Assalamualaikum.
Rabu, 03.06.2026 - siang tu, terasa panas beno. Malam tu terasa dahaga pula. Ajak la incikSuami p lepak² dekat Black Caravan.
Antara yang top juga la untuk western dekat Seri Iskandar ni (pencarian Google).
Moh Lerr kita cuba.
Dek setia dengan chicken chop dia.
Kira belanja dedek makan sempena birthday dia dah lepas lah.
Sebab hari tu Wak Da (kakak ipar Linda), bagi duit suruh belanja dedek.
Jadi, kita gunakan lah.. hihi.
Jom tengok order apa je.
grilled chicken chop - incikSuami
Mushroom soup - kak M
Air pelbagai perisa
Crispy chicken chop - dedek
Details order. Nasib baik ambik screenshot dulu.
Sebab kita order sendiri guna QR, terus order sampai ke dapur, staff hantar makanan, sambil makan diorang hantar bil, siap makan, boleh bayar dekat kaunter.
Bil nya ngetor ngetor . Hahaha
Keseluruhan, boleh la.
Salutan crispy tu ada pedas² sikit, untuk orang dewasa ok la. Untuk dedek, dia tak tahan sangat.
Kuah black pepper cair, boleh la nak makan.
Mushroom sup pun cair, hirup gitu je tak sedap.
Memang kena cicah roti, boleh la g.
Kak M pun tak suka mushroom sup tu, dia letak sos black pepper atas roti tu.
Linda tak order makanan pun, rasa sikit² je dekat orang lain punya.







Tak pernah makan sini, tapi akak pernah makan di kedai tomyam sebaris dengan Black Caravan ni. Diet ya Linda, tak makan malam, minum air je.😊
ReplyDeleteTeringat dekat ada request chicken chop, tu yang bawa ke western..hihi..
DeleteIdak la diet pun kak, tapi tak terasa nak makan... Minta je lah dekat orang yang order . 🤭🤭
Eh..Dedek.. auto typo pula
DeleteTerketor² nak bayar ke Linda? Ahak 😆
ReplyDeleteLama tak makan western teringin la pulak hihi
Hahaha...kena tiup kipas, kita yakin je gambar nya elok..sekali cek, dah sampai rumah..ehhhh..kena scam pula..
DeleteNampak meriah CC siap ada sosej lagi.
ReplyDeleteMeriah, banyak side dish nya..ayam saiz comel je..
DeletePresentation setiap menu nmpk menarik =D
ReplyDeleteBetul, presentation takdelah huru Hara sangat..hihihi
DeleteAla.. Bila kuah blackpaper cair, sup cendawan cair.. Memang tak bestlah..
ReplyDeleteitulah...rasa tak sedap sangat lah...tak pekat
DeleteWah, tempatnya nampak menarik dan ada suasana yang santai. Saya suka kafe atau port makan yang konsepnya unik macam ni, memang sesuai untuk lepak sambil menikmati makanan dan berbual dengan kawan-kawan. Terima kasih atas perkongsiannya
ReplyDeleteTempatkan takde penghawa dingin, tapi tak panas sangat..kalau nak makan sambil lepak² pun boleh je
Deleteyg penting sedap!! bil mkn2 kat luar memang gitu ler...kena bersedia nak membayar ajerr
ReplyDeleteA ah..gitu la..nak jimat, masak sendiri di rumah..tapi, tula..kita ni bukan rajin nak masak².. hahaha
Deletesesekali takpe kan..seronok la dedek dapat makan Chicken Chop...
ReplyDeleteSeronok la..kalau dengan ayah, susah sikit..sebab ayah tak reti bab order2 ni.. hahaha
DeleteKenyang ke Kak M makan mushroom soup & garlic bread tu je.
ReplyDeleteKak M, makannya begitulah..kalau 2, 3 hari tak makan nasi..tetiba makan nasi sampai 2, 3 kali tambah
DeleteSelain mushroom soup, yg lainnya memang terlihat sedap. Dah lama tak makan chicken chop. Padahal dulu sukaaaa sangat. Jadi nak cari juga 😄
ReplyDeleteBoleh tu..nanti cari lah
Deletekadang2 gitulah kan...yg menjual tu syok sendiri pulak dengan rasa yang tak seberapa sedap. Penah beli chicken chop hangit crumbnya..pastu ammi cakaplah kenapa hangit...katanya itu mmg signature dorang.. pala hotak mu... rasa hangit signature mende
ReplyDeleteHahaha...boleh eh..signature dia..kalau betul, dia kena mention.. baru la tak boleh argue
Delete