Lovvu Dobbu

Event Ticker

Friday, July 3, 2026

.: HARI BERTEMU WARIS :.

Assalamualaikum.

Hari ni cuti, pergi sign report card abang Mu'az .
Dari Tronoh pukul 9 pagi, sarapan dulu dengan incikSuami.
Silap hala ke Kampung Gajah, lambat sikit lah lalu traffic light, lalu Teluk Intan.

Dapat naik WCE dekat Simpang 5, JPJ Teluk Intan.
Seronok jalan lapang, sampai tak perasan..

Sedar² nohh.
Semua salah incikSuami, sebab buat kete sedap tekan dan firm walaupun tinggi. Hahaha.
Memang Linda boleh beza la sebelum dan selepas dia add on benda² untuk body kete.


Sampai sekolah dalam 10.45 pagi, rezeki sungguh. 
Dapat parking depan pagar sekolah, dekat² je.

Menapak sampai tingkat 3.

Abang Mu'az malu.

Sipi² je muka dia.
Susah betul nak ambil gambar.

Keputusan...
Emm, tak taruh tinggi sangat pun expectation nya.
A,B - takde.
F - alhamdulillah, takde juga.

Kedudukan dalam kelas 4/29
Kedudukan dalam tingkatan 31/80

Bangga la juga no 4 dalam kelas.
Dalam tingkatan pun tak sampai separuh.
Tapi, berfikir.. kalau keputusan abang Mu'az pun dah macam tu, mcm mana pula keputusan yang bawah² dari abang Mu'az.
Lagi teruk la markah nya.

Allahuakbar, sedih dan sebak pula Linda rasa.
Sekolah luar bandar agaknya.
Semoga yang baik² untuk anak².
Terus berusaha, bukan untuk orang lain, tapi untuk diri sendiri.

Keluar sekolah ada baiya jual eskrem.
Eh, dia minta ibu eskrem pula.
Layan lah anak bujang yang jarang jumpa ni. Duduk asrama embah dengan kakek kan.

Till then, see ya.

37 comments:

  1. masa sek menengah mudah je sesi bertemu waris sbb ketiga2 anak saya belajar di sek yg sama tempat sy mengajar. hehehe

    ReplyDelete
    Replies
    1. Senang mcm tu..ibu dia tak payah datang pun takpe..

      Delete
  2. Replies
    1. Aamin.. terima kasih Cie .moga anak² ada kesedaran la untuk belajar .

      Delete
  3. takpe abg muaz slow-slow dulu nanti baru boom...
    akak pula jadi terkejut sejak Pia masuk mrsm tak ada perjumpaan parents dgn cikgu rupanya setiap kali lepas exam macam sekolah rendah dulu
    dapnya aiskrim tu,susah nak jumpa tu

    ReplyDelete
    Replies
    1. InsyaAllah...amin² YRA..
      Owh. Lain pula ye dekat MRSM..
      Kalau pergi pantai. Selalu la nampak eskrem kon tu..hihihi

      Delete
  4. Alhamdulillah tahniah!
    Besar dah Abg Mu'az, malu² dah nak ambik gambar :)

    ReplyDelete
    Replies
    1. Terima kasih PH.. jauh lagi tu nak mengejar...

      Delete
  5. Tak apa kak... Pelan2 semoga bisa lebih bagus lagi 🤗🤗. Ini masalah yg banyak terjadi di sini juga. Ketimpangan hasil sekolah antara yg di kota dengan yg di kota kecil. Tp kalau di sini masalahnya kebanyakan kekurangan guru yg mau mengajar, apalagi di remote area 😔

    ReplyDelete
    Replies
    1. Semoga pelan² tu ada hasilnya, risau juga asyik pelan je.. hihi..

      Delete
  6. Semoga terus cemerlang, problemnya dengan sekolahnya anak biasa akan cepat rasa dah ok apabila dapat kedudukan yang depan dalam kelas. Sebenarnya jika di banding dengan sekolah yang bagus mungkin di belakanglah kedudukannya. Kita kena highlight perkara macam ni supaya anak tak rasa syok sangat dan persaingan mereka tidak terhad dalam sekolah mereka sahaja.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Betul..kalau banding dengan sekolah bandar, memang ketinggalan lah.. tahap pelajar kita, semuanya membimbangkan...

      Delete
  7. Memang cucus panggil atuk diorang Kakek ke? Embah ada juga kami guna.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Ya.. saja nak gabung dari belah mak dengan bapak...
      Belah bapak kami panggil, kakek-nenek.
      Belah mak kami panggil, mbah wedok-mbah Lanang.
      Jadi nak rasa dua dua , panggil la embah dengan kakek

      Delete
  8. Tahniah pada abang Mu'az. Lama-lama boleh improve, tu. Insya-Allah.

    ReplyDelete
    Replies
    1. InsyaAllah, semoga usaha untuk memajukan diri tu ada..aamin..
      Mak nak paksa² pun, tak tau dah nk mcm mana.. lebih² kang lain jadinya

      Delete
  9. Kami belum adakan majlis ni..sibuk sukan dan macam2 acara sekolah..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Sek keb anak pun belum lagi..baru nak periksa Isnin besok

      Delete
  10. sekolah dak ava 3 minggu yg lalu, saya terpaksa ambik cuti sebab dibuat hari bekerja, minggu ke depan nya sukan, pastu minggu depan lagi ujian sumatif pulak. padat jadual tapi dak ava byk hari absent sebab batuk teruk

    ReplyDelete
    Replies
    1. Sama.. Linda pun ambil cuti juga tu..hihihi..
      Semoga cepat sembuh Ava

      Delete
  11. Tahniah abg Mu'az, jauh lagi perjalanan dan masih ada masa lagi. Moga rutin harian dipermudahkanNYA.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Semoga terus berusaha untuk memperbaiki diri..aamin

      Delete
  12. Tahniah abang Muaz. Semoga terus sukses dan happy di perjalanan yang masih panjang.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Aamin².. terima kasih doanya kak sari.. moga lebih berusaha untuk berjaya..insyaAllah

      Delete
  13. Tahniah abg Mu'az...teruskan usaha ye....no 4 tu dh kuat..boleh isaha lagi..alolo malu2 plak dia ye

    ReplyDelete
    Replies
    1. no 4 je nampak kuat...dia punya markah, tak kuat lansung.. hihihi.. insyaAllah, semoga terus berusaha untuk mencapai kejayaan,, aamin

      Delete
  14. congrats abg muaz! bagus sgt dah tu resultnya! keep it up

    ReplyDelete
    Replies
    1. Alhamdulillah.. terima kasih MZ..moga terus berusaha untuk belajar dan berjaya..aamin

      Delete
  15. yg penting takde F tu. kipidap abang muiz!

    ReplyDelete
    Replies
    1. Tapi tu pun, sipi² je...adui..copot jantung gue

      Delete
  16. Semoga Muaz membesar menjadi anak soleh kebanggaab Linda sekeluarga. Fly high Muaz 🥳

    ReplyDelete
  17. takpe...nanti kalau rasa tak boleh nak pergi sgt akademik boleh je buat apply KV masa f4, buat TVET.

    semoga abam mu'azz pandai pilih kawan. ini yg paling merisaukan bila anak-anak dah besar

    ReplyDelete
    Replies
    1. itu lah harapannya... tapi sekarang nak masuk KV pun bersaing juga... yang pandai2 pun pilih KV juga...
      Aamin, moga yang baik2 untuk anak2 kita semua...

      Delete