lovvu Dobbu

Tuesday, May 6, 2025

.: SAMBUTAN RAYA SKSJ :.

Assalamualaikum...

ada lagi kisah Syawal nie.
jamuan sek rendah anak-anak.
tahun nie jamuan raya semua mudah, tak payah bawa apa-apa.
cikgu sediakan makanan.
cuma tak meriah la, sebab makanan sama je.
agaknya nak elakkan pembaziran kot.
tak pasti lah juga.

balik-balik dari sekolah, incikSuami hantar gambar dedek

dapat 2 hadiah
rupanya ada majlis penyampaian hadiah sekali.
sempena bulan puasa hari tu, ada macam-macam program untuk mengimarahkan bulan Ramadan.

 dedek memang kategori pertandingan mewarna dan hafazan.
tahniah dedek.
kalau kat rumah tu, bukan main liat nak suruh mewarna kerja sekolah dia tu.
memang linda je lah jadi mangsa tukang warna.

Alhamdulillah.
abang mueez pun menang pertandingan azan.
yang nie memang hari-hari dia azan dekat rumah.

dapat piala. tempat ketiga..
semoga terus sukses anak-anak ku.

oleh kerana pertandingan azan tu, tiba-tiba ustazah train dia menyanyi untuk persembahan hari raya sekolah.

berduet bersama kawan nya Amar.
ustazah bagi duit raya sekali.

nie linda sertakan video nyanyian abang Mueez.
ustazah rakam dan masuk channel UTube ustazah.
tahniah abang Mueez, walaupun asyik tengok atas je.
berani membuat persembahan di atas pentas.
semoga terus melangkah maju ke depan. aamin.

till then, see ya.

32 comments:

  1. Alhamdulillah..anak2 berjaya hasil didikan ibubapa...Tahniah...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Alhamdulillah.. Yang mana baik, yang buruk.. Semuanya dari diri sendiri... Moga anak2 terus maju jaya..

      Delete
  2. ustazah pun, aci redah je kan. mujur anak-anak follow the flow.
    tahniah anak-anak Linda dan emaknya juga dan bapanya juga.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Itulah, ustazah cakap suara nya nyaring.. Hahaha.. Tapi, memang pun.. Sakit telinga ibu nie kat rumah...
      Alhamdulillah, yang baik dari anak2, yang buruk tu ibu tak habis didik lagi.. Kena piap lebih nie..

      Delete
  3. Tahniah anak2, juga Linda dan suami.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Terima kasih kak mulan.. Usaha anak2.. Ibu bapa support je

      Delete
  4. Pandai kejar tempo semula, walaupun awal sudah lari. Ada potensi tu, Linda. Tahniah, Dedek dan abang Mueez.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Memang suka menyanyi tu.. Cuma, mak nie bukan kaki karoks.. Hihihi...
      Terima kasih aunty Nur

      Delete
  5. wahhh congrats dedek dan semua anak yg menang tuuu

    ReplyDelete
  6. Wahhh tahniah, semoga makin bersemangat di masa hadapan

    ReplyDelete
    Replies
    1. Terima kasih uncle taufik..
      Semoga maken bersemangat... Aamin2

      Delete
  7. Bila tengok sambutan hari raya sekolah anak2 ni kan..zaman kita dulu xde pun mcm ni meriah siap boleh pakai baju raya kan..masa akak sekolah rendah dulu bawak la kuih raya kumpul2 last2 kuih raya kita xde sape pun sudi makan..sedih wooo...pas tu pakai je uniform sekolah kan..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Zaman linda masih bawa kuih raya... Alhamdulillah.. Semua makan pun, sebab memang ada kuih raya je... Balun je semua.. Lepas tu, dah boleh pakai baju raya... Kikiki

      Delete
  8. tahniah dedek!
    tahniah abg mueez!
    semoga kekal aktif dan berjaya dalam koku & pelajaran sampai bila2! aminnnn

    ReplyDelete
    Replies
    1. Terima kasih aunty anies...
      Insya-Allah, semoga momentum nya kekal.. Aamin2

      Delete
  9. Tahniah dpt hadiah dua sekali mewarna dgn hafazan... Sambil beraya ditambah lagi senyuman hihii

    ReplyDelete
    Replies
    1. alhamdulillah, rezeki dedek...hafazan tu takde pula dia bercerita dengan ibu dia..ibu dah ketinggalan sekarang nie, sebab ibu tak amik dia balik sekolah...dia eksaited cerita bila balik dari sekolah je...dh lepas2 tu, takde dah...ibu kena tanya.. hahaha

      Delete
  10. waahh tahniah dedek & abg mueez! siap dpt duit raya lagi tu ustazah bagi! hehehe

    ReplyDelete
    Replies
    1. alhamdulillah...rezeki anak berdua...
      terima kasih aunty Ana

      Delete
  11. Bagus anak-anak... punya kemahiran masing-masing.

    ReplyDelete
  12. wahhh dedek tunjuk bakat terpendam ye dekat ibunya? Mungkin dedek sengaja kasi ibunya warna sebab nak ambil ilham dan inspirasi skill mewarna ibunya? hehehehe

    Seronok sekarang sambutan raya meriah. Semoga dapat menjadi kenangan manis buat anak-anak kak linda ^_^

    ReplyDelete
    Replies
    1. Itulah tu, dedek dah 2x menang pertandingan mewarna.. Tak tau sebab yang lain malas warna ke cmne... Kikiki..
      Insya-Allah, mudah mudahan jadi kenangan manis buat anak2

      Delete
  13. ala ibu, kat atas tu ada prompter tengok lirik. ibu mana tau. tapi cayalah abam muezzz...awak berani

    ReplyDelete
    Replies
    1. Itulah, tiba2 tadi bru je ustazah buat wasap group, katanya ada permintaan untuk persembahan sambutan hari guru pula...

      Delete