Lovvu Dobbu

Event Ticker

Friday, July 31, 2026

.: JAWAB DENGAN JUJUR :.

Assalamualaikum.

apa yang tak boleh buat??

kalau linda, semua tak boleh buat..
bila suami ada  😜😜

auto la tu, bila suami ada semua tak boleh buat.
kalau suami takde, tukar tayar kereta pancit pun boleh buat (tapi, kawan ofis la buatkan).. hihihi
ehhh.. pernah, tayar kereta pancit, tayar motor leper.
semua jadi bila suami takde.
masa dia ada, elok je pun.

lagi-lagi kalau dia pergi operasi tu, tetiba la time tu juga anak-anak semua tak sihat.
Allah, terkangkang kangkang la ibu ni buat semua benda.. 
time ayah dia ada kat rumah, helok je sihat walafiat semua. Alhamdulillah.

tapinya kan, poyo je lah semua tu.
tang masak tu, linda juga la.
sebab banding dengan suami,linda lagi teror lah.

ingat lagi masa pantangkan dedek, pantang dekat Melaka.
pertama kali dia siang ikan Merah, nohhh sampai hilang kepala.
daripada sekor ikan jadi 1/2 ekor ikan.. hahaha
tapi. ok lah. ada effort juga tu.
nasib baik la masa tu dah dalam 2minggu pantang, baru balik Melaka.
sebab abang Muaz dah sekolah, tak boleh la nak cutikan lama-lama.

haa, apa lagi.
drop la komen ye.

till then, see ya.

28 comments:

  1. Replies
    1. Memang kerja berat tu ..Linda pun tak sanggup..

      Delete
  2. saya lelaki yang tak ada motor mestilah no 7.Aanak dua orang punyalah galmer diorang pandai drive motor..masa muda dulu ada pandu motor..tapi terfikir agak bahaya jika tak pro pandu..so beli kereta lah saja..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Rare juga ni lelaki takde motor.. tapi, untuk keselamatan, bagus juga..

      Delete
  3. 4 dan 10 tu bukan tak boleh buat, tapi malessss hihihi.

    ReplyDelete
  4. No.9 biasa Hata je. No.10 kalau kosong bleh la..kalau ada isi tima Hata xde..Sy golek2 sengetkn aje..hahaha

    ReplyDelete
    Replies
    1. Yang tong gas tu, last² saya beli roda dekat bawah..jadi boleh tolak je terus ke dapur

      Delete
  5. ammi tak reti no. 7 - bawak basikal retilah.
    No. 10 tu bila sama mcm awak bila ada husband auto tak reti, auto takut, auto segalalah

    ReplyDelete
  6. Lain semua boleh, no7 jerr tak boleh, tapi kalau yang guna gear laa, guna letrik punya boleh hahahaha

    ReplyDelete
  7. Saya tak bole no 7 wak😁😁 dan saya fobia juga membonceng... senang citer tak suka moto 😅😅

    ReplyDelete
    Replies
    1. Mesti trip Jakarta hari tu, memang lagi seram naik ojek.. hihihi

      Delete
  8. Kalau ikutkan semua boleh cuma selepas accident dlu, tak berapa dah nak bawa moto tu..lesen ada je hahaha jadi perhiasan je

    ReplyDelete
  9. No7 tak boleh. Masa form1-2 pandai je. Bila jatuh motor masuk semak terus fobia dah.

    ReplyDelete
  10. no 7.. jangankan motosikal.. basikal pun tak pandai

    ReplyDelete
    Replies
    1. Takpelah..baru la boleh manja² dengan suami...kalau tak, semua dia suruh buat sendiri..hihihi

      Delete
  11. no.7 tu kalau ada cluth memang auto tak pandai. Kalau gear dan auto tu okay je. No.9 dan 10 tu auto tak pandai kalau ada suami. hiks~
    Yang lain tu memang kepakaran kita lah, jemur dan lipat tu ada KPI dia kena tersusun ikut kategori. hahahaha...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Linda teringin nak belajar motor ada clucth..suami kata sama je kekdahnya dengan kereta manual

      Delete
  12. Hanya 7. Kelakar bila baca bahagian siang ikan merah sampai tinggal separuh tu! Memang auto manja dan tak reti buat apa bila suami ada dekat rumah kan!

    ReplyDelete
    Replies
    1. Pertama kali siang ikan..selalu bersihkan ayam je.
      Bila ada suami, kena juga bantuan dia, walaupun boleh je buat sendiri sebenarnya..hihihi

      Delete
  13. bole buat smua cuma no 9 & 10 tu kita bg kt suami la haha..no 7 bw motor dlm kampung okla..sbb bkn ada lesen tp bila blk kampung sronok la menunggang moto cousin haha

    ReplyDelete
  14. Alhamdulillah. Saya boleh buat belaka tugasan itu.

    ReplyDelete
  15. saya tak reti tunggang motor. pernah lah belajar naik motor zmn2 sek men..boleh lah bwk dekat2 tp memang tak berapa reti

    ReplyDelete
  16. Tunggang motor tu tak pandai tak reti tukar gear tapi tunggang basikal terer. Angkat botol air mineral tu kalau takde orang boleh tapi Slow2 le. Pasang gas tu kalau kepala gas bukan jenis yang rumit. Kalau tak sos minta bantuan. Tapi paling malas lipat kain. Rasa nak gantung je semua. Hahaha

    ReplyDelete