Lovvu Dobbu

Event Ticker

Tuesday, July 7, 2026

.: KENDURI - BIZMILLA WEDDING CENTRE :.

Assalamualaikum.

Sabtu, 04.06.2026 - ikut mak pergi kenduri sepupu mak di 
Bizmilla Wedding Centre, Subang Jaya.


Dari rumah kampung pukul 10 pagi mcm tu la.
Lepas tu, tak tau lah kenapa Linda buka Google maps, udah dia bawa lalu highway, jem pula tu. Hahaha.
Kalau tengok waze malam tu, jalan biasa yang kak mas selalu lalu pergi rumah Esah dekat Shah Alam je.
3jam juga, sampai la kami ke tempat kenduri.

Ambik gambar dulu.
Mak, Ammar, kak mas.

Masuk, makan² dulu.
Selalu kenduri dekat kampung² je.
Ni masuk event hall yang mewah. Adui, rasa kaku plak . Hahaha.
Nampak semua macam sopan² je.

Sepupu mak ni, Linda tak berapa cam sangat.
Jarang jumpa kot, tapi arwah mak nya(pangkat atok nenek Linda la). Yang tu, memang Linda kenal pun.

Bersama tuan rumah.
Yang bersongkok tu bapak pengantin, sepupu mak.
Yang lelaki 3 orang tu, adik beradik.
Yang Linda kenal hujung sekali berbaju batik(cikLimi), sebab memang dia tinggal dengan arwah embah dulu.
Jadi, kalau ke rumah arwah embah, memang ada la cikLimi tu.

Free pose 

Akhirnya, pakai juga baju dari kain pasang yang kak Notie bagi tu.
Buat baju kurung moden biasa je.

One with emak, forever love.

Yang baju Merah tu, sepupu Linda (kak Yah).
Tapi, dah sebaya² mak Linda je..hihi.
Beza berapa tahun je, yelah mak Linda anak bongsu.

Ada juga jumpa saudara mara yang lain, tapi tula.
Tidak la pula kita bergambar.
Segan la Linda, yang gambar ramai² tu sebab dekat luar pintu dewan.
Konon² nak ambik gambar mak dengan sepupu² nya.
Sekali, dengan kita² terjebak dalam gambar.
Ok lah tu, ada la modal nak letak dalam blog.

Till then, see ya.

33 comments:

  1. Best dpt hadiah kain, boleh buat sepasang baju ye Linda. Kalau sy mmg suka sbb sekali sekala nak rasa citarasa org memilihkan utk kita.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Alhamdulillah..rezeki..
      Betul tu, dapat la pakai lain sikit..kalau tak, sama pattern je baju nya..

      Delete
  2. Bestnyaaa makan kenduri. Rezeki..

    Baju kurung kain pasang tu cantik la. Simple but nice. ✨

    ReplyDelete
    Replies
    1. Alhamdulillah...ada rezeki makan kenduri..

      Terima kasih Faa, simple je baju nya..senang nak matching banyak² tudung

      Delete
  3. Pernah buat majlis kawin anak Sis no2 di sini.. cantik tempatnya, makan pun sedap.. cantik color baju kurung tu Linda..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Not bad la rasa makanannya..tapi, ada bread pudding yang secukup rasa.. susah juga nak cari yang betul² gitu..

      Delete
  4. cantik dewannya! nice la baju linda!

    ReplyDelete
  5. Cantik la baju Linda tu 👍🏻
    Seronok kenduri keluarga ni, dapat jumpa saudara mara jauh dekat kan

    ReplyDelete
  6. Tema mcm pinky ya..sedap tak lauk..ada yg kata sedap ada yg kata kurang dgn bizmila ni..ikut branch kot

    ReplyDelete
    Replies
    1. hihihi..tema pengantin hijau emerald.. linda dengan kakak je saja nak warna sama.. hahaha

      Delete
  7. Pernah sekali je masuk sini. Tp tmpt ni mmg nice. Cantik la warna baju Linda tu =)

    ReplyDelete
    Replies
    1. a ah, cantik tempat nya, sekali ada pejabat urusan, ada pakej baju dan makan sekali

      Delete
  8. arwah maksu ammi pun sebaya dengan anak-anak sulung abang kakaknya (sepupu ammi). rasa ada 3 orang yg sebaya ngan arwah maksu. Walaupun mereka ber4 sebaya tapi maksu pergi dulu asbab kanser.

    ReplyDelete
  9. suka tengok Linda ni..happy go lucky
    sebelah waled pun sama sepupu2 dia semuanya dah berumur,mula2 dulu keliru nak panggil kakak abang ke makcik pakcik ni..

    ReplyDelete
    Replies
    1. itulah, sebelah linda sepupu semua berumur, sebab mak linda anak bongsu...
      yang sebelah suami pula, sepupu semua muda2 lagi, sebab MIL anak sulung.. hihihi...

      terima kasih kak, sebabnya memang tahu senyum gitu je kot..

      Delete
  10. Pernah pergi dewan ni.. ingat dekat rupanya sedikit jauh juga. tapi tempat cantik lah.. betul.. lawa baju linda

    ReplyDelete
    Replies
    1. a ah, lawa tempatnya..
      terima kasih, kain hadiah dari kak Notie

      Delete
  11. Jarang lah kan nampak Linda berbaju warna gegirl-gegirl. Sweettt...
    Tu mesti tak bawak kasut princess kan 😁

    ReplyDelete
    Replies
    1. hahaha...lupa pula nak bawa heels dari Tronoh..😂😂
      tapi kan, uniform kita warna pink tau, tak cukup girlish lagi ke?? hahaha

      Delete
    2. Uniform dikecualikan🤣🤣

      Delete
  12. Cantik la kain yg kak notie bagi tu..akak je yg x buat2 baju lagi..hari tu ada htr kat sorang tailor kat taman sebelah..x cantik dan x sedap pakai bajunya...so x kena la ngan akak...nanti nak cari lagi tailor lain...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Kena cari yang ngam, baru la puas hati..kalau tidak nyesal je nanti..dah la kain orang bagi, sedih nanti kalau tak pakai

      Delete
  13. Masa kenduri kahwin ni lah dapat jumpa sedara. Kadang tu tak kenal, dapatlah kenal juga. Ada kenduri kahwin, dapat jugalah melaram baju baru gitu.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Hihi..itulah.. kalau tak, dok bergantung je dia dalam almari tu.

      Delete
  14. Jujur ya kak, kadang saya iri kalau liat wedding di Malaysia, Krn orang2 seperti nya tak masalah pakai sneakers , kaos ketike menghadiri wedding. Krn di sini, itu macam peraturan tak tertulis, tidak boleh. JD wajib pakai casual attire, bahkan seringnya ada dress code.

    Dan gara2 itu, kdg saya malas nak hadir ke suatu acara wedding. Kalau pakai dress code yg saya tak ada. Mending tak DTG jadinya

    ReplyDelete
    Replies
    1. Susah juga kalau macam tu, sini ada juga kalau yang ada dress code tu..tapi, selalunya memang orang² yang kenamaan gitu, yang punya lebih wangnya.. buat wedding dekat hotel @ wedding hall yang lebih gah..

      Kalau setakat panggilan kenduri biasa² , yang ditulis undangan untuk seisi keluarga...selalunya takde dress code

      Delete
  15. Sorry typo.maksudnya wajib pakai formal attire. Jadi tak bisa sembarangan outfit

    ReplyDelete