldi kecik tu
tuang dalam tu, air terus meresap kat pasir
maka x jadi lah pairt nya..😂😂

incikSuami santai2 je
berguna jugak kerusi tu dia beli...
konon nak mandi sekali ngan anak4
tp mala..last2 anak4 je yang mandi, ombak pun x kuat sgt, air pun surut, boleh la pantau dr jauh je

puas gak lah 2jam lebih anak4 mandi pntai
tiba2 hujan...
kelam kabut kemas, basah jugak lah cikpuanLinda
nseb baik bawak baju spare, tukar lah sekali
rimas pkai baju basah2 nie
awal lagi dah ckp ngan incikHusband, nanti hujan basah
kita kemas2 dulu,kalau hujan, kita teduh dalam kete..
anak4 tu dh tentu basah...
geram je bila dia buat donno je... 😑😑

till then, see ya


 

Sunday, December 10, 2023

. : MANDI PANTAI :.

Assalamualaikum.. 

Current view.. 
Pantai teluk kemang... 
Selalu p pantai biru.. 

Hari nie anak4 mintak tuko.. Bosan katanya... Hahaha.. 

CikpuanLinda jadi penunggu je.. 
Malas nk membilas2 nanti.. 

Till then, see ya