Lovvu Dobbu

Event Ticker

Tuesday, August 4, 2026

.: BUAT IC ABANG MUEEZ :.

Assalamualaikum.

pagi semalam. Isnin, 03.08.2026 - incikSuami hantar ke stesen KTM.
linda tanya, bila nak buat IC abang Mueez.
incikSuami cakap, siang nanti lah.
linda pun pesan la, "nanti hantar gambar"

ini je gambar yang dapat. hahaha
sabar je la linda pun.
lelaki kan, lagipun dia bukan blogger.. 😁😁

inciksuami kata tak ramai orang pun.
JPN Seri Iskandar, nasib baik boleh, sebab kalau ikut daerah, alamat rumah kitaorang daerah kinta.
Seri Iskandar daerah perak tengah, tapi tu yang terdekat dengan rumah.

lagi 2 minggu baru datang collect.
seronok la abang Mueez dah ada IC.

si bongsu ni pula, balik sek Kafa (sesi pagi) nampak abang Muez tak sekolah.
dia pun lorat la tak mau p sekolah.
inciksuami kata dah sampai sekolah pun, tapi dok nangis takmau masuk.. hahaha
bawa la balik lagi, tapi memang kena sekatan la.
remote TV incikSuami pegang, tab pun tak bagi pegang.
menyesal la tak p sekolah. hihihi.

rasanya sama je dokumen yang diperlukan macam buat IC abang Mu'az dulu.

till then, see ya.

26 comments:

  1. Alhamdulillah
    Seronokk dah ada ic
    Mesti abg Muezzz excited dulu2 kita kan gitulahh

    ReplyDelete
    Replies
    1. Tulah..ekcitednya sebab nak buat TnG e wallet katanya..amboi, mana datang dana duit dalam tu nanti.. hahaha

      Delete
  2. Gitulah kalau bapak² ambik gambar, asal boleh, asal snap sekeping pun jadi la hihi .. .
    Rasanya takde masalah buat ic kat mana² JPN pun. Macam Akk dulu ic Abg buat di Kedah wpun alamat Selangor. Ke dah ada rules baru?

    ReplyDelete
    Replies
    1. Alhamdulillah, ok je semalam husband buat.. kita nya bukan hari² ada urusan dengan JPN, so tak tahu lah kot² ada rules baru ke kan..
      Cuma nya yang dulu, time Mu'az, dia nak bukti mcm bil air untuk alamat yang kita nak letak dekat IC anak tu.. sebab masa tu IC Linda dan suami, masing² alamat lain.. masih belum menetap lagi, begitulah..

      Delete
  3. Bagus juga ada sekatan gitu. Suruh baca buku jer..hihi

    ReplyDelete
    Replies
    1. Baca buku pun sat jeee..takpelah, jnji semalam takde screen time.. hahaha

      Delete
  4. Seronoklah dia dah ada IC. Alahaiii dah sampai sekolah dah pun, tak nak masuk pulak. Dok rumah tak dapat apa. Mesti nyesal tak pergi sekolah. huhu...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Lagi 2 minggu collect IC..
      Memang dedek tu, waktu tadika pernah juga gitu .dah sampai depan sekolah pun..tak jadi nak masuk

      Delete
  5. nak kena cari masa utk gi buat IC for my razeen ni

    ReplyDelete
    Replies
    1. Kalau ikut SOP, jgn lebih 30 hari.. nanti ada caj rm10

      Delete
  6. Tahniah Abang Mueez dah buat IC! Syarat penting nak ambil ujian PKSK sekolah khusus nanti ni. Proses buat kad pengenalan di JPN sana sekarang cepat dan mudah tak?

    ReplyDelete
    Replies
    1. Alhamdulillah..senang je..tak rumit pun..husband cakap, tunggu pun sekejap je..

      Delete
  7. IC siap memang ambil masa eh.. ingatkan siap terus. Akak pun dah lupa.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Selalu JPN negeri je siap dalam hari yang sama...kalau daerah macam tu, memang ambil masa sikit

      Delete
  8. Lambat jugak kat sana ye. Kat Lipis ni seminggu je hari tu.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Pekan kecil kot.. nak kumpul banyak sikit..buat sekali harungi.. hihihi

      Delete
  9. Teringat IC anak saya, kalau di sini IC anak sejak mereka lahir pun boleh. Tp anak saya buat pas mereka kindergarten. Jadi mukanya muka kanak2 sangaaat, padahal skr dah teenager 🤣🤣🤣.

    Tak sabar tunggu 18 rlthn, biar buat yg IC dewasa 😅.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Dekat sini pun ada, namanya my kid(warna pink), tapi takde gambar.. yang wajib bergambar, umur 12 tahun..IC warna biru

      Delete
  10. ahahaa, part taknak g school tu mmg kan? pengaruh abang kuat betol walaupun bkn abang tu yg pengaruh takyah ke skola. faaaahaaaam~
    sebaya anak mz la kan? dah nak bujang. leh geng abah pasni.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Hahaha.. jeles tengok abang tak sekolah...
      Iya, sebaya anak MZ, Ammi, Firdaus anak kak Amie pun sama kalau tak silap...anak Cie pun sama juga.. mcm ramai je..

      Delete
  11. Replies
    1. Tak sabar..asyik dok tanya bila nak buat.. hahaha

      Delete
  12. dah ada IC kena jg baik2 tau
    denda kalau hilang tu tak sikit jumlahnya ;-)

    ReplyDelete
    Replies
    1. Itulah tu.. lepas bayar denda, tetiba jumpa.. sebelum tu, cari bagai nak rak .tak jumpa pula

      Delete