Lovvu Dobbu

Event Ticker

Wednesday, July 1, 2026

.: SEKINCHAN - GALERI PADI :.

Assalamualaikum.

jom sambung lagi entry sekinchan D-2, dah chek out homestay.
mula2 nak ajak makan dekat Laman Tebu Aidil, tapi tak buka lagi.
linda pun tak pernah pegi makan situ.
memang la laluan linda dulu balik Selayang ke kampung, tapi semua semua ni belah dalam.
malas nak melencong, kita terus je ke destinasi.

jadi semua pun decide p Muzium Padi. (pon linda tak pernah pegi, kikiki)

Muzium dalam kilang padi je ni.
dia buat dekat tingkat atas.
Entry RM5/head untuk 90cm ke atas.
bawah 90cm, masuk free.
dapat sekampit padi (dalam 500g) tak silap, lupa nak snap gambar.

tak banyak pun ambil gambar.
jom la tengok2.

pelbagai jenis padi dan hasil padi.

incikSuami suruh ambil gambar.
dah macam Bangau yang dalam Kungfu Panda tu pula.
lupa namanya.

eh, nak juga la gambar sekeping, mana boleh kalah dengan incikSuami.

gambar ramai-ramai pun kena ada.
eh, mcm geng gegirl je  ni.
mana lelakui-lelaki?? hahhaa

ini je gambar yang tangkap pun.
Sejarah Sekinchan. boleh la tekan gambar untuk besarkan.

ada bilik buat tayangan pasal pemprosesan padi kot.
linda tak masuk dalam bilik tu.

banyak barang-barang lama di pamerkan.
tapi, tulah, berhabuk weyh barang nya. hahaha.
kalau tak berhabuk sangat, seronok la juga ehh, nampak la macam ada penjagaan gitu.

apa la linda ni, masuk muzium, tapi takde gambar. hahaha
boleh lupa plak nak snap2 untuk content blog. hihihi.

next, kita p makan-makan pula.
dah tengah hari ni, lapar perut.

till then, see ya.

16 comments:

  1. Aunty dok ajak datang sini... Nantilah kena plan baik2

    ReplyDelete
    Replies
    1. plan baik² tu yang jadi lambat sampai..hujung minggu ni on je uncle..hihihi

      Delete
  2. Beras tu Cie tak masak lagi dapat masa pergi situ tahun lepas tu.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Sama..Linda pun tak guna lagi..syg pula nak guna..sebab vakum elok dah tu..biar dulu lah

      Delete
  3. Sedih berhabuk.
    Muzium persendirian eh bukan badan kerajasn kendalikan.

    ReplyDelete
  4. Ala, bab habuk tu tak best la :(

    ReplyDelete
    Replies
    1. Itulah tu, ada habuk dekat pameran yang kecik² tu..

      Delete
  5. Ok jgk ni masuk byr RM5 lps tu dpt beras 500grm =D

    ReplyDelete
  6. Sini akak masuk hari tu...setuju barang dia banyak dah berhabuk...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Itulah kak..kalau sesiapa yang betul² sensitif habuk..memang bersin saja lah

      Delete
  7. Alamak. Dah bayar tapi muzium nya tak maintain betul2 pulak ye. Tapi dapat beras ok la tu 😄

    ReplyDelete
  8. okayy.. blh masuk dlm list jalan2 ni

    ReplyDelete