Assalamualaikum.
Asyik cerita pasal jalan raya je.
Ni nak cerita pasal gambar posing² time raya la pula..Kikiki.
Sebab kan masih berkisarkan Syawal, Linda jadikan dia part 7 lah..
Senang nak letak tajuk, sebab yang paling mencabar minda, nak letak tajuk entry.. 🤭🤭
Mohd Izhar (adik linda, anak no 4) dan keluarga.
Raya kali ni, raya dekat Muar je.
Izhar pun turn kerja raya pertama tu.
Kemain share gambar, photoshoot dekat kedai.
Hayqal (anak kedua Izhar), pun pandai senyum dah depan kamera.
Ehh. Geram betul nengok nya.
Mohd Norazman (abang linda, anak no 2).
Pun tak balik raya juga, baru habis operasi.
Belum dapat cuti lagi.
Bertambah ahli keluarga, bila si bulus 2 ekor tu pun pakai baju raya juga..hahaha.
Yang dekat kampung.
3 orang mak dara. Hahaha.
Yang baju hitam - Mazatul Aishah (anak no 5)
Yang tengah - mesti la Linda (anak no 3)
Yang kanan sekali - Masliana (anak sulung)
Pusing kot lain pula
Depan rumah kak mas, sebelah rumah mak je.
Tapi, dia tak duduk pun rumah nya, takat sapu² hujung minggu je..
Katanya, dapur dekat rumah mak, jadi rumah dia tak boleh dihuni lagi.. hahaha.
Nasib mood kak M baik.
Dia yang tolong snapkan gambar 3 beradik perempuan ni. Hihi.
Eh. Tak cukup korum, mana gambar adik bongsu Linda?? Hahaha..
Seng Ragil(bongsu) - Muhamad Azamuddin.
Anak no 6, masih bujang lagi.
Asyik jaga jodoh orang je, jodoh sendiri tak sampai lagi.
Muda lagi, tenang² jelah..hihi.
Dengan bapak - pakcik Miswan
Dengan mak - Patohanah
Memang nama jawa kan?? Hihi.
Jadi, kena la pandai cakap Jawa.
Dulu masa kecik² memang bapak cakap Jawa, tapi anak² sahut dalam bahasa Melayu je.
Tapi, alhamdulillah, Linda boleh la juga sembang sikit² dalam bahasa Jawa kalau jumpa orang tua² ni.
Faham tu, memang A+ lah.. hihi.
Tengah fikir lagi kali ni nak buat Photobook raya atau nak print kecik² macam polaroid tu.
Linda kan old-school, suka barang fizikal.
Kena kumpul dulu gambar raya ni.
Till then, see ya.







alhamdulillah masih ada mak ayah dapat sambut raya sama2.
ReplyDeleteAlhamdulillah..nikmat yang paling berharga sekali..
Deletesemua gmbr adalah precious for future throwbacks!
ReplyDeletebetul sangat...sebab tu juga linda suka fizikal kan...sebab dalam softcopy pun, tetiba rosak... emmm
DeleteDengar nama je dah confirm orang jawa. Akak kadang paham orang cakap jawa tapi nak membalasnya tu yang erk erk ni ayat apa ye. Kat HPJ ni hah ada cleaner Jawa selalu belajar cakap jawa dengan dia.
ReplyDeletesitik2 reti la kak.. hihihi... kalau dekat sini kontraktor dengan tech dekat Melaka dulu... tau linda jawa..dia ngomong jowo waie.. sebab tahu linda faham... bertuah betul.. hahaha
DeleteRamai juga adik beradik Linda ye. Alhamdulillah mak ayah pun nampak sihat lagi.
ReplyDeleteDekat u dulu ramai kawan area Sg Besar, seronok dengar diorg ngomong Jowo :)
Alhamdulillah...
DeleteAda 6 beradik semuanya.. itupun yang bongsu tu kena apit, sebelum dan selepas dia, mak keguguran.. kalau tak, 8 orang kot..hihihi
Seronok tengok gambar². Alhamdulillah, kedua orang tua Linda masih ada. Haruslah print out gambar sebagai kenangan. 🥰
ReplyDeleteAkak dulu masa zaman study, ada boypren orang jawa. Aku kangen karo kue.
Kangen ya??? Hahaha.. maaf la suami saya orang Taiping, tapi saya selalu cakap Jawa dengan dia..saja bagi dia stress.. hahaha...
DeleteAlhamdulillah, moga² sihat² selalu orang tua kita yang masih ada..aamin..
ayah Linda nama sama dengan ayah Dana la rasanya..kalau tak silap akak la
ReplyDeletesepakat semuanya ye emerald green..kalau kami susahnya,ada yang nak warna itu,ada yang nak warna ini,tak pernah nak sama setiap tahun
a ah kak.. sama nama dengan ayah sis Dana.
Deleteanak2 yang suruh follow warna nenek dia..kita layankan je.
best ni brgmbr dgn adk beradik.. Sy dulu mmg arwah mak abah jarang ckp banjar dirumah. Bila sedara banjar ckp banjar sy masih boleh faham sikit2..Tp nk ckp blk dlm bahasa tu udah jammed =D
ReplyDeletekalau bahasa banjar.. yang tahu "hireng" je lah.. hahaha...sebab sama dengan bahasa jawa "ireng".. sorry la kalau salah...
Deletetapi, bahasa banjar lagi susah nak faham..
linda memang mak bapak cakap jawa dekat rumah, walaupun rumah kitaorang dekat estate.. hihihi
Meriahnya hari raya kan..baju baru juadah lazat..siapa tak happy dek hehehe
ReplyDeleteAlhamdulillah..waktu berkumpul, makan²..main bunga api..hihihi
DeleteKak Mas duduk sekali dengan mak & bapak eh.
ReplyDeleteAkak pun kalau dengar orang cakap Jawa boleh faham, cuma nak balas balik sukar sikit. Kalau cakap campur-campur boleh lah.
A ah..kak mas, amar dengan azam duduk dengan mak..tu yang bersyukur sangat, ada juga yang tolong tengok² kan mak bapak..
DeleteHihi, mana boleh balas..kita balas kak..
mantaplah kalau boleh berbahasa jawa. comellah parents kak linda. semoga sihat kedua-duanya
ReplyDeleteBoleh la sikit²..takde la pro sangat pun..
DeleteAlhamdulillah, moga sihat² hendaknya kedua orang tua kita yang masih ada..
Seronoknya masih ada complete family...
ReplyDeleteAlhamdulillah..nikmat yang paling besar kak..
Delete