Lovvu Dobbu

Event Ticker
Showing posts with label kedaiemas. Show all posts
Showing posts with label kedaiemas. Show all posts

Friday, July 11, 2025

.: PUJAAN HATI :.

Assalamualaikum.

2jun2025 - lama dah peram dalam draf...
kisah sambung dari entry nie, sebab kan awal lagi sampai selayang.
ajak incikSuami melencong ke Gombak.
ada kedai yang linda aim nak masuk.

kedai emas STM, Sri Gombak.

niat nya nak tred in 2 ketul nie.
lama dah usung ke hulu hilir dalam beg.
satu cincin tunang (cincin dah mengecik, tak selesa nak pakai) kikiki
satu lagi cincin audi, dah 3 tahun juga lah.
pun dah mengecik sikit.. hahaha

belek punya belek.
takde yang berkenan ngan dengan harga.
ingat nak amik lah yang tebal sikit, sebab jari dah tak runcing sangat, amik haluih nanti tenggelam.. hahaha.

last-last promoter tu sua kan yang ini..
cincin NR (Nabila Razali).
memang berkenan nak beli yang nie, tapi kan..
berta-beratm bajet beso lah...tu yg tak mampu.
tapi yang nie promoter tu kira kan, ngam dengan harga, siap ada balance sikit.
promoter tu macam faham je linda tak berkenan sangat warnanya. terus dia offer nak sadurkan emas semuanya.
yeay, terus lah setuju.

sambil-sambil tunggu dia sadur, cuci mata dulu.
gelang tangan yang getah rambut pun ada je masa nie..
haisyh, geram je.
tapi tulah, duit takde.. hahaha

lampu dia pun dah ribu riban nie

akhirnya, siap juga disadur emas..
suka suka.
memang dok berangan nak beli cincin NR nie.

buat tatapan masa hadapan.

lawa betul paper bag dia.

kotak cincin pun curlass gitu..
kalau letak dalam dulang hantaran pun dah helok sangat haa.

ok lah, meh la puasa beli omeh 2,3 tahun nie..
tapi kalau ada rezeki terpijak, kita beli je lah..ye dak.

till then, see ya.

Sunday, January 5, 2025

. : KEDAI EMAS HAFSHAH @ TELUK INTAN,PERAK :.

Assalamualaikum 

Meh teka meh.
Linda dekat mana?.. Hihihi

tengok gambar pun orang dah tau kat mana.
last walk in kedai emas dekat SINI
dekat entry tu linda kabo tunggu masa je nak mintak emas dari incikSuami.
jadi ini lah masanya.kikiki

Selfie sikit dengan kak M, sementara tunggu. 

Tunggu ini. 

Alhamdulillah. 
cincin 2g lebih.
rantai tangan 19.43g.

Big sponsor kehujanan.
Nak bayo emas punya pasal. 

Terima kasih incikSuami. 
Moga diluaskan rezeki lagi. 
Boleh belanja lagi. Hihihi 

Sekeping dengan Tasha, promoter kedai emas. 
Helok lah, rajen dia melayan linda. 

Linda saja bawak incikSuami. 
Sebab dia yang nak keluar duit kan, jadi biar dia yang pilih kan. 
Tapi, selepas ditapis linda lah. Hihihi. 

Owh, linda beli dekat bandar lama Teluk Intan. 
Kedai Emas Hafshah, sebelah bangunan The Store. 

untuk kenangan harga emas 4.1.2025 masa beli kat kedai nie

RM372/g tak masuk upah

agak mahal jugak, tapi jalan je lah.
pusing-pusing pun, tu jugak harga nya.

Till then, see ya. 

Tuesday, August 13, 2024

.: KEDAI EMAS SERI PELANGI @ SELAYANG BARU :.

Assalamualaikum..

saja nak up entry masuk kedai emas nie..
untuk kenangan diri sendiri..bukan nak riak pun
tak beli sampai puluh2 K pun...
Alhamdulillah, pegi trade in barang yang dah kemek-kemek je

OTW balik rumah lepas baiki basikal abang Mueez
ajak incikSuami melencong kedai emas sekali...

semalamnya dah pergi Kedai Emas dan Permata Sri Anggun dekat Gombak
uishhh...takde bajet yang macam linda target
semua nya 12g ke atas..
barang nak trade in tak sampai pun 10g.

kedai emas Seri Pelangi nie kecik je
tempat open space macam kedai emas dulu-dulu

antara yang sempat snap
nak snap pun takot-takot...hihihi
takot tuan kedai marah

haaa...nampak tak, yang linda trade in 8.02g je
takde lah banyak mana pun

yang dapat ditukar 7.53g
kurang lah 0.49g  😅😅
orang lain selalu trade in barang, tambah duit untuk dapat G yang lebih lagi
Linda pulak. ikot sukati je..hihihi
janji dapat barang baru
kalau ikot 0.49g tu kena tambah 1-2 ratus jugak lagi

trade in 3 barang nie
Linda memang suka kumpul item bajet-bajet (beli online, atas kedai susah cari yang bajet)
jadi bila bajet nie, faham je lah..
tak lama pakai tu dah kemek-kemek...hahaha
yang RT paperclip tu 2g lebih je, dah kemek-kemek
yang cincin tu, tak sampai 1g pun, belah dalam tu berlongkang, tak sedap pakai..
yang RT lagi satu tu, pun dah nampk renggang..
lama dah linda tak pakai yang tu, sebab takot terputus..hahaha
kita nie ganas sikit

Alhamdulillah, dapat tukar dengan 2 ketui nie
RT tu yang paling ngam..kikiki
ada yang lain over bajet dari yang di trade in...
jadi linda amik RT seutas, cincin belah rotan seutas cuma tambah RM94, sebab duit yang trade in tadi tak cukup...hihihi

boleh lah buat tabung lain, beli item bajet lagi...kikiki

yang nie, tukang perati je...
takpe-takpe, tunggu masa je nie..
nanti Linda tuntut... 😂😂

untuk kenangan mendatang harga emas 11/08/2024 masa beli nie

harga beli : RM349/g free upah
harga trade in : RM313/g

kita tengok next masuk kedai emas walk in berapa pulak harganya
tahun 2021 ritu baru RM280++ / g

till then, see ya