Assalamualaikum.
Sunyi je rasa blog..
Maklumlah, tuan dia tak sihat.. hihi..
Jom throw back semalam² punya cerita.
Rabu, 11.03.2026 (21 Ramadan)
Ni lah keluar p pasar malam tu.
Lepas tu, terpengaruh dengan zus RM6.70 dari pukul 5-7pm.
Cuba Iced Dark Oolong Milk Tree.
Jenis teh macam dekat kedai Cina.
Bukan teh dekat kedai mamak eh.. hahaha.
Not bad, boleh la repeat lagi bebila.
Jumaat, 13.03.2026 (23 Ramadan)
Foodpanda je.
Oden Family mart.
Dah takde kopi ais ke? Tengok dalam menu takde. Emm, kempunan kopi ais Famima.
Beli juga roti.
Dah alang² Foodpanda kan.
Order la banyak sikit, supaya berbaloi dengan caj delivery.
Boleh juga buat makan waktu sahur.
Alhamdulillah.
Rezeki masih boleh berpuasa, walaupun terawih dah mengelat..
Uwaaa, solat sambil mengaduh ngaduh (sebab sakit pinggang), terus rasa tak khusyuk.
Jadi, Linda fokus untuk cuba khatam Al quran. Mudah mudahan tercapai .aamin.
Till then, see ya.



Moga cepat sembuh Linda.
ReplyDeleteAamin.. terima kasih kak Amie
DeleteSyafakillah Linda 🤲🏻
ReplyDeleteSedap juga berbuka dgn oden ye
Aamin..
DeleteItulah, dari awal Ramadan teringin..dapat juga akhirnya
shafakillah linda
ReplyDeleteAamin.. terima kasih MZ
DeleteGWS dear. Semoga tercapai target tu. Amin
ReplyDeleteaamin YRA..
Deleteterima kasih Nieza
Buat mana yang mampu dulu.
ReplyDeleteSemoga terus istiqomah untuk khatam Quran.
insyaAllah...buat ikut kemampuan...
Deleteaamin...moga dapat khatam Al-quran..
Promo 6.7 tu hari rabu je ye? Nak try claim la next week alang2 balik keje awal ni
ReplyDeletedah tengok balik apps...dah tukar RM6.80 dan untuk tea series je...all day long dan sampai 31 mac...
Deleteyang RM6.70 dah habis tempoh kot
Semoga dipermudahkan urusan Linda khatam Quran ya. Take care, dan semoga cepat baik pinggangnya.
ReplyDeleteAamin YRA.. terima kasih kak Nur
DeleteMOga cepat sihat ye Linda
ReplyDeleteAlhamdulillah..hari ni dah Keje macam biasa..cuma rasa sengal² je lah...
DeleteSemoga cpt sembuh
ReplyDeleteSdp zus coffee
Alhamdulillah...dah lega..
Deleteair teh zus tu sedap ea? nnt kak nak try la. since kena posa kopi.
ReplyDeletesyafakillah linda, take a good care.
Alhamdulillah...sedap. boleh go la dengan tekak ni
DeleteSemoga cepat sembuh tau...semoga dapat khatam al-Quran..PZ dah nak khatam..2 juz lagi...
ReplyDeleteAamin...
DeleteInsyaAllah..dok pulun ni
tak pernah order teh kat kedai cina or kedai mamak sebab teh "tak minat saya".
ReplyDeleteHihi..apa yang minat akak?
DeleteSemoga berjaya khatam al quran kak
ReplyDeleteAamin.. terima kasih Cuya..moga berjaya
DeleteSemoga cepat sembuh saya doakan.. dah lama juga tak pekena zus dari sblm puasa hari tu..
ReplyDeleteaamin..
Deletealhamdulillah, dah ok ni, boleh la masak2 untuk raya.. hihihi
Semoga sekarang dah membaik ya kak ☺️. Samaaa lah kita. Sholat tarawih memang bolong2 kalau saya 🤣. Tp saya usahakan nak khatam. Tinggal 1 juz lagi, tamatkan besok 😄
ReplyDeleteAlhamdulillah..berjaya juga fanny.. kak Linda dah tewas . Sebab BFF dah sampai..hihihi
Deleteok MZ dh setel BW semua entries blog linda yayyy. salam 8 syawal!!
ReplyDeleteTerima kasih BW sini..
DeleteSalam 8 syawal