Lovvu Dobbu

Event Ticker

Tuesday, June 11, 2024

. : KOPIKO K-DRAMA :.

Assalamualaikum 

Hari tu masuk beli barang terjumpa kopiko nie... 
Ehhh... Linda pertama kali baru jumpa nie.. 
Jadi kita grab lah satu.. 
Kalau tak silap, dalam rm2.50 kot.. 


Ta taraaaa... 
Baru lah acah acah K-pop sikit... Hahaha
Kan selalu tengok drama Korea, diorang makan kopiko macam nie.. 
Macam panadol tu.. 
Dah tak payah nak buang plastik gula gula je.. 
Tunggu habis semua, baru kita buang

Macam nie lah.. 
Tekan dan koyak.. 
Mudah kan.. 
Simpan dalam beg pun senang.. 

Orang lain dah lama jumpa kot, linda je baru jumpa nie.. Hahaha

Till then, see ya

 

Monday, June 10, 2024

.: MESYUARAT KESATUAN PENYELIA ASRAMA KKMSM :.

Assalamualaikum

tak habis lagi urusan kita di Pulau Pinang
sambung dari entry nie

malam tu p carik makan dengan kak Sham, kak Aina, kak Aida dan kak Zatul
naik kereta kak Sham
mula-mula p cari Ekonomi Tomyam, tapi dah tutup..
pindah ke tempat lain
lepas tu kak Aina pun waze lah Padang Brown
sekali dah sampai , dia bawak p Padang Brown Bak Kut Teh punya...aiyoo
terbahak-bahak kami ketawa dalam kereta

jalan ke depan sikit
jumpa lah Padang Brown yang betul
rupanya Padang Brown nie Medan Selera @ food court
macam-macam jenis makanan yang ada

gambar kredit dari SINI

sampai-sampai, nak cari parking satu hal
lepas tu nak cari meja nak duduk pun satu hal
lepas dah duduk, semua mai serbu , gtaw menu kedai masing-masing
sampai kita plak tergamam tak tahu nak pilih apa..

antara menu air yang ada

linda pilih markisa lemon RM4
takdelah masam sampai ngilu gigi
sedang-sedang elok ja
sedap

lepas tu order juga charkuetiow
tapi, tak kena tekak, terasa sungguh mamak punya style
bukan macam selalu
sebabkan lapar, habis je..
cuma linda makan dengan cili potong tu, buat hilang rase tak sedap tu..hahaha

Alhamdulillah, selesai makan
kitorang balik semula ke tempat penginapan (Ilkkm Pergigian)
sebab malam tu ada mesyuarat AJK kesatuan Penyelia Asrama
dalam pukul 10 lebih baru mula mesyuarat
Presiden pun baru sampai Airport pukul 10.30 malam, sampai Ilkkm dalam pukul 11 lebih

yang tengah-tengah tu tuan Presiden . Ariff...satu intake dengan Linda masa lapor diri
Alhamdulillah, rezeki dia tengah tunggu surat lapor diri ke jawatan baru, Penolong Perangkaan(tak pasti nama jawatannya) E29
Gembira untuk kemajuan diri Ariff, tapi sedih untuk kesatuan Penyelia Asrama.
sebab Ariff menjalan kan tugas sebagai tuan Presiden yang amat dedikasi
bukan nak cakap yang dulu tak berdedikasi, tapi yang dulu perempuan, susah sikit nak bergerak
kali nie dapat presiden lelaki, banyak lah kita nampak apa yang berlaku

comel je
terima kasih team penyelia asrama Ilkkm Pergigian, bagi tempat menginap, bagi tempat bermesyuarat

sebelum  habis mesyuarat, kita wefie satu kali
dekat 1.30 pagi baru habis mesyuarat
bunyi nya macam gah sangat nie, mesyuarat sampai pagi buta...
hihihi
cuma nya, sebab bermula lewat je...

esok kita sambung kursus pulak ya..

till then, see ya

.: SENG RAGIL MENEH :.

Assalamualaikum

semoga yang baik-baik untuk semua yang membaca
serta selamat berpuasa kepada yang berpuasa sunat hari ini



seng ragil kayo ki
yang nie, bangun-bangun pagi mata merah
kena bawak pergi klinik staf lah jap lagi nie

seng ragil siji meneh
ingat tak adik bongsu yang eksiden hari tu?
semalam kakak wasap, kemalangan berlanggar lagi, dalam pukul 10 malam
dalam kawsn kampung je
sekarang ada dekat Hosp Sabak Bernam
alhamdulillah, takde yang serius, cuma patah kaki dan tangan areas siku ke tapak tangan tu
bahagian mana yang patah tak tahu lah tu

semoga cepat sembuh seng ragil berdua nie, aamin

till then,see ya



 

Sunday, June 9, 2024

. : PEMBELAJARAN KENDIRI :.

Assalamualaikum 

Rutin untuk berdikari


Iron lah baju sendiri ye.. 
Dapat buat yang nie pun, ibu bahagia dah... Hahaha

Till then, see ya

 

. : MAI KOPITIAM @ SG BESAR, SELANGOR :.

Assalamualaikum 

Nie cerita last week.. 
Balik kampung, sebab nak amik anak 4 tu balik bandar... Hahaha.. 
Cuti sekolah udah habis.. 

Sabtu pagi tu, kita keluar gunting rambut siap siap.. 
4 anak bujang (anak linda 3 orang, anak buah sorang) 

Selesai gunting rambut, ternampak pulak kopitiam nie depan Maybank.. 
Terus lajak ke situ
Memasing dah lapar

Mai Kopitiam.. 
Kalau ada orang area sungai besar @ kampung sana.. 
Lokasi dia sederet dengan guardian, hujung sekali.. 
Rase dulu2 kedai baju nie.. Sebelah dia ada kedai buku.. 

Alamak..tak amik gambar menu pulak
Tapi sempat jugak tanya adik tu.. 
Pagi ada breakfast sampai pukul 11 pagi gitu
Lepas tu dah mula ada goreng2
Western pun ada.. 
Set burger pulak start pukul 2petang macam tu.. 

Eh oklah, banyak pilihan makanan kan

Yang penting teh ais tak tinggal.. 

Nie menu kids.. 
Suka sangat lah dapat makan nie.. 
Grilled chicken chop.. 
Portion sesuai lah untuk kanak-kanak 
Sos lada hitam dia sedap... 

Yang nie.. 
Beef Ginger Kuewtiow, linda share dengan incikSuami.. 
Tapi takde lah kuat sangat pun rase ginger dia.. 
Makan pulak dengan cili potong tu, heaven... 
Sedapp

Ok lah nie.. 
Heavy breakfast terus... Hahaha.. 

Chicken grilled tu 4 set
Beef Ginger Kuewtiow 1
Nasi lemak telur mata 1
Air laici 2
Air teh o ais 1
Air teh ais 1
Air sunquick 1
Total RM87.50

Alhamdulillah, rezeki untuk anak2 hari tu

Till then, see ya

P/s - recommended Mai Kopitiam nie, len kali boleh pergi lagi.. Kita try pergi petang2 pulak.. Sebab banyak side menu yang lagi.. 

 

Saturday, June 8, 2024

. : KEM KEPIMPINAN PELAJAR :.

Assalamualaikum 

Hari nie anak soleh 
Abang Mu'az dan abang Mueez ada kem kepimpinan pelajar dekat sekolah.. 
Moga balik nanti, termotivasi lah sikit anak soleh linda nie.. Aamin

Untuk pengawas sekolah, pengawas SPBT dan pembimbing rakan sebaya.. 
Sehari je, mula 7.30pagi - 4.30petang

Haaa... 
Askar nak pencen dok cekak pinggang dekat belakang tu.. 

Sempat lagi abang Mu'az, sementara tunggu Mueez setel pakai kasut sekolah. 
Darjah 6 dah, tahun depan tingkatan 1..
Ibu blur macam mana proses nak masuk tingkatan 1 sekarang.. 
Kena mula mencari nie.. 

Snap gambar dari tingkat 5
IncikSuami hanta naik motor je
Senang sikit.. 

Salam 1 Zulhijjah.. 
Selamat berpuasa kepada yang puasa sunat hari ini.. 

Till then, see ya

 

Friday, June 7, 2024

. : ESOK BULAN ZULHIJJAH :.

Assalamualaikum 

Esok dah masuk bulan Zulhijjah
Bulan yang terpenting juga dalam islam

Semoga dapat puasa
Susah sebenarnya nak puasa sunat nie
Sebab sekeliling kita tak puasa kan.. 

Linda share kan juga tarikh2 penting ya.. 

Alhamdulillah, sesiapa yang dapat melakukan ibadah korban pada tahun ini.. 
Moga ada rezeki Linda melakukan ibadah korban tahun depan.. Aamin.. 

Till then, see ya