Assalamualaikum.
Tibalah pengakhiran kem yang anak soleh pergi nie.
4 hari 3 malam, dari 2-5jun2025.
Waktu mendaftar, wak mas yang hantar, jadi nak balik tu, linda pula lah yang ambil.
Memang dah set amik cuti rehat 5-9jun2025.
Sempat ke Tronoh dulu, hantar barang2 yang tertinggal sikit.
Lepas tu baru gerak ke Sabak Bernam untuk ambil abang Mueez dan Ammar.
Sampai dalam 2 petang lebih sikit.
Anak anak tengah makan tengah hari.
Macam dah tinggal separuh je pesertanya.
Tunggu habis makan, cuci perkakas makan.
Abang Mueez bersalam salaman dulu dengan kawan kawan yang masih ada.
Kenangan nie, kita bawa balik.
Paper clip bentuk bintang tu, token kalau berjaya dalam aktiviti yang di lakukan.
Dapat piala dan sijil juga.
Boleh la masuk dalam PASJK(Pentaksiran Aktiviti Sukan, Jasmani dan Kokurikulum) juga agaknya.
Abang Mueez dah tanya, kalau hujung tahun ada lagi.
Dia nak pergi lagi.
Insya-Allah, ada rezeki, ibu hanta lagi.
Lagipun, organizer ada cakap,next series macam nak buat dekat tempat lain.
Kalau dekat, boleh la pegi.
Kalau jauh sangat, idok ler kot.
Till then, see ya.









