lovvu Dobbu

Thursday, June 26, 2025

.: IMPLANON PULA :.

Assalamualaikum 

Bersiaran dari telefon baru.
Eh,tu pun nak heboh ke Linda? 😂😂

Dah siap watermark,tak payah nak edit lain la kan? Hihihi.

Sementara MC lagi, Linda decide nak pasang implanon terus.
Malas nak fikir fikir.
Risau tengah tengah fikir, ada yang kena buka buku pink kang..

Done RM520.
Exp Jun 2028 nanti.
IncikSuami sponsor RM120. 🤭🤭
Pandai Linda buat kira kira.

Meh la kita besarkan yang mana ada nie.
Umur 37tahun, si bongsu 7tahun.
Umur Linda 47tahun, si bongsu 17tahun.
Semoga sihat sihat hendaknya.

Lain orang, lain cara family planning nya.
Jangan sibuk cakap "akak makan pil dah bertahun tahun ok je, akak rancang sendiri ok je"
Haisyh, kita nie bila nak jawab,teringat dia pangkat akak je,takmo lah nampak macam kuang ajo sangat.
Jadi banyak banyak kan bersabar lah.

Tak kan lah saya nak citer kat akak yang saya nie pantang tersentuh kulit, jadi je.. hahaha...
Haa kan,saya dah tercakap dekat satu dunia nie. 🫣🫣

Masing masing ada pilihan sendiri.
Baik lah akak tanya pengalaman saya pakai alat perancang keluarga nie,daripada akak nak membanding bandingkan dengan diri akak.
Mana tahu, satu hari nanti akak dah jemu nak makan pil, boleh la pakai iucd ke implanon ke..hihihi..

Apa pun, ini cara Linda..
Sebab mak Linda sendiri pun still amik perancang sampai umur 50 lebih.
Selagi ada period lah.
Jadi, pendedahan tu memang ada.
Cumanya Linda tak ambil pil lah..

Eh, panjang pula omelannya.
Padahal nak cerita pasal implanon je.

Till then, see ya.

Eh,nak tanya MZ.. memang lepas pakai implanon,ada kesan lebam sikit ye?. Risau pula kita,firstimer kan..hihihi

34 comments:

  1. Semoga dipermudahkan urusan.

    ReplyDelete
  2. Ikut la kaedah memasing kan. Jangan pertikaikan cara orang. Setiap orang tak sama. Semoga yang baik2 je tu Linda.

    ReplyDelete
  3. Lama tidak singgah sini... selamat tahun baru Islam 1 Muharram... 😊

    ReplyDelete
  4. Pekakkan telinga je Linda. Kita lebih tahu badan kita ...
    Salam Maal Hijrah ✨

    ReplyDelete
    Replies
    1. Gitulah kak..bila jawab ini,dia jawab itu...last2 ayat dia "Linda muda lagi,boleh nak tambah lagi tu"... Padahal dia Tau dah,kita memang tak nak tambah dah...dok lah cakap benda sama je.

      Salam Maal Hijrah juga buat PH

      Delete
  5. Semoga dipermudah segala urusan Linda. Take care. Abaikan kata-kata orang². Badan kita cara kita.
    Salam Maal Hijrah.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Aamin..terima kasih sis phiza...
      Salam Maal Hijrah

      Delete
  6. Apapun, semoga Mbak baik-baik saja.

    Salam,

    ReplyDelete
  7. moga sentiasa sihat ye Linda...rs memang akan lebam sikit Linda,adik saya pun macam ni,cuma dia lagi teruk hormon kucar kacir period tak tentu

    ReplyDelete
    Replies
    1. Haa..itulah..nie tgh try n error nie..harapnya tak kacau hormon saya sangat..boleh la rasa normal...hahaha

      Delete
  8. hi linda. yep, memang ada kesan lebam, tapi akan hilang lps few days or paling lama pun seminggu. if nak tanya apa2, boleh jer linda wasup me--i boleh jer jwb berdasarkan pengalaman dh beberapa cycle pakai implanon, rasanya dh 4 or 5 rounds in total (0129741376)

    ReplyDelete
    Replies
    1. Terima kasih kak Suzi...nanti pape kita Roger...

      Delete
  9. Oh dia kena pasang baru setiap 3 tahun ye. Saya mula2 tau pasal makan pil perancang je, rupanya tak lut ye setakat makan pil je?

    Dpt ilmu sikit baca pasal iucd ni. Tak salah pun merancang keluarga 😁

    ReplyDelete
    Replies
    1. Bergantung pada badan masing2 lah ..kak Linda tak lut...hihihi...

      Delete
  10. kita ikut cara yang kita selesa kan... selagi dibenarkan syarak...

    semoga dipermudahkan segalanya utk linda aminnnn

    ReplyDelete
    Replies
    1. Betul tu kak Anies....
      Semoga yang baik2 je untuk kita semua.. aamin

      Delete
  11. Wah, semakin semangat update guna gadjet baru ni linda... ada jugak ke org bunyi² gitu... isk isk, biarlah masuk telinga kanan keluar teplinga kiri je

    ReplyDelete
    Replies
    1. Hahaha.takde lah semangat sgt kak mim..janji ada update..
      Ramai2 je yang berbunyi, malas juga nak layan..biarkan je lah...

      Delete
  12. saya nak komen lebih2 pun x reti, sbb bukan bidang kita kan.. lg pun saya masih lagi ttc.. doakan saya dan cik abg ye.. ^^

    ReplyDelete
    Replies
    1. insya-Allah, semoga ada rezeki Airene dan suami tahun nie, Aamin

      Delete
  13. Ok lah tu Linda, umur 47, bongsu 17 tahun.
    Akak umur 52, bongsu 15 tahun... haaa tu lah baby ooopssss 😎😎😅

    ReplyDelete
    Replies
    1. hihihi...risau juga kalau ada baby ooopsss tu...harapnya takde lah...itu yang kita mencegah awal...biarlah org nak kata memacam kat linda pun.. hahaha

      Delete
  14. Semoga baik2 aje....Pilihan ditangan kita..Kalau kita pilih nk kawin dgn abg kapal kargo tango, takkan dia nk pilih abg kapal jgk kan? Sibuk je..hahaha

    ReplyDelete
    Replies
    1. Itulah...rezeki dia lah boleh rancang sendiri menjadi..kalau Linda merancang sendiri pun jadi,tak payah lah membazir sampai rm500 tu..baik p holiday ke.. hihihi

      Delete
  15. Haha habis pecah rahsia. Kan…memasing adalah cara nak merancang. Ko guna cara ko, aku guna cara aku. Ammi pun mujur je dah buat BTL kalau tak ntah cara camna nak buat ntah

    ReplyDelete
    Replies
    1. Naseb baik doktor ikat kuat2..kalau tak,meluncur masuk kang...hihihi

      Delete