Lovvu Dobbu

Event Ticker
Showing posts with label tukarcermin. Show all posts
Showing posts with label tukarcermin. Show all posts

Monday, August 12, 2024

.: TUKAR CERMIN DEPAN BABYRUZ :.

Assalamualaikum

sabtu lepas kan linda cakap nak pergi tukar cermin kereta..
jadi di sini lah kita

pakar Cermin kereta - CerminPro

nie kenderaan company dia
Linda pergi dekat Pit Stop bengkel, dekat area Ampang
kalau nak tukar dekat rumah pun boleh.
tapi ada caj transportation lah

masuk bengkel dia, banyak jenis cemin

lawa lah lampu nie
cakap ngan incikSuami nak lampu macam nie lah...
hahhaa..
gelak dia, tanya nak pasang dekat mana?

nampak tak dekat anak panah tu, crack sikit je..
tapi lama dah nie, masa dok ulang alik balik Melaka lagi..
tahun 2022 kot..
naseb dia tak merebak je...
tapi, dah beli insurance cermin kan..
elok lah kita gunakan

yang nie masa team cabut cermin lama

yang nie masa team pasang cermin baru

so, nie gambar sebelum dan selepas
Alhamdulillah, takde tambah apa-apa, semua insurance cover
siap tinted lagi cermin nya, sebab team tu kata insurance yang kitorang amik, memang cukup untuk cover tinted sekali...

Linda amik Insurans nilai RM1050 tak silap, add on Rm100 ++ masa nak hidupkan insurans ritu
so, next bulan 12 nanti..
tak payah add on cermin insurans lah
buat yang biasa je..

lambat sikit nak tukar, sebab dok cari-cari bengkel yang buatkan semua
sebab insurans nie, linda hidupkan sendiri je, tak pakai agen
jadi, semua benda kena buat sendiri lah kan
last-last incikSuami nampak yang nie, team cermin yang setelkan semua
tapi, ada senarai insurans yang diorang buatkan claim
tak semua jugak lah..
just hanta dokumen je dekat team cermin nie..

sesiapa yang ada masalah dengan cemin, boleh lah layari laman web diaorang nie


owh, sekejap je masa menunggu, tak sampai 2jam pun..
dah siap buka dan pasang cermin tingkap yang baru

till then, see ya